Pancake Buah Sihat, Sesuai Untuk Sarapan Anak. Sihat & Mengenyangkan!

Share

Ibu bapa yang mempunyai anak yang susah nak makan, sesekali boleh buat kelainan menu untuk bagi anak tak bosan makan menu yang sama. Jadi ibu boleh cuba buat menu yang mengenyangkan sebagai pengganti nasi.

Apa kata buat pancake buah yang mudah ini resipi daripada Norfazida Gda. Boleh buat sarapan pagi ataau ikut kesesuaian anak.

PANCAKE BUAH 

Bahan-bahan:

🍌 3 biji telur
🍌 1/2 cawan susu full cream
🍌 1 cawan tepung gandum
🍌 1sk baking soda (optional)
🍌 1sk madu
🍌 1sk kismis/buah segar (di dadu)
🍌 1 biji pisang (potong nipis)
🍌 Cheese sticks
🍌 Sedikit minyak sayuran/ unsalted butter

Cara-cara:

Pukul telur sehingga sedikit kembang. Masukkan susu full cream, pukul lagi hingga sebati. Masukkan pula tepung gandum, baking soda dan madu. Kacau sebati.

ATAU jika tidak mahu guna baking soda boleh asingkan telur putih dan kuning. Pukul telur kuning bersama susu full cream hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan madu, kacau lagi hingga sebati. Putih telur putar sehingga kembang gebu. Campurkan bersama adunan tepung secara kaup balik hingga sekata.

Panaskan minyak sayuran/ unsalted butter dalam kuali. Tuangkan separuh dari adunan. Taburkan kismis. Kemudian, susunkan pisang dan cheese. Akhir sekali, tuangkan baki adunan dan ratakan.

Tutup kuali. Masak dengan api perlahan dalam 6-8 minit disetiap bahagian pancake atau hingga keperangan. Siap!!!

Kredit: Nurfazida Gda

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

Published by
Wan Amy