Pancake Makin Gebu & Lembut, Anak Senang Nak Makan, Ini Cara Ibu Ni Hasilkannya!

Share

Hujung minggu adalah hari bereksperimen pelbagai resipi untuk bayi dan anak-anak kecil kita. Mencuba setiap resipi berkhasiat sememangnya membuatkan ibu rasa puas hati. Apa lagi bila anak makan sampai habis.

Salah satu menu yang wajib dicuba pada hujung minggu ini adalah Pancake Bluebery yang disediakan oleh ibu Ana Maria. Pancake yang satu ini cukup lembut malah gebu dan cukup sesuai untuk diberikan kepada bayi dan anak kita yang masih kecil. Jom intai 12 langkah demi langkah yang dikongsikan oleh ibu ini.

Blueberry Pancake

Bahan A

2 biji kuning telur
3 sudu besar susu full cream
2 sudu membukit tepung gandum
Secubit baking powder
Lemon zest
Blueberry (tak ada dalam gambar)

Bahan B
2 biji putih telur
1 sudu kecil jus lemon

1. Pukul kuning telur dengan susu sehingga sebati dan kuning pucat.
2. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang diayak.


3. Kacau rata sehingga nampak berkrim.
4. Parutkan lemon zest bagi mengantikan esen vanilla.
5. Dalam mangkuk lain pukul putih telur pula.
6. Sambil tu masukkan jus lemon.
7. Putar lagi sehingga bertanduk dan kental. Tapi jangan terlebih pukul.
8. Campur adunan putih telur dalam bahan A, dan kaup balik sehingga sebati masukkan blueberry.


9. Panaskan non stick pan dengan api kecil. Pan jangan terlampau panas ya.
10. Cedokkan adunan dalam pan, tutup dengan tudung periuk, api perlahan.
11. Lepas 3 4 minit boleh bukak dan terbalikkan.
12. Siap.

2 Tip lembutkan dan hasilkan pancake sempurna
* Pastikan baking powder yang digunakan dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ini penting kerana baking powder adalah ejen untuk mengembang dan melembutkan pancake.

* Asingkan bahan basah dengan bahan kering ketika menyediakannya. Satukan bahan basah terlebih dahulu, kemudian barulah disusuli dengan bahan kering yang siap di ayak.

Published by
Siti Ramlah Mahmud