Pancake pisang sesuai dijadikan hidangan sarapan atau snacking di petang hari untuk si kecil. Hanya dua bahan sahaja cukup untuk buat si kecil kenyang. Mudah untuk dibuat, sedap pula tu! Ibu ayah pun boleh makan sekali dengan anak.
Pisang mempunyai banyak khasiat untuk si kecil. Pisang dapat membekalkan sumber tenaga yang baik untuk bayi. Anak yang sedang membesar memerlukan tenaga yang mencukupi untuk melakukan pelbagai aktiviti dengan tubuh yang aktif. Pisang mengandungi komponen pektin dapat membuatkan si kecil berasa kenyang.
Pisang juga merupakan buah yang membantu melancarkan proses pencernaan. Ianya memgandungi sumber serat optimum. Setiap 120 gram pisang mengandungi lebih kurang 3 gram serat. Keperluan serat bagi anak yang berumur tiha hingga lima tahun ialah 8-10 gram sehari. Dengan dua atau tiga biji pisang sehari sudah memadai untuk anak.
Pisang mengandungi kalium, iaitu mineral yang membantu dalam mengawal tekanan darah serta mengelakkan kerapuhan tulang. Pisang juga mengandungi potassium iaitu elektrolit mineral yang mampu mengalir ke seluruh tubuh dan diperlukan dalam menjaga degupan jantung si manja.
Jom lihat resipi pancake pisang mudah yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Fairuz Hana Mohd Ghazi di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESEPI PANCAKE PISANG
Salam dan hi.
Sy kongsi resepi pancake pisang paling simple. Sy introduced masa dia umur 6 bulan lebih.
Bahan- bahan:
– 1 biji telur
– 1 biji pisang (saiz montel yang besar tu)
Tips: pisang kena betul- betul masak kalau tak, boleh buat sembelit.
Cara- cara:
1. Lenyek pisang dan kacau bersama telur.
2. Masak atas pan seperti pancake api perlahan.
3. Adunan memang cair sikit and nanti nak terbalikkan tricky sikit, sebab tu api perlahan dan lama sikit masak. Jadi elok je. Texture dia akan jadi lembut dan squashy tapi masih boleh untuk baby grab sendiri.
Baca Juga:
Puding Pandan Karamel, Bahan Tak Banyak & Mudah Nak Buat. Manisan Sesuai Untuk Musim Panas
Saya hidang dengan food finger lain. Baby mostly BLW, ada masa saya bagi juga makanan lenyek.
Cuma mentimun sejuk tu untuk dia gigit- gigit gatal gusi (teething phase) kena monitor kalau nak bagi dia timun, biasa dia makan yang tengah- tengah tu je kalau dia dah start gigit yang keras terus ambil.
Selamat mencuba pancake pisang mudah. Mak pun makan sekali. Macam akok perasa pisang.
Thanks admin.
Mudah sangat resepi yang dikongsikan. ibu bekerja juga boleh menyediakan hidangan ini kerana tidak mengambil masa yang terlalu lama. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!