Pankek antara menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Minum petang tak lengkap kalau sekadar mama hidangkan minuman sahaja. Apa kata mama masak pankek. Mesti berebut anak-anak makan.
Resipi pankek hasil perkongsian Siti Khajar ini sesuai sangat untuk sajian minum petang. Anak-anak mesti suka sebab ada warna-warni. Secara tidak langsung dapat memancing selera anak-anak untuk makan. Jika anak yang masih kecil, boleh cicah dengan susu pekat manis. Untuk anak-anak yang lebih besar, boleh cicah dengan sambal.
Pankek Warna-Warni, Pikat Selera Anak Makan
RESIPI PANKEK
Bahan-bahan:
1 paket tepung gandum cap ros
1 biji telur
4 1/2 tin air
4 sudu susu pekat manis
1/2 tin minyak
2@3 titik butter oil (tiada pun tidak mengapa- untuk aroma sahaja)
2 sudu makan garam
*sukatan tin-guna tin susu.
Lembut & Lemak Berkrim
Cara memasak:
1. Campur semua bahan kacau sebati. Biarkan anggaran 10 hingga 20minit. *kadar kecairan/kepekatan boleh diubahsuai.
2. Lainkan sedikit untuk letak pewarna (masuk dalam botol sos lubang satu)
Ads
3. Panaskan kuali. Pipekan adunan berwarna seperti lingkaran ubat nyamuk. Tuang sesenduk adunan plain. Golek-golekkan kuali agar menutupi semua permukaan kuali. Apabila sudah masak semuanya, boleh angkat dan gulung. Ketepikan.
Ads
RESEPI SAMBAL
Bahan-bahan:
1 paket cili merah *
Cili hijau (ikut pedas yang dikehendaki)
2 labu bawang besar (nak lebih pun boleh) *
1 labu bawang putih *
3/4 cawan minyak *
Sedikit belacan *
8 sudu makan gula(ikut kesesuaian rasa)
Air asam jawa/garam(sesedap rasa)
Cara membuat:
1. Kisarkan semua bahan yang bertanda* Tujuan kisar dengan minyak ialah untuk mengurangkan kadar masa proses bahan tumisan mengaring.
Ads
2. Panaskan kuali, masukkan bahan yang sudah dikisar. Letak gula. Bila sudah garing, perisakan dengan garam dan air asam jawa. Biarkan merenih. Lagi lama lagi sedap, cuma pastikan jangan terlalu garing.
Memperkenalkan makanan solid pertama untuk bayi (kadangkala dipanggil weaning atau makanan pelengkap) adalah sebahagian penting dan tidak terganti dalam perkembangan bayi.
Jom ketahui jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang terbaik untuk diberikan sebagai makanan pertama mereka!
Pada ketika ini, sesetengah ibu akan berasa lega kerana mereka tidak lagi menyusukan bayi. Bagaimanapun, peralihan kepada makanan pejal boleh memberi tekanan dan mengelirukan anda kerana anda tidak tahu jenis makanan tertentu yang boleh dipilih dan dielakkan.
Berikut merupakan 4 jenis buah dan sayur terbaik yang boleh diberikan semasa tahun pertama bayi anda:
1. Avokado
Mitos yang paling popular kini adalah mengenai ibu bapa perlu mengelak daripada memberi anak makanan berlemak tidak kiralah jika ia sihat sekalipun.
Realitinya, lemak adalah bahagian yang tidak boleh diganti dalam pemakanan bayi kerana lemak membantu untuk menyerap nutrien lemak-larut lain seperti vitamin A, C, D, dan E, serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi otak yang betul.
Ini menjadikan avokado sebagai salah satu pilihan buah terbaik sebagai makanan solid pertama untuk bayi memandangkan ia padat dengan kandungan asid lemak sihat yang tinggi seperti lemak monotaktepu dan vitamin E.
Sebagai tambahan, ia juga mengandungi amaun nutrien lain yang tinggi seperti folat, potassium, dan vitamin B.
Disebabkan tekstur berkrim dan rata selepas dilecek, avokado amat mudah diterima oleh bayi jika diberikan pada peringkat awal proses memperkenalkan makanan pejal.
Anda juga terbuka untuk mencampurkan avokado dengan jenis buahan lain untuk mencipta rasa baru yang sedap dan memberikan pengalaman rasa yang sihat untuk bayi anda.
2. Pisang, makanan solid pertama untuk bayi paling mudah
Pisang bukan sahaja terkenal sebagai buah yang sihat dan sedap, serta mudah dibawa, tetapi juga menjadi pilihan makanan pertama yang sempurna untuk anak kecil.
Buah pisang dipenuhi dengan serat yang baik untuk penghadaman, vitamin B, dan karbohidrat sihat yang menyediakan bayi anda tenaga yang berterusan tanpa membuatkan mereka rasa kembung perut dan tidak selesa.
Pisang juga merupakan pencegahan dan rawatan yang sempurna untuk bayi yang mengalami sembelit dan cirit-birit.
3. Ubi keledek antara pilihan makanan solid pertama untuk bayi
Ubi keledek adalah salah satu pilihan sayur-sayuran yang paling popular diberikan kepada bayi. Ini kerana rasanya yang sedap dan mempunyai nilai nutrisi yang tinggi.
Sayuran ini didatangkan dengan pelbagai warna daripada putih hingga merah jambu.
Ubi keledek secara umumnya merupakan sumber yang baik untuk vitamin C, B, dan fosforus. Sementara ubi keledek oren menyediakan amaun beta-karoten yang signifikan, dan ubi keledek berwarna ungu merupakan penjana antioksidan.
Satu yang menarik tentang ubi keledek adalah rasanya yang manis semula jadi. Justeru bayi kebanyakannya menggemari sayuran ini berbanding sayuran lain.
Tambahan pula, penyediaan sayuran ini tidaklah serumit mana dan juga tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.
Apabila menyediakan puri ubi keledek, anda disarankan untuk menambah sedikit lemak. Ini supaya bayi anda boleh menyerap sepenuhnya semua khasiat daripada sayuran ini.
4. Brokoli
Brokoli tidak perlu diperkenalkan lagi menjadi makanan super pertama setiap tahun.
Ia menjadi sumber yang kaya dengan vitamin dan mineral. Bahkan tumbuhan ini juga padat dengan antioksidan dan pelawan-kanser phytonutrien.
Tumbuhan ini juga boleh membantu menyahdetoks dan merendahkan paras asid pada tubuh bayi.
Meskipun brokoli merupakan makanan ‘wajib’ ada dalam diet bayi, namun ia bukanlah pilihan sayuran pertama yang baik untuk diberikan.
Ini kerana kandungan serat pencernaan dan nitrat semula jadi di dalamnya boleh menyebabkan kembung dan ketidakselesaan perut pada anak kecil.
Jadi, pilihan terbaik adalah memasukkan tumbuhan ini dalam diet bayi anda selepas usia bayi 8 bulan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila bayi dah mula makan ada sebabnya kenapa ibu tak digalakkan perkenalkan pelbagai makanan serentak kepada bayi. Sebenarnya proses bayi mula belajar makan bermaksud dia sudah bersedia untuk diperkenalkan kepada pelbagai jenis rasa dan tekstur makanan selain susu ibu yang diminum selama enam bulan pertamanya.
Keterujaan ibu memperkenalkan makanan kepada bayi yang sudah mula makan makanan pejal kadangkala melebihi had yang sepatutnya. Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran hendak diberikan kepada bayi dalam masa yang serentak. Saiz perut bayi anda masih kecil untuk menerima pelbagai jenis makanan dalam satu masa.
Sebaiknya, ibu jangan terburu-buru memperkenalkan semua jenis makanan kepada bayi. Walaupun anak anda kelihatan berselera merasa makanan yang disuap tetapi ia bukan bermaksud anda boleh memberikan dia semua jenis makanan.
Pemberian makanan awal kepada bayi mesti disesuaikan dengan tahap usianya. Bayi usia enam hingga sembilan bulan yang baru diperkenalkan kepada makanan pejal sepatutnya diberi makan puri buah-buahan dan puri sayur-sayuran terlebih dahulu.
Apabila dia semakin menghampiri ulang tahun pertamanya, baharulah boleh diperkenalkan kepada makanan pejal yang bervariasi tetapi mesti yang bertekstur lembut.
Mengapa kita perlu memperkenalkan makanan mengikut tahap perkembangan bayi dan usianya?
1. Kerana mudah bagi kita untuk mengenal pasti sekiranya bayi mempunyai sebarang alahan terhadap makanan yang diberikan.
2. Mengikut peraturan pakar pemakanan, sebaiknya perkenalkan satu jenis buah dan sayuran dalam masa beberapa hari kepada bayi anda mengikut 4 day rules. Contohnya, ibu boleh memberikan pisang kepada bayi selama empat hari berturut-turut. Ini kerana alahan terhadap makanan hanya boleh dikesan selepas empat hari dia makan makanan tersebut.
3. Semakin meningkat usia bayi (12 bulan ke atas), ibu boleh mula memperkenalkan bubur nasi yang dicampur dengan sayur, daging, ayam atau ikan (dikisar).
4. Ibu juga boleh mula memperkenalkan makanan jejari seperti lobak merah, kacang buncis, brokoli yang direbus atau biskut bayi. Kelebihan pemberian makanan jejari iaitu boleh melatih kemahiran bayi memegang makanan dan merangsang pertumbuhan giginya.
Jangan obses ya ibu! Biarkan bayi menikmati pengalaman pemakanannya dengan bertenang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kek marjerin klasik antara kesukaan ramai sejak dulu hingga sekarang. Walaupun banyak kek moden yang ada sekarang, namun kek ini tak jemu di makan. Bukan orang dewasa je suka, anak-anak kecil pun berebut kalau dapat makan.
Apa yang bestnya kek marjerin ni, teksturnya yang lembut dan tak muak walaupun makan banyak kali. Kalau waktu petang ada air kopi atau teh memang lengkap. Bukan saja boleh buat minum petang, untuk sarapan pagi pun boleh.
(Kalau nak pelbagai warna asingkan ke dlm bekas lain dan tambahkan pewarna kaup balikkan hingga sekata)
**Loyang segi 4 boleh guna 8inci, tapi kalau loyang bulat sebaik baiknya guna 9inci
Selamat mencuba!
Sumber: FB Fauzi Karim / Kredit photo : Rohimatul Mat Yussuf
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.