Siapa tak bangga melihat perkembangan positif anak-anak kan? Sama seperti selebriti terkenal, Puteri Sarah Liyana yang berkongsi perkembangan anak sulungnya Syaikhul Islam yang kini berusia 5 tahun.
Menurutnya, dia bangga melihat Syaikhul membesar dengan baik dan semakin mahir dalam aktiviti kegemaran Syaikhul iaitu aktiviti berenang.
“Syaikhul budak yang suka swim”
Anak sulung kepada pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof ini juga pandai berenang sejak berumur tiga tahun lagi. Tambah Puteri Sarah atau mesra di sapa Sarah, dia dan suaminya mengambil keputusan untuk mengupah jurulatih terlatih dalam renang untuk menggilap lagi bakat Syaikhul dalam aktiviti renang.
“Alhamdulillah, Syaikhul start pandai swim dari umur 3 years old .”
“Then at the age of 4 Sarah hire coach bagi Syaikhul pandai lagi.”
Ads
Menurut Sarah, Syaikhul semakin pandai berenang sehingga pada usia seawal 5 tahun sudah ada sijil berenang dan mampu menyelamatkan seorang kawan yang hampir lemas.
“At the age of 5 now dia dah pandai swim sepenuhya and ada certificate!”
“Pernahlah Syaikhul selamatkan kawan dia yang tenggelam.”
“Mama sangat bangga dengan Syaikhul sekarang. Sekarang ni, abang ajar adik swim pulak”
Ads
Pa&Ma kongsikan pentingnya berenang untuk kanak-kanak
1. Keselamatan
Penyebab utama untuk menghantar anak anda belajar berenang adalah untuk keselamatan mereka. Kejadian lemas ialah salah satu punca utama kematian kanak-kanak, terutamanya anak kecil yang berumur 1 hingga 4 tahun. Dengan belajar berenang, anak anda boleh belajar skil menyelamatkan diri penting semasa berada di dalam air ataupun apabila terjatuh ke dalam air. Jadi, amat penting untuk anda mendaftar anak ke kelas renang atau mengajar mereka berenang sejak awal lagi.
2. Hiburan
Kedua, kebanyakan kanak-kanak berkeras supaya anda mengikut mereka berseronok di dalam kolam renang. Jadi, amat penting untuk menyiapkan anak anda supaya selamat semasa percutian anda baik di dalam kolam renang, laut ataupun tasik. Daripada menghalang anak mendekati sebarang tempat yang dekat dengan air (dan pada masa yang sama anda mungkin telah menyekat kehidupan sosial mereka), anda boleh menjadi ibu bapa yang proaktif dan biarkan anak anda belajar berenang dahulu. Apabila anak anda telah mempelajari skil renang yang diperlukan, anda boleh berhenti daripada berasa bimbang jika membiarkan mereka bermain dengan rakan mereka di dalam air.
Ads
3. Kesihatan
Akhir sekali, berenang adalah sukan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Jika anda ajar anak anda bagaimana untuk berenang semasa umurnya masih muda, dia tentu akan ingat kemahiran tersebut dan boleh terus mempraktikannya. Senaman di dalam air juga amat baik untuk golongan tua memandangkan ia boleh membantu mengurangkan ketidakupayaan dan menggalakkan fungsi fizikal dan mental. Disebabkan berenang hampir tidak mendatangkan risiko, ia dikira sebagai sukan yang selamat untuk warga tua. Jadi, daripada mengambil risiko terjatuh disebabkan berlari ataupun berbasikal, lebih baik jika anak anda berlatih berenang.
Setiap kanak-kanak perlu belajar untuk berenang seawal mungkin untuk mengembangkan kesihatan mental dan fizikal mereka. Oleh sebab berenang mempunyai banyak peringkat, anak anda boleh berlatih berenang sehingga dewasa dan mendapat manfaat daripadanya. Dengan mengajar anak berenang semasa mereka masih muda, anda boleh memberikan mereka peluang untuk mengembangkan banyak skil dalam hidup mereka.
Baru beberapa hari dilahirkan membuatkan persekitaran dan sekeliling menjadi begitu berbeza ketika di dalam perut ibu. Situasi dan ketidakbiasaan inilah yang membuatkan bayi mula rasa tidak selesa dan memilih jalan untuk menangis tanpa henti ketika baru dilahirkan.
Bergelar mak ayah buat pertama kalinya terasa cukup mendebarkan bila mana anak asyik menangis dan tak mahu tidur lena. Lagi-lagi anak hanya nak ‘mengempeng’ sahaja dengan ibu. Bila diletakkan sahaja, anak mula menangis. Makin bertambah buntu jadinya.
Salah satu cara dalam mententeramkan bayi menangis adalah dengan memasang ‘White Noise’. Ini yang disarankan oleh Konsultan Bayi Menangis Malaysia, Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib.
‘White noise’ merupakan salah satu elemen terpenting dalam pendekatan saya ketika membantu ibubapa memperbaiki isu tidur bayi mereka. Sedikit ‘masalah’nya, oleh kerana ilmu tangisan bayi masih sangat asing di Malaysia, maka secara tak langsung penggunaan ‘white noise’ di Malaysia tidak serancak seperti sebahagian negara lain. Hasilnya, kita kekurangan pilihan sumber ‘white noise’. Ini menjadikan ‘white noise apps’ di telifon pintar adalah pilihan paling popular ibubapa Malaysia.
Penggunaan ‘white noise’ diakui ramai ibubapa amat membantu bayi tidur lebih lena. Helahnya, untuk bayi kecil, kerana ‘self soothing regulation system’ atau skil menenteramkan diri mereka agak terhad dan lemah, ‘white noise’ selalunya WAJIB digandingkan dengan beberapa elemen menenangkan yang lain seperti bedung dan hayunan untuk hasil optimum.
Bagi bayi lebih besar, kanak-kanak malah orang dewasa, ‘white noise’ sendirian sebagai alat bantu tidur sudah memadai. Bukan sahaja kerana usia mematangkan skil menenangkan diri, tetapi kerana jumlah tidur ringan (REM) juga jadi makin berkurang. Iaitu tidur REM menjadi 30% sahaja menjelang 6 bulan dan 20% menjelang usia ‘preschool’ (3-4 tahun). Maksudnya, tidur nyenyak (deep sleep/NREM) makin bertambah seiring usia.
Bagaimana ‘white noise’ bantu lena? Secara teknikal, ‘white noise’ adalah sebarang bunyi ‘monotone’ (hanya 1 ton, tiada turun naik melodi, tiada lirik) , ber ‘pitching’ rendah dengan frekuensi boleh dengar yang konsisten disepanjang bunyi. Ciri ini menghasilkan kesan ‘pukau’ (hipnotik/hypnotise) yang membantu otak manusia untuk rileks dan tak terlalu sibuk melayan fikiran atau memberi perhatian kepada bunyi sekeliling seperti bunyi buka-tutup pintu, bunyi orang makan atau bunyi lalu lalang kereta.
Menurut beliau lagi, antara elemen dan bunyi-bunyian yang mampu mententeramkan bayi adalah bunyi hujan, bunyi deruan ombak dan pantai, bunyi air terjun serta bunyi-bunyian alam lain. Malah jika berada di rumah, mak ayah boleh juga memasangkan vakum mengikut volume dan aras mengikut keselesaan bayi.
Jadi bila bayi di rumah menangis dan tak mahu tidur, cuba pasangkan bunyi-bunyi ini sambil diiringi dengan tepukan dan bunyian shhhh ketika mengendong. Tepuk-tepuk dan hayunkan lembut tubuh ibu supaya anak terasa seperti dibuai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ingatkan bungkusan puri buah rupanya cecair pembasmi kuman. Itu yang berlaku kepada seorang nenek yang tidak sengaja menyuapkan cecair pembasmi kuman itu kepada cucunya berusia 18 bulan sehingga batuk dan pengsan.
Kejadian yang berlaku di Manitoba, Canada itu langsung sama sekali tak disangka sehingga menyebabkan cucu sendiri yang terkena.
Ingatkan bungkusan makanan
Menurut laporan The Sun UK, Teixiera, bertindak menyuap cucunya Logan, dengan cecair pembasmi kuman ini kerana bungkusan cecair pembasmi kuman tersebut mirip dengan bungkusan makanan yang lain.
Kejadian ini terjadi apabila Teixeira, menganggap bungkusan cecair pembasmi kuman ini merupakan puri buah yang selalu dimakan oleh cucunya. Setelah Logan, disuap dengan cecair pembasmi kuman itu, dia mula batuk dan pengsan selama lima minit. Taxiera mula sedar bungkusan makanan yang disuapnya merupakan Hand Sanitizer yang boleh membunuh 99 peratus kuman.
Teixeira yang cemas ketika itu, bertindak memanggil jirannya dan menelefon 991 untuk mendapatkan bantuan bagi cucunya. Kini, Logan berada di hospital untuk rawatan selanjutnya.
Beli untuk kakak bawa ke sekolah
Menurut ibu Logan, Nikki Teixiera, dia membeli cecair pembasmi kuman itu untuk anak perempuannya yang berusia tujuh tahun. Bungkusan cecair pembasmi kuman yang menarik dan comel itu dianggap sesuai untuk anaknya bawa ke sekolah.
Dia juga tidak menganggap bungkusan cecair pembasmi kuman itu sebagai makanan kerana bungkusan itu jelas menunjukkan Hand Sanitizer, Kills 99% Of Germs.
Teixiera, turut memberi nasihat kepada orang ramai agar berwaspada dan tidak mengulangi kejadian yang telah berlaku ini.
Kini, syarikat Smart Care telah dihubungi dan produk tersebut harus dihentikan jualannya untuk sementara. Hal ini demikian kerana, untuk mengelakkan daripada masyarakat bimbang dan salah tanggapan terhadap produk tersebut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang kala menangis boleh buatkan emosi seorang itu tenang. Begitu juga bagi seorang wanita bergelar ibu. Memang secara luarannya nampak kita kuat tapi dalam hati siapa tahu kan.
Melalui perkongsian Puan Nadia Bakar, ibu adalah individu hebat. Cuma jika sampai pada tahap tertentu, kita juga kena mengalah. Mengalah tak semestinya kita lemah cuma ia adalah cara kita luahkan apa yang terbuku di hati.
Dulu, saya ingatkan orang yang suka menangis, si cengeng, si cembeng ni lemah dalam ujian hidup. Rupa-rupanya saya silap!
Ibu,
Kalau perlu menangis kerana penat dan lelah, emosi yang berat tak tertanggung, menangislah. Menangislah.
Kita hanya manusia biasa yang dikurniakan Tuhan dengan pelbagai emosi.
KITA BUKAN SUPERWOMAN. NO SUCH THING AS SUPERWOMAN.
Nampak gagah di depan khalayak, nampak seperti “I’m always fine.”
Sedangkan hakikat yang sebenarnya, kita selalu menangis, memendam seorang diri. Kita takut dikatakan kita lemah, sedangkan Tuhan dah buat cukup cantik diri kita ni pakej sekali dengan emosi sedih tu.
Ambil masa untuk menangis, lepaskan segala yang terbuku di dada. Di depan anak-anak pun tak mengapa, langsung tak jadi dosa.
Supaya anak-anak kita belajar mengenal jenis-jenis emosi. Supaya mereka tahu ibu juga manusia yang sama seperti mereka.
Dari situ anak-anak juga belajar cara untuk meluahkan perasaan sebagai seorang yang namanya manusia dan mereka akan belajar jadi manusia yang lebih fleksibel. Mudah mengerti situasi orang lain.
Tidaklah bila anak dah besar nanti dia hilang simpati dan empati pada ibu sendiri. Melarat pula kepada orang lain kerana tersalah judgement.
Waktu tu juga jangan pula kita pelik kenapa anak-anak tak terfikir pun nak temankan kita yang sendirian di rumah menghabiskan sisa-sisa hidup.
Kerana yang dia tahu ibunya sentiasa okay, kuat, superwoman. Semuanya ibu boleh selesaikan sendiri tanpa bantuan orang lain.
Ini kisah benar yang saya nampak sendiri.
** Antara intipati yang saya dapat daripada talk Dr Siti Rohana hari tu.
Minta tolong sampaikan kepada wanita yang kita sayangi. Mungkin ramai yang belum tahu.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.