Mendidik anak perlu berbeza mengikut usia. Bagi Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, dia punya cara sendiri mendidik anak sulungnya.
Apa yang menarik, Dr Sheikh bijak mendekati anak sulungnya yang kini menginjak remaja dengan menjadikannya sebagai kawan dalam berbicara.
Terbaru, menerusi Instagramnya, bersempena sambutan hari lahir ke 11 Bella, Dr Sheikh turut memuat naik video pendek perbualannya bersama anak kecil itu bersama-sama.
Namun paling menarik pastinya gaya didikan Dr Sheikh Muszaphar yang begitu bersahaja bertanyakan tentang boyfriend anaknya. Simple dan bersahaja dalam cubaannya mengorek rahsia anak kecilnya itu.
Perkongsian itu sudah pastinya menarik perhatian ramai malah memuji cara didikan beliau.
“Do you have boyfriend or not?,” tanyanya ringkas pada Bella.
Dengan tersipu-sipu malu, Bella cepat-cepat menggelengkan kepalanya tanda tidak punya kawan rapat lelaki seperti yang disoal bapanya.
Nampak keakraban dua beranak ini dalam berbicara. Kata Dr Sheikh lagi, dengan Bella dia punya caranya sendiri malah melebihkan kepada menjadi kawan setiap masa berbanding adik-adik yang lain.
Ads
“Dengan Bella, saya ubah pendekatan saya untuk membesarkan Bella. Lebih kepada menjadi kawannya, dengar setiap kata-katanya, faham emosinya dan sentiasa berada di sana pada masa yang diperlukan.
“Sentiasa beri semangat kepadanya dari jauh. Peranan ayah akan menjadi lebih kecil. Lebih kepada BFF dia,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar juga turut menitipkan ucapan paling manis buat Bella. Katanya kelahiran Bella 11 tahun yang lalu memberi seribu makna dalam hidupnya. Malah banyak memberikan seribu ilmu dalam dunia keibubapaan.
Ads
“21 Julai adalah hari lahir Bella dan dia sekarang dah berumur 11 tahun. Betapa masa berlalu. Rasanya baru semalam dia baru dilahirkan. Ingatan masih kuat. Bayi yang cantik sungguh. 12 jam sakit bersalin, macam mana boleh lupa. Bayi besar seberat 3.6 kg.
“Sebagai anak sulung Bella menggalas tanggungjawab yang besar agar menjadi contoh untuk adik beradik yang lain.
“Dibelai, dimanja, di kerah, diperah untuk menjadi yang terbaik. Tak pernah merungut mahupun mengalah demi tuntutan duniawi dan akhirat. Alhamdulillah amat mudah didikannya. Seorang Anak yang baik dan mudah kata.
“Daddy loves you Bella. I learned so much from raising you. Ketabahan & keazaman kamu sentiasa melebihi jangkaan saya. Saya percaya kamu berada di jalan yang betul, jadi diri sendiri, jangan lupa diri dan apa yang kamu mampu lakukan segalanya kerana Allah dan kamu tak akan sesat. Insyaallah Amiin,” katanya lagi.
Ads
Video perbualan dua beranak itu pastinya mendapat perhatian dari pengikutnya malah ramai yang memuji cara Dr Sheikh Muszaphar.
Kadang isteri terlupa untuk menghargai diri sendiri. Tak sempat nak fikirkan diri, apa yang diingat adalah untuk uruskan anak-anak, suami dan rumahtangga. Malah kalau keluar membeli-belah juga apa yang difikirkan adalah untuk anak-anak dan suami.
Itulah isteri dan ibu, lupakan pasal diri sendiri apa yang difikirkan adalah semua untuk orang yang disayangi, justeru sebagai seorang suami amatlah perlu untuk peka dan prihatin dengan hal tersebut.
Hargai isteri dengan cara tersendiri, kadang isteri tak minta dimewahkan dengan materialistik, cukup dengan perhatian dan kasih sayang sudah buat diri mereka happy. Apa yang penting buatkan hati isteri sentiasa tersenyum gembira meskipun tugas yang dibuat seharian cukup banyak.
Seperti perkongsian Taufiq Razif ini yang berkongsi caranya menghargai isteri tercinta. Menurutnya dia mengajar isterinya untuk self care diri. Menurutnya jika diri terus memberi dan memberi tanpa memikirkan diri sendiri akhirnya kita akan menjadi penat. Akibatnya individu tersebut menjadi murung, rasa tak dihargai, mudah melenting dan pemarah.
Self Reward Untuk Diri Rasa Dihargai
Semalam saya bawa bidadari saya ke Mahkota Parade Mall. Saya keluarkan hampir semua duit rm50 yang ada dalam wallet saya dan saya bagi pada dia.
” Nah duit untuk sayang shopping. Tapi ingat, jangan shopping untuk saya. Jangan shopping untuk anak anak langsung kali ni. Shopping untuk diri sendiri je tau sayang “
Kali ni saya agak sedikit bertegas sebab saya nampak selama ni dia jenis tak fikir langsung untuk diri sendiri. Kalau membeli di shopee sekalipun banyak dia order untuk saya dan anak anak je sebenarnya. Saya baru perasan!
Dalam perjalanan ke Mall semalam saya siap ajar dia lagi tentang Self Care diri. Saya bagitahu yang orang lain ada hak. Begitu juga tubuh kita. Tubuh kita pun ada hak dia juga.
Saya bagitahu dia lagi kalau kita terus memberi, memberi dan memberi tanpa kita fikirkan diri sendiri akhirnya kita akan jadi exhausted sendiri. Masa tu kita akan jadi murung, rasa tak dihargai, mudah melenting dan pemarah.
Saya ajar isteri saya tentang konsep Self Reward. Saya bagitahu dia kalau dah berhempas pulas jaga anak anak ni kita kena lah bagi reward pada diri juga. Reward ni macam gaji lah. Apa jadi kalau orang dah berpenat lelah berbulan bulan buat kerja tapi tak digaji? Memang habis la menderita orang tu.
Sama juga macam tubuh kita. Mereka pun perlu diberi gaji ataupun yang kita panggil sebagai Self Reward tu. Bila dah bagi penerangan panjang lebar akhirnya isteri saya mengangguk akur. Dia hulurkan tangan dan ambil duit saya bagi tu tanpa menolak lagi.
Pagi ni bila bangun pagi saya boleh nampak mood dan keceriaannya meningkat berkali kali ganda. Senyum je manjang. Wajah nampak berseri lain macam. Manis sungguh! Memang serius tak rugi langsung lah melabur sikit malam tadi untuk Self Reward si isteri.
– Taufiq Razif –
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terlalu lama menanti, pelakon dan penyanyi Marsha Milan dan suami nekad untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat sedikit masa lagi.
Melalui perkongsian Harian Metro, Marsha dan suami yang sudah pun tujuh tahun menanti mencapai kata sepakat demi untuk zuriat mereka yang dinantikan sekian lama.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan.
“Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.
“Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal.
“Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya,” katanya.
Akui Marsha lagi, dia sememangnya seorang yang berfikiran positif malah tidak tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling mengenai soal zuriat.
Malah dia tambah semangat dengan sokongan peminat yang selama ini mendoakan zuriat buat dirinya.
“Saya minta mereka doakan dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif. Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat,” katanya.
Terdahulu, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015.
Sekian lama menantikan khabar kehamilannya, pelakon dan pengacara, Mila Filzah akhirnya mengumumkan kehamilannya dirinya yang kini sudah pun bakal memasuki trimester ketiga.
Menerusi Instagramnya dan suami, bakal ibu cantik manis ini berkongsi perkhabaran gembira buat semua.
Malah menerusi entri itu, Mira turut memuat naik gambar alat ujian kehamilan serta berkongsikan usia kandungannya yang kini hampir tujuh bulan.
“Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.
“As with everyone who have wishes and plans to build a family, we also have our own personal experience of the highs and lows throughout our own journey so far. Let it be known that we feel and pray only the good for everyone too.
“But surely it is only with Allah’s knowledge and ultimate wisdom, lies what is good and best for each one of us, in time and in place. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang,” tulisnya.
Dalam pada itu, Mira juga turut menzahirkan ucapan terima kasih buat mereka yang sentiasa mendoakan mereka sejak dari awal hingga kini.
“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin amin YRA,” tulisnya lagi.
Semoga kehamilan Mira yang bakal melalui trimester akhir ini dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak. Tahniah Mira dan suami!
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.