
Si comel Nur Fatima Aisya, anak pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin sememangnya cukup petah berkata-kata. Ada sahaja yang dibualkannya bersama ibu dan ayahnya.
Terbaru, menerusi akaun rasmi famili kecil itu, @fattzuralovelife, Fazura memuat naik video comel Fatima yang memandang ke luar jendela di sebalik langsir.
Namun paling menarik pastinya kapsyen ringkas perbualan Fatima yang mengadu nasib dengan neneknya dek kerana merasa kesunyian ditinggalkan ibu dan ayahnya yang terpaksa keluar bekerja.
“Semalam nak tidur dia cakap kat nanny dia.
“Sian Nyamma. Daddy work work, mommy work work, nenek nak dodo (tidur)..” kongsi pasangan ini dikapsyennya.
Biar pun masih kecil namun kata-kata si kecil yang cukup petah berkata-kata ini menarik perhatian ramai.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji kebijakkan yang dimiliki Fatima biar pun baru berusia hampir dua tahun.
Tidak kurang juga yang memujuk anak kecil ini untuk bersabar seketika sebelum dapat meluangkan masa bersama-sama ibu dan ayahnya bercuti kelak.
Terdahulu, Nur Aisya Fatima, kesayangan Fazura dan Fattah Amin dilahirkan pada 2 Oktober 2020. Fatima bakal berusia dua tahun tidak berapa lama lagi.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Boleh Sebut Nombor, Susu..Saya Menangis” Anak Speech Delay, Shila Amzah Bangga Perkembangan Anak!

Ibu mana yang tidak terharu melihat anak kecil yang lambat bercakap kini sudah mula menyebut beberapa perkataan bermakna. Inilah kebanggaan dan rasa syukur yang diluahkan oleh Shila Amzah saat melihat perkembangan anaknya kini.
Bagi Shila Amzah, biarpun masih tidak banyak perkataan yang dikeluarkan oleh anaknya, Seth Uwais namun dia amat bersyukur dan begitu berbangga melihat perkembangan anaknya itu setiap hari.
Menerusi Instagramnya, Shila turut memuat naik video Seth yang sedang bermain dan menyebut beberapa perkataan ketika leka bermain.
“Seth perlahan-lahan makin nampak kemajuan dalam percakapannya.
“Saya boleh katakan dia sudah boleh sebut 50 patah perkataan sekarang. Dia cuba yang terbaik untuk kejar pencapaiannya tapi saya tak pernah berbangga seratus peratus,” cerita Shila menerusi Instagramnya.
Menurut kata Shila lagi, berbanding awal tahun lalu, anaknya itu sudah semakin baik dalam percakapannya. Dan inilah yang membuatkan hati keibuannya begitu tersentuh saat melihat pencapaian anaknya.
“Tanpa sebarang perkataan sehingga Januari 2022, kini dia dah boleh sebut perkara asas seperti nombor, warna, bentuk, susu, tidur..Brb,saya menangis 😭 #speechdelay #toddler,” kata Shila lagi tanda syukurnya dengan perkembangan anaknya itu.
Dalam pada itu, video perkongsian Shila itu turut mendapat pelbagai reaksi dari rakan-rakan selebriti dan juga pengikut setia Shila yang begitu berbangga melihat pencapaian Seth.
Semoga Seth Uwais semakin nampak perkembangannya dari hari ke hari. Good job Seth Uwais!
Terdahulu, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun lebih dilahirkan pada 31 Ogos 2019.
Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lebih Banyak Duduk Rumah Dengan Bilal” Neelofa Bahagia Walau Tak Sesibuk Dulu

Selebriti terkenal, Neelofa Mod Noor mengakui kini hidupnya lengkap dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Bilal.
Tambahnya lagi, dia berutung kerana mendapat suami yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran.
“Saya bukan seorang yang semuanya perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal. Jadi kita cuba perbaiki semula. Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang saja sampai sudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah.
“Haris ini nampak saja macam itu tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya jawab mesej dia. Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu kita kena tunjuk adab dan akhlak yang baik.
“Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi saya pun jadi lebih peka selepas itu,”
“Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna, sebab mesti ada kurang di mana-mana. Tapi nak banding dulu dan sekarang saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman walaupun tak terlalu rancak tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup.
“Saya tak adalah bekerja sekuat dulu. Banyak masa di rumah. Menjadi ‘lady boss’ itu dah banyak berkurang. Kalau urusan kerja, saya banyak serahkan kepada Haris. Kadang-kadang ada beberapa perkara juga yang saya perlu terbabit sebab kalau projek itu perlu ada orang pimpin. Tapi apa saya boleh cakap, saya bukanlah orang yang sama seperti sebelum ini,”
“Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya. Banyak orang yang mungkin terlalu awal kahwin atau lewat dapat anak. Saya rasa syukur, alhamdulillah, Allah bagi perjalanan hidup saya yang agak seimbang.
“Sekarang ni dah banyak masa di rumah, saya rasa berpuas hati dengan apa yang saya buat dulu. Kalau dulu saya berikan sepenuhnya dan buat sikit-sikit saja mesti sekarang saya masih nak lagi. Saya tak rasa terlambat pun dengan apa yang saya dapat sekarang. Kawan saya yang dah kahwin empat tahun lepas dan dah ada anak saya rasa macam boleh ikut jejak dia.
“Alhamdulillah saya gembira sekarang ini dan saya nak jadi hamba Allah yang bersyukur lebih. Saya pernah cakap yang Haris mengajar saya banyak perkara mengenai kesyukuran. Dia antara manusia yang banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur. Kadang-kadang saya terlepas pandang dan dia selalu ingatkan. Kalau saya macam tertekan dan sedih dia akan cakap dan bagi nasihat kepada saya,”
“Kalau suami saya keras dan saya juga keras ia akan menjadi susah. Sebetulnya suami kena ke depan dan saya perlu di samping mengikuti langkahnya barulah akan dapat harmoni.
“Haris jenis yang selalu bagi ruang dan dia bukan jenis yang perlu ikut dia saja. Dia bagi kebebasan untuk saya bernafas sikit. Saya tak rasa tekanan dan rasa macam diri sendiri saja. Jadi di situ manisnya,”
Kredit: Hmetro
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Susah Kalau Bersalin Di Ampang…” Ibu Kepada Wanita Hamil Positif Covid Mohon Hentikan Kecaman

Semalam tular berita dimana seorang wanita hamil disahkan positif Covid-19 di Kelantan dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.
Artikel berkaitan: Wanita Hamil Pulang Ke Kelantan Untuk Bersalin Tapi Disahkan Positif Covid-19, KKM Cari Kontak Rapat
Rentetan itu ramai Netizen yang melepaskan kemarahan di sosial media. Memetik laporan daripada Hmetro, Ibu kepada wanita hamil tersebut, Puan Norazlina Abdul Rahim memohon agar netizen menghentikan kecaman terhadap anaknya itu.
“Tolong jangan kecam anak saya tanpa usul periksa, anak saya pulang ke kampung untuk bersalin, bukannya semata-mata menyambut Aidilfitri.”
Ada Surat Kebenaran Rentas Negeri
Norazlina berkata, anaknya yang berusia 32 tahun mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijadualkan bersalin pada 19 Jun nanti.
“Anak saya pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah 35 minggu. Untuk bersalin di Ampang, Kuala Lumpur agak sukar kerana suami anak saya bekerja dan mereka juga mempunyai anak yang masih kecil berusia tiga tahun.
“Sejak berita mengenai anak saya tular, ramai yang mengecam tindakan anak saya pulang ke kampung, sedangkan mereka tidak tahu anak saya mempunyai alasan kukuh untuk pulang.
Anak Saya Mula Tertekan
“Pada mulanya anak saya agak tertekan sehingga terpaksa nyahaktifkan akaun Facebook untuk sementara waktu. Namun kini keadaannya kembali stabil selepas saya dan suami memujuk supaya bertenang dan tidak mengendahkan kecaman itu,”
Beliau berkata, anaknya sendiri agak sukar untuk menerima berita apabila pihak hospital menghubungi memaklumkan dia positif Covid-19 kerana sepanjang di Kuala Lumpur, anaknya tidak ke mana-mana melainkan keluar untuk membuat pemeriksaan di klinik kesihatan.
“Namun saya sentiasa menasihatkan anak supaya menerima perkara ini dengan hati terbuka. Syukur alhamdulillah sehingga kini anak saya dalam keadaan sihat dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
“Malah, pagi ini saya sempat ‘video call’ (panggilan video) dengan anak saya dan setakat ini keadaan anak saya dalam keadaan baik.
Mungkin Perlu Melahirkan Bayi Secara Pembedahan
“Namun, doktor memaklumkan mungkin perlu bersalin secara pembedahan memandangkan anak saya positif Covid-19,” katanya yang mereka sekeluarga kini dikuarantin selama dua minggu.
Akhbar melaporkan, wanita hamil yang positif Covid-19 di Kelanyan, dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wanita itu hanya disahkan positif Covid-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak di Kelantan untuk menjalani rutin pemeriksaan.
Sumber: Hmetro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI