“Pandai Dia Mengadu” Daddy & Mummy Kena Kerja, Bijaknya Fatima Mengadu Nasib Dengan Nenek!

Share

Si comel Nur Fatima Aisya, anak pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin sememangnya cukup petah berkata-kata. Ada sahaja yang dibualkannya bersama ibu dan ayahnya.

Terbaru, menerusi akaun rasmi famili kecil itu, @fattzuralovelife, Fazura memuat naik video comel Fatima yang memandang ke luar jendela di sebalik langsir.

Namun paling menarik pastinya kapsyen ringkas perbualan Fatima yang mengadu nasib dengan neneknya dek kerana merasa kesunyian ditinggalkan ibu dan ayahnya yang terpaksa keluar bekerja.

“Semalam nak tidur dia cakap kat nanny dia.

“Sian Nyamma. Daddy work work, mommy work work, nenek nak dodo (tidur)..” kongsi pasangan ini dikapsyennya.

Biar pun masih kecil namun kata-kata si kecil yang cukup petah berkata-kata ini menarik perhatian ramai.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji kebijakkan yang dimiliki Fatima biar pun baru berusia hampir dua tahun.

Tidak kurang juga yang memujuk anak kecil ini untuk bersabar seketika sebelum dapat meluangkan masa bersama-sama ibu dan ayahnya bercuti kelak.

Terdahulu, Nur Aisya Fatima, kesayangan Fazura dan Fattah Amin dilahirkan pada 2 Oktober 2020. Fatima bakal berusia dua tahun tidak berapa lama lagi.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM