“Pandai Fahri Kenal Baba Dia,” Dayah Bakar & Suami Akhirnya Kembali Bersama, Fahri Dah Jumpa Baba!

Share

Kisah perjuangan wanita bernama Dayah Bakar ini cukup luar biasa. Benar, isteri seorang anggota tentera sering ditinggalkan suami dek desakan tanggungjawab suami, namun ujian yang dilalui oleh wanita ini cukup berbeza berbanding isteri tentera yang lain bila terpaksa berdepan dengan masalah pandemik yang mengancam dunia.

Disahkan mengandung ketika baru seminggu suami meninggalkan tanah air pastinya ujian yang cukup berat buatnya. Apatah lagi melalui tempoh sembilan bulan mengandung dan melahirkan sendirian tanpa ditemani suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang berada di Australia bagi melunaskan tanggungjawab kepada negara selama tempoh dua tahun.

Cukup setahun tidak bertemu, kini pasangan ini sudah pun kembali bersatu selepas Dayah membuat keputusan untuk bersama suaminya di Australia.

Demi menemukan Fahri dan babanya, Dayah tekad untuk terbang ke bumi Kanggaro itu pada 5 Januari lalu bersama anaknya, Achbar Muhammad Fahri. Selepas 14 hari tempoh kuarantin, akhirnya Dayah dan suami kembali bersatu selepas setahun tidak bertemu.

Khabar gembira ini dikongsikan menerusi instagram kelab peminat rasmi Dayah sendiri iaitu @dayahlova. Tersentuh hati melihat perkongsian gambar-gambar saat pertemuaan keluarga kecil ini. Satu kerinduan yang tidak terungkap. Akhirnya Allah mengizinkan untuk keluarga kecil ini bersatu.

Gambar ketika bertemu di lapangan terbang dengan pelukan erat suami Dayah sudah cukup menggambarkan betapa kerinduan yang selama ini terpaksa disimpan kemas.

“Alhamdulillah MashaAllah Tabarakallah,

“Kembali bersatu. Happy moment for them. Terima kasih semua di atas doanya,” tulis kapsyennya.

Malah perkongsian empat keping gambar berlainan entri yang dikongsikan peminat Dayah itu sudah cukup menggambarkan pertemuan penuh bahagia itu.

Keempat-empat entri itu mendapat jumlah tanda suka daripada seluruh peminat Dayah di instagram tidak kurang juga yang menitiskan air mata dengan pertemuan kembali keluarga itu.

Tidak kurang juga yang terhibur melihat aksi Fahri yang tersenyum lebar didukung ayahnya, seolah-seolah mengenali bapanya yang tidak pernah ditemuinya itu.

“Ya Allah Fahri.. senyuman dia.. gembira dia babanya dukung”.

“Subahanallah. Alhamdullilah Allah penentu segala, semoga bahagia milikmu sekeluarga adik.Insyaallah.Amin”.

“Pandai Fahri mungkin dia kenal tu baba dia. Happy dia”.

Tak sabar melihat perkongsian video daripada Dayah sendiri di Youtube Channelnya sedikit masa lagi. Momen yang ditunggu-tunggu peminatnya. Semoga keluarga kecil ini terus bahagia dan menghabiskan masa bersama sebaiknya.

Terdahulu, Dayah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Hanif Hamidi pada Julai 2018. Kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri yang menjadi tanda cinta keduanya.

Artikel berkaitan: One Step Closer To See Baba, Dayah Bakar Selamat Tiba Di Australia, Fahri Bakal Bertemu Baba!

Fahri Dah 4 Bulan, Pandai Berguling & Meniarap, Dayah Bakar Teruja Tunjuk Anak Membesar Pada Suami Walau Hanya Dengan Panggilan Video

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
SRM