Belum cecah usia tiga bulan, nampaknya si comel Rina dah pandai nak berborak dengan bapanya.
Video aksi Rina yang dah pandai mengagah dengan Ryzal Ibrahim tu buatkan ramai yang terhibur melihat aksi dua beranak ini.
Kehadiran Rina benar-benar penyeri buat Ryzal dan isterinya Maryam You Narae. Dengan gaya seperti budak besar, tiap kali bapanya bertanya, dia akan tersenyum sambil mengeluarkan suaranya seolah membalas pertanyaan Ryzal.
Melihat kecomelan Rina dengan rambut yang lebat dan bermata sepet, peminat Ryzal dan Maryam cukup geram dengannya. Makin besar, nampaknya Rina dah makin ikut muka Ryzal.
Di penghujung video tersebut, Rina seperti mengajuk suara Ryzal. Nampak gayanya bila besar nanti jenis peramah seperti mommy dia ni.
Berkerut muka tak suka bau durian
Sementara itu, dalam perkongsian di instagram mommy Rina, Maryam Younarae, gelagat Rina yang mencium buah durian seperti tak suka bau raja buah itu sangat melucukan.
Mommy tunggu makan durian dengan Rina tapi…Rina pun tak suka durian..?
Seolah-olah Rina macam tak selesa bau buah durian hingga berkerut muka setelah mommynya saja menyakat dan letak di hidung.
Ramai pengikut mommynya yang melihat gelagat Rina tergelak dan menyatakan comel je riak wajah Rina itu.
“Hahahahahhah awal-awal je nanti Rina dah besar sikit dia suka laa. Hari-hari makan durian dengan mommy..”
“Dia bau jer dah pelik..”
“Berkerut muka.. Sedap la Rinaa..”
Maryam selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 21 Oktober lalu selepas berkahwin pada Ogos 2019.
Kredit: IG duriankimchijunior & maryamyunrrr
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)