Tak susah pun untuk memuji anak. Hanya ayat ringkas, “Pandainya anak abah’ sudah membuatkan hati anak gembira, malah rasa disayangi. Bukan material yang anak mahukan sebaliknya perhatian walau hanya memperuntukkan masa hanya 15 minit sahaja.
Walau dihimpit kesibukkan bekerja lebih-lebih lagi bekerja dari rumah, cubalah cari ruang untuk anak kita. Tak lama, hanya 15-30 minit sahaja untuk mereka. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Public Health Malaysia.
Kita boleh buat temujanji dengan client, bermesyuarat dan VC selama berjam jam lamanya, adakah kita ada masa yang khusus untuk bermain bersama anak?
Masa berkualiti dengan anak bukan sekadar anda terbaring dengan telefon dan anak bermain sendiri di sebelah ya 🙏 , ia perlu ada interaksi dan membuatkan anak rasa diri mereka dihargai, diperhatikan dan didengari.
Tidak semestinya perlu LAMA berjam jam, minima 15-30 minit sudah mencukupi asalkan masa tersebut cukup berkualiti, hanya kita dan anak tanpa gangguan.
Owh ya, TIADA keperluan untuk hujani anak dengan hadiah yang mahal, permainan baru dan gadget yang canggih. Segala material itu tidak terbanding nilainya dengan masa berkualiti anda bersama anak anak.
Buatkan anak merasa diri mereka dihargai, diperhatikan dan didengari. Mudah!
Apa yang mak ayah perlu cuba lakukan adalah:
* Peruntukan masa istimewa sekurang-kurangnya 15 -30 minit sahaja.
* Bermain dan berinteraksilah bersama. Lakukan aktiviti bersama-sama anak dan jangan hanya sekadar perhatikan anak.
* Jangan lokek berkongsi kata-kata pujian dan semangat. “Pandainya anak abah” ayat simple tapi buat anak rasa dihargai.
* Ajuk dan ulanglah semula kata-kata anak kerana itu tanda anda memerhati dan mengambil kira apa yang sedang anak lakukan.
* Masa ini hanya ada “kita dan anak”, tak perlukan orang lain sebagai sokongan. Ia masa berharga bagi mak ayah dan anak.
* Layankan fantasi dan dunia imaginasi anak-anak. Bantulah anak explore dengan dunia mereka agar mindanya makin berkembang.
* Perlu ada sentuhan fizikal seperti pelukan dan ciuman. Barulah anak rasa lebih dihargai.
* Kalau boleh tanpa gajet dan skrin. Ini penting supaya kedua-dua hubungan dapat dijalankan tanpa gangguan.
Jadi, jangan buang masa dan perbaikilah masa-masa yang tertinggal bersama anak. Inilah masanya.
Peruntukkanlah masa khusus bersama mereka. Masa mereka kecil tidak lama. Jangan kita menyesal bila anak sudah besar dan mula merasa malu dan menjarakkan dirinya dari kita.
Artikel berkaitan: Rasa Dah Cukup Bonding Dengan Anak Rupanya Tak, Bukan Material Anak Perlu, Tapi Kasih Sayang
Belikan Mainan Saja Tak Cukup, Bonding Emosi Lagi Penting, Anak Ingat Sampai Besar
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI