Sering memuat naik video anak sulungnya di Instgram membuatkan Rizqaa, cahaya mata pereka fesyen terkenal Rizalman Nordin dan usahawan Nurida Suraya sentiasa menjadi perhatian.
Mana tidaknya, dengan raut wajah yang comel persis ayah dan ibunya, Riqzaa sering disamakan seperti anak patung. Begitu kata para pengikut ayah dan ibunya di Instagram.
Terbaru Ahad lalu, Rizman berkongsi foto-foto sewaktu penganjuran majlis akikah puteri sulungnya itu untuk tatapan umum.
“Majlis tahlil arwah baba dan akikah Rizqaa,” tulisnya ringkas.
Dengan tema warna putih bersih, bukan hanya ibu dan ayahnya yang cantik dan kacak, bahkan si comel Rizqaa sememangnya turut mendapat perhatian.
Ads
Dengan persalinan serba putih dan gabungan aksesori warna merah jambu buat Rizqaa semakin comel. Raut wajah yang membuatkan sesiapa pun jatuh hati.
Meninjai di ruangan komen, dihujani dengan pujian buat Rizqaa juga keluarga kecil ini yang kelihatan cukup cantik.
“Pandainya dia senyum”
Ads
“Comel betullah Rizqaa ni”
“Macam doll tau Rizqaa ni, cantik betul kejadiaan”
“SubahanAllah Tak puas memandang si comel Rizqa”
Bukan hanya pengikut Rizman bahkan rakan-rakan selebriti juga dilihat meninggalkan komen yang sama.
Terdahulu, Rizman dan Nurida mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Rizqaa yang lahir pada 2 September 2020.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @rizman.n
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari Kanak-Kanak diadakan pada bulan November setiap tahun. Sehubungan dengan ini, Hotel Royale Chulan Seremban akan menganjurkan acara dua hari yang menarik untuk aktiviti dan pertandingan yang didedikasikan untuk semua kanak-kanak. Acara ini bermula pada hari Sabtu, 9 November dan berakhir pada hari Ahad, 10 November 2024.
Tujuan acara tahunan ini adalah untuk memberikan kanak-kanak aktiviti yang penuh keseronokan dan pertandingan yang menarik sepanjang dua hari tersebut. Bzu Bzu, yang terkenal dengan produk penjagaan diri dan rumah yang semula jadi, akan memberikan 2,000 hadiah pintu kepada semua kanak-kanak semasa acara berlangsung.
Banyak Hadiah Menarik Untuk Dimenangi!
Pelbagai pertandingan dan pertandingan akan diadakan di Seri Negeri Ballroom 1, termasuk pertandingan mewarna, pertandingan tarian, pertandingan menyanyi, dan pertunjukan fesyen. Pemenang dalam pertandingan ini berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai RM400, hadiah wang tunai sebanyak RM500 oleh PTPN untuk setiap pertandingan mewarna, tarian, menyanyi, dan pertunjukan fesyen, trofi, sijil, serta empat tiket ke Legoland Malaysia, bernilai RM800.
Pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM400 dan RM300, masing-masing, serta trofi, sijil, hadiah, dan dua tiket masuk ke Snowlim Wonderland Malaysia dan hadiah bernilai RM300. Selain itu, tiada kanak-kanak akan pulang dengan tangan kosong, kerana semua peserta akan menerima token penghargaan dan sijil, walaupun mereka tidak menang. Yuran penyertaan bermula dari RM25 bersih setiap kanak-kanak, yang merangkumi hidangan khas untuk semua peserta.
Tambahan pula, di Seri Negeri Ballroom 2, hotel berkolaborasi dengan Brickmasters, yang terkenal dengan penganjuran pertandingan Lego utama di seluruh Malaysia, mengadakan pertandingan Lego pertama di Negeri Sembilan, dengan lebih daripada 500 peserta dijangka setiap hari.
Pendaftaran adalah RM5 bagi setiap peserta, dan pertandingan ini terbuka kepada semua kanak-kanak, remaja, dan ibu bapa. Peserta akan bersaing untuk peluang memenangi salah satu daripada 18 hadiah kotak Lego!
Training Chess Centre Negeri Sembilan akan menganjurkan kejohanan catur selama dua hari di Ballroom 3. Acara pada 9 November terbuka kepada kanak-kanak berumur sehingga 12 tahun, manakala kejohanan pada 10 November mengalu-alukan peserta dari semua peringkat umur, termasuk orang dewasa. Trofi akan diberikan kepada pemenang pada kedua-dua hari tersebut.
Kena Daftar Awal
Untuk mendaftar bagi mana-mana pertandingan/pertandingan, bengkel dan kejohanan, ibu bapa boleh mendaftar anak mereka dengan mudah dengan mengimbas kod QR yang disediakan.
Daftar segera kerana tempat terhad dan tiada penyertaan secara walk in akan dibuat pada hari acara berlangsung. Terdapat cabutan bertuah setiap jam untuk orang ramai, menjadikan acara ini menyeronokkan bukan hanya untuk kanak-kanak tetapi juga untuk orang dewasa!
Sepanjang dua hari acara ini, keluarga dapat menikmati pelbagai aktiviti, termasuk istana tiup oleh Kiddytopia, pertunjukan sihir, pencarian harta karun, kemunculan badut dengan patung belon, seni pasir, melukis wajah, seni henna, pameran replika haiwan oleh PERHILITAN, dan pameran menarik daripada pasukan bomba Seremban yang menampilkan jentera bomba dan uniform mini pemadam kebakaran untuk kanak-kanak, serta aktiviti melukis batik!
Untuk anak-anak yang suka membakar kek atau pastri, datanglah ke Restoran Han Pi Yuen untuk bengkel baking yang menarik yang dikendalikan oleh chef pastri di sana. Terbuka kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, bengkel ini dikenakan bayaran RM49.90 setiap kanak-kanak dan termasuk peralatan baking, apron, topi chef, buku resipi dan hidangan yang lazat dan berkhasiat yang disediakan khas unntuk semua peserta.
“Festival Hari Kanak-Kanak ini direka sebagai pusat sehenti selama dua hari ini, menawarkan peluang kepada ibu bapa dan orang ramai untuk meneroka pelbagai produk dan perkhidmatan. Acara ini akan menampilkan vendor dari pelbagai sektor, termasuk pendidikan, hobi, dan institusi kewangan seperti PTPN, Tabung Haji, dan Prudential, serta kedai buku seperti Popular dan Sinaran.
Untuk meningkatkan pengalaman, kami mengadakan pertandingan dan pertandingan menarik, memastikan momen yang tidak dapat dilupakan untuk kanak-kanak dan keluarga mereka. Secara peribadi, saya percaya festival ini menyediakan peluang unik bagi keluarga untuk menikmati pengalaman yang pelbagai dan bagi ibu bapa untuk bertukar idea dan berhubung secara berkesan,” kata Azira Arif, Pengurus Pemasaran Royale Chulan Seremban.
Pemeriksaan Kesihatan Pun Ada
Menambah nilai kepada festival ini, KPJ Seremban Specialist Hospital akan mempunyai pasukan profesional perubatan yang berdedikasi di lokasi, menawarkan perkhidmatan percuma untuk kanak-kanak dan ibu bapa, termasuk:
Penilaian Kebersihan Tangan yang Menyeronokkan dengan Pasukan Kawalan Jangkitan
Pemeriksaan Pertuturan oleh Pakar Pertuturan dan Pemeriksaan Pendengaran oleh Audiolog.
Selanjutnya, keluarga juga boleh menantikan sesi Meet & Greet khas dengan maskot rasmi KPJ, Dr. Kiki, menjadikan acara ini lebih berkesan. Kanak-kanak juga akan mendapat manfaat daripada pemeriksaan percuma tambahan, termasuk pemeriksaan gigi oleh Dr. Smile Dental Seremban 2 dan pemeriksaan mata oleh Optimax Eye Specialist Seremban.
Untuk maklumat lanjut boleh WhatsApp di talian 016-920 9880 atau 06-766 6666 atau emel ke enquiry.rcs@royalechulan.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia, Majalah Pa&Ma tidak terkecuali menyokong kempen ini. Namun istimewanya, minggu hebat ini yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 7 Ogos ini diraikan Pa&Ma dengan penuh gilang gemilang bersempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019.
Seminar Penyusuan- Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu yang julung-julung kali diadakan ini turut mendapat sokongan pada tiga panel tersohor iaitu Dato’ Dr Hamid Arshat, Dr Maiza Tusimin daripada Hospital UPM, Sri Kembangan dan juga Dr Roliza Ibrahim daripada Avisena Women & Children Specialist Hospital, Shah Alam.
Seminar yang diadakan pada 2 Ogos, bertempat di SACC, Shah Alam ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 50 orang peserta.
Acara dimulai dengan perkongsian Resipi Kejayaan Penyusuan Ibu oleh Dr Maiza Tusimin dan kemudiannya diikuti dengan panduan hebat yang dikongsikan oleh pakar sakit puan tersohor, Dato’ Dr Hamid Arshat dengan tajuk “Pastikan Ia Berjaya. Hasilnya Anak Hebat”.
Peserta kemudiannya berpeluang menambah ilmu dengan panduan dan teknik yang dikongsikan oleh Dr Roliza Ibrahim pula dengan topik Teknik Penyusuan.
Paling menarik, bukan hanya bersoal jawab mengenai penyusuan, bahkan peserta tidak pulang dengan tangan kosong bila mana turut membawa pulang cenderahati hebat dan cabutan bertuah daripada beberapa jenama produk penyusuan.
Antara produk terlibat adalah Haenim Malaysia, Tateh, Holabebe dan juga Avisena Women & Children Specialist Hospital.
Malah produk Haenim Malaysia turut sama mengadakan demonstrasi menggunakan pam susu miliknya di booth Pa&Ma. Peserta juga berpeluang membawa tiga hadiah cabutan bertuah yang berupa pam susu, pengecas pam dan juga aksesori penyusuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Disember yang lalu buat pertama kalinya berkongsi gambar sekeluarga bersama buah hati mereka.