Pandang Isteri Dah Tak Cantik, Suami Tak Kacak, Bukan Terus Tawar Hati. Kenalah Makin Sayang!

Share

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Perkahwinan adalah penyatuan dua hati yang saling melengkapi. Jika seorang ada kekurangan, seorang lagi akan menutup kekurangan itu.

Percayalah jika saling menerima dan memahami, macam mana sekalipun pasangan kita, kita mampu menghadapinya dengan baik. Membandingkan pasangan kita dengan orang tak wajar. Itu akan buat kecil hati.

Begitu juga bila dah kahwin bertahun-tahun, pasangan kita dah tak seperti zaman kita mengenalinya, jangan cuba ungkit lagi. Terimalah seadanya kerana kecantikan itu bukan jaminan kebahagiaan.

Kalau kita pandang isteri atau suami sendiri, kemudian kita rasa dia tak cantik lagi, dan tak kacak kembali, percayalah yang dalam hati kita sebagai suami dan isteri ni dah hilang satu benda yang paling utama dalam rumah tangga ini.

Nikmat.

Sebab apa? Sebab kita banyak mengisi ruang nikmat itu dengan maksiat. Dengan terlalu banyak hiburan. Tak sedar Tuhan cabut nikmat sebenar, dan diberikan laknat.

Moga Allah jauhkan ini. Jauhkan ya Allah. Sebab itu, jangan memandang isteri seperti pandangan sepi sendiri. Jangan memandang suami hanya pandangan biasa hari-hari.

Pandang dia dengan pandangan yang Allah beri. Pandang dirinya bukan melihat pada yang cantiknya sahaja. Bukan rupa semata-mata.

Lihatnya mana baiknya. Disitulah nikmat sebagai suami dan isteri akan kita jumpa.

Sumber: Abu Hurairah Asifa 

Published by
Wan Amy