Pengambilan ubat perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum terhadap sesuatu simptom atau penyakit. Ini juga dapat mengelakkan kesan yang tidak diingini.
Bagaimanapun ada sesetengah ibu bapa masih lagi keliru pemberian ubat pada anak terutama yang perlu diberikan dua kali, tiga kali atau empat kali.
Berikut antara pengambilan ubat yang betul yang dikongsikan oleh Klinik Avicenna dan boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa sama ada ketika nak beri pada anak atau pun panduan diri sendiri.
Lepas ni jangan ada istilah pening nak bagi waktu bila anak makan ubat dan risau takut tersilap waktu makan.
Sumber: Klinik Avicenna
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahagian Ubun-Ubun Bayi Tenggelam, Tanda Anak Alami Dehidrasi Akibat Cirit Birit
Apabila bayi cirit birit, ia keadaan yang membimbangkan kerana boleh menyebabkan si manja dehidrasi. Jom ketahui petua hilangkan cirit-birit bayi melalui penyusuan dan pemakanan.
Cirit-birit adalah apabila keluar najis cair atau berair. Bagi sesetengah anak, ia adalah masalah ringan dan akan hilang dalam masa beberapa hari. Namun ada juga yang berlanjutan.
Jika itu situasinya ia akan menyebabkan si kecil kehilangan terlalu banyak cecair atau mengalami dehidrasi dan berasa lemah.
Dehidrasi kesan bayi cirit birit
Dehidrasi bermakna tubuh kehilangan terlalu banyak cecair – boleh terjadi kerana cirit-birit. Biasanya akan turut menyebabkan kehilangan 3% berat badan. Ia merupakan komplikasi cirit-birit yang tidak boleh dipandang ringan.
Berikut antara tanda dehidrasi disebabkan bayi cirit birit:
- Air kencing berkurangan – tidak kencing lebih daripada 8 jam – berlaku pada awal dehidrasi. Warna air kencing gelap juga petanda anak dehidrasi
- Lidah dan bahagian dalam mulut kering. Bibir yang kering bukan petanda khusus
- Mata kering dan air mata berkurangan atau tiada
- Bahagian ubun-ubun bayi tenggelam
- Ujian isi semula darah perlahan – lebih daripada 2 minit. Mula -mula tekan ibu jari dan biarkan ia pucat, kemudian lepaskan. Kira tempoh masa yang diperlukan untuk kuku menjadi merah jambu semula
- Si kecil lebih meragam dan kelihatan sakit
Petua hilangkan cirit-birit bayi & anak kecil
Matlamat utama merawat bayi cirit birit adalah untuk mengelakkan dehidrasi kesan daripada kehilangan terlalu banyak air dan mineral daripada tubuh.
Apabila keadaan itu berlaku, cecair tubuh mesti diganti. Ia boleh dilakukan dengan kerap memberikan anak cecair.
Anda juga boleh memberikan anak larutan rehidrasi oral (ORS) – campuran air bersih, garam dan gula. Tetapi pastikan anda bertanya kepada doktor terlebih dahulu.
Jika masalah cirit-birit yang dialami anak adalah jenis ringan, mereka boleh makan seperti biasa.
Jika menyusu badan:
- Teruskan proses penyusuan susu badan, lakukan dengan lebih kerap
- Jika cirit-birit teruk, berikan ORS antara sesi penyusuan
- Apabila cirit-birit berkurangan, hentikan pemberian ORS dan teruskan penyusuan seperti biasa
Petua hilangkan cirit-birit bayi & anak kecil minum susu formula
- Berikan jumlah cecair yang sedikit tetapi kerap, antara 30-60 mL setiap 30 minit dapat memperbaiki gejala. Mulakan dengan 1 sudu teh (5 mL) setiap 5 minit dan ditingkatkan jumlahnya secara beransur-ansur selagi boleh diterima anak
- Terus memberikan susu formula seperti biasa. Jika cirit-birit teruk, berikan ORS antara sesi penyusuan
- Jika selepas susu diberikan dan cirit-birit tidak sembuh, hentikan. Dalam sesetengah kes, susu boleh memburukkan lagi simptom. Cuba susu berasaskan soya
- Jangan memberikan anak jus epal, soda atau minuman manis lain kerana ia hanya akan memburukkan cirit-birit
- Jika bayi sihat selepas 24 jam, teruskan jadual penyusuan seperti biasa
Sekiranya keadaan bayi menjadi lebih teruk, berikan cecair jernih sahaja
Tip atasi bayi cirit birit bagi yang telah mengambil makanan pejal
Perlu diingatkan bahawa cecair adalah lebih penting daripada makanan pejal ketika ini, maka tidak perlu tergesa-gesa untuk memberikan anak makan
Jangan paksa anak makan sekiranya mereka mengalami sakit perut atau kekejangan
bayi cirit birit
Jangan memberikan anak makan dalam jumlah yang banyak walaupun mereka lapar, kerana ia akan memburukkan keadaan. Tingkatkan jumlah makanan secara perlahan-lahan mengikut kesesuaian
Jika susu yang diberikan menyebabkan cirit-birit tidak hilang, hentikan susu. Cuba untuk berikan anak ORS
Untuk masalah cirit-birit teruk, berikan ORS antara sesi penyusuan
Sekiranya si kecil sihat selepas 24 jam, cuba berikan anak makanan pejal seperti bijirin, buah atau sayuran seperti pisang, lobak merah atau kentang dilenyekkan, roti bakar kering, sup dengan mi beras
Jangan berikan anak cirit-birit makanan tinggi lemak
Elakkan beri anak makanan tinggi gula seperti jus buah dan soda
Untuk bayi 4 bulan ke atas yang keadaannya lebih baik, anda boleh berikan mereka bijirin, kentang, pisang atau lobak merah dilenyekkan. Bayi setahun ke atas boleh diberikan kraker, roti putih, nasi atau makanan berkanji lain
Anda boleh teruskan diet normal anak dari masa ke masa jika keadaannya lebih baik
Jika keadaan anak semakin teruk selepas makan, kembali berikan cecair jernih
Elakkan daripada memberikan bayi atau si kecil minum minuman sukan atau tenaga.
Ini kerana ia mengandungi terlalu banyak gula dan tidak cukup elektrolit untuk memulihkan masalah dehidrasi yang dialami si kecil. Bahkan ia tidak sama dengan ORS.
Kesimpulannya
Masalah bayi cirit birit adalah perkara biasa untuk terjadi. Dalam kebanyakan kes ia akan hilang dengan sendiri serta tidak memerlukan rawatan
Anda boleh memastikan bayi selesa dan kekal terhidrat di rumah sehingga serangan cirit-birit hilang. Dalam kes yang jarang berlaku, cirit-birit mungkin akan berlanjutan lebih lama daripada biasa.
Sekiranya cirit-birit tidak hilang mahupun semakin teruk selepas tempoh 24 jam atau selepas mencuba petua hilangkan cirit-birit bayi, bawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Berisiko Mudah Dapat Jangkitan Kuman Kalau Kerap Masuk Shopping Mall
Tanpa sedar kegemaran bawa bayi masuk shopping mall menyebabkan si kecil berisiko mendapat jangkitan kuman. Kalau hujung minggu memang ramai ibu bapa muda yang seronok bersiar-siar di pusat membeli-belah sambil menyorong stroller anak masing-masing. Bukan ada hal penting yang hendak di cari tapi saja-saja jalan hujung minggu sambil cuci mata.
Tapi kalau anda ada anak kecil bawah umur setahun dan selalu bawa anak masuk mall, hati-hati dengan risiko macam-macam jangkitan kuman. Pesanan dan nasihat daripada seorang bapa Encik Muhammad Ahmad ini ada benarnya.
Selalunya jika ke mall saya akan memakai mask untuk memastikan saya tidak mengeluarkan kuman atau virus dan juga untuk mengelakkan saya dijangkiti virus atau kuman. Dan jarang sangat bawa anak masuk mall. Tidak silap saya usia beliau 1 tahun 2 bulan baru masuk mall,itu pun awal pagi hari bekerja.
Tapi sayang ramai ibu bapa sekarang masih membawa bayi masih berusia 2,3 bulan.
Saya selalu menyapa mereka dan memberi sedikit nasihat. 90% kebanyakkan mereka membawa bayi bukan urusan KECEMASAN. Sebaliknya untuk ‘mencuci mata’ berjam-jam. Yelah 40-60 hari berpantang pasti boring kan.
Tapi Tuan puan. Ketika itu tahap immunity bayi sangat rendah. Berkali ganda mudah untuk dijangkiti virus atau kuman(airborne disease) atau menyedut asap ROKOK(boleh menyebabkan radang paru-paru)
Walaupun saya sebagai orang awam, saya tetap peka tentang kesihatan saya dan orang lain terutama bayi.
Ya kita faham bukan bermakna semua bayi akan dijangkiti virus dan kuman atau asap rokok. Pasti apa yang saya katakan ini boleh dicanggah. Namun kita perlu berwaspada.
Saya beranggapan bahawa penjagaan kesihatan bayi bukan terletak kepada ibu bapa mereka sahaja,bahkan kita semua. Kitalah bertanggungjawab untuk menasihati mereka dengan penuh hikmah. Paling tidak pun print out flyers jenis-jenis penyakit bawaan udara dan edarkan kepada awam. Mungkin ramai ibu bapa diluar sana kurang didedahkan tentang perkara ini.
Bayangkan tubuh kecil itu dijangkiti virus, kuman atau asap rokok sehingga menyebabkan bronchitis dan Pneumonia sehinggakan bayi terpaksa dimasukan ke hospital berhari-hari. Pasti kita menyesal tidak sudah. Lebih-lebih lagi 4ribu lebih bahan kimia dari asap rokok sangat mudah untuk disedut oleh bayi kerana pernafasan mereka lebih laju berbanding orang dewasa.
Nasihat saya(untuk diri sendiri juga) elakkan anak-anak terutama bayi terdedah di tempat awam yang padat terutama hujung minggu. Jika mustahak pastikan menggunakan stroller hood(seperti gambar dibawah) Dan membasuh muka,tangan kanak-kanak sebelum pulang ke rumah atau apa-apa kaedah untuk mengelakkan bayi dijangkiti kuman atau virus.
-EncikMatt-
Sumber: Tuan Muhammad Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambut Kelahiran Cahaya Mata Sulung, Tengku Mahkota & Che Puan Mahkota Kelantan Pilih Nama Tengku Muhammad Johan Petra!
Tahniah diucapkan buat Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 17 Julai lalu.
Berita kelahiran itu pastinya menggembirakan seluruh rakyat Kelantan.
Anakanda pertama baginda berdua yang diputerakan pada 17 Julai 2023 bersamaan 28 Zulhijjah 1444H ini dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Pada hari ketujuh kelahirannya, nama yang indah telah diumumkan buat si kecil. Melalui laman sosial rasmi, Dr Tengku Muhammad Faiz berkongsi gambar bersama bayi sulungnya.
“Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
“Dengan limpah perkenan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan menamakan putera seperti berikut:
“Tengku Muhammad Johan Petra Bin Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
“Semoga ALLAH SWT memberi keafiatan, taufik dan hidayah serta dipermudahkan segala urusan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan serta anakanda,” titip baginda.
Menerusi perkongsian gambar keluarga yang dikongsikan baginda, Tengku Muhammad Johan Petra kelihatan sangat comel.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI