Bila agaknya masa yang sesuai untuk anda menggunakan ujian kehamilan di rumah? Ini panduan untuk bakal ibu bagi memeriksa kehamilan anda.
Sebelum itu jom ikuti dahulu mengapa ujian ini perlu dan bagaimana cara melakukannya.
Apa itu ujian kehamilan?
Ujian kehamilan boleh menentukan sama ada anda mengandung menggunakan sampel urin (air kencing) atau darah untuk hormon tertentu. Hormon ini dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG).
Bila hormon hCG dapat dikesan?
Tahap hCG yang tinggi adalah tanda kehamilan. Biasanya hCG akan meningkat dengan cepat dalam tempoh 10 minggu pertama selepas telur disenyawakan menempel pada dinding rahim.
Jadi bila boleh buat urine pregnancy test?
Ujian air kencing untuk kehamilan paling tepat untuk dilakukan selepas satu atau dua minggu anda tidak mengalami kedatangan haid.
Jika dilakukan terlalu awal, keputusan yang diperolehi mungkin negatif walaupun diri anda sebenarnya hamil. Ini kerana badan mungkin belum menghasilkan hCG yang mencukupi untuk dapat dikesan kit kehamilan.
Malah ujian air kencing hormon hCG ini boleh dilakukan sama ada di klinik atau dengan menggunakan kit ujian di rumah.
Ads
Panduan untuk ibu hamil melakukan ujian kehamilan ini di rumah.
1. Masa sesuai lakukan ujian kehamilan
Pregnancy test yang baik biasanya boleh mengesan kehamilan dalam masa tujuh hari selepas terlepas haid.
Pada masa itu badan berkemungkinan telah menghasilkan hCG mencukupi untuk dapat dikesan melalui ujian air kencing. Jika terdapat hCG dalam badan, ia akan terkumpul dalam air kencing semalaman dan memuncak pada waktu pagi. Melakukan ujian selepas bangun pagi membantu untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
3. Semak tarikh
Pastikan menyemak tarikh luput kit kehamilan atau anda mungkin akan mendapat hasil kurang tepat.
4. Baca arahan ujian kehamilan
Tidak semua kit kehamilan sama. Jadi walaupun anda mungkin pernah melakukannya sebelum ini, anda tetap perlu membaca arahan sepenuhnya untuk memastikan ia dilakukan dengan betul.
5. Gunakan cawan
Bagi mendapatkan keputusan lebih tepat, ikuti langkah berikut:
Kumpulkan air kencing di dalam cawan plastik kemudian, rendam kit kehamilan di dalamnya mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
6. Ujian susulan
Tidak kira apa keputusan yang diperolehi – positif atau negatif – anda boleh mendapatkan lebih kepastian dengan melakukan ujian perubatan. Ia akan dilakukan oleh doktor atau kakitangan perubatan.
Ads
Perkara perlu dielakkan
Berikut pula beberapa perkara yang harus dihindari semasa melakukan ujian air kencing untuk kehamilan di rumah:
1. Minum air terlalu banyak
Anda mungkin akan mendapat hasil negatif palsu jika minum terlalu banyak air sebelum mengambil ujian. Ini kerana tindakan tersebut boleh mencairkan air kencing dan mengakibatkan hCG yang mencukupi sukar dikesan.
2. Tempoh lama melakukan ujian
Terdapat had masa untuk membaca hasil keputusan. Jika anda membacanya di luar tempoh masa yang digariskan seperti dalam arahan, keputusan yang diperolehi menjadi tidak tepat.
Kebanyakan ujian bukan digital menunjukkan garis sebagai tanda kehadiran hCG dalam air kencing. Satu baris sebagai garis kawalan dan baris kedua petanda kehamilan.
Jika ujian negatif, terdapat kemungkinan anda masih melihat garis penyejatan samar dan tidak berwarna yang muncul semasa air kencing mengering.
Ads
Bagi mereka yang tidak biasa dengan garis penyejatan, akan menganggapnya sebagai keputusan positif apabila melihat garisan ini. Jadi elak membiarkan ujian terlalu lama sebelum dibaca. Jika tidak anda mungkin membaca garis penyejatan dan menganggap diri hamil.
Senaman semasa hamil bagus untuk meningkatkan kesihatan ibu hamil. Ia juga sebagai langkah persediaan fizikal untuk ibu menghadapi cabaran sepanjang kehamilannya.
PERSONALITI terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim melalui perkongsian di laman Instagram miliknya berkongsi aktiviti yang dilakukan semasa mengandung anak ketiganya.
Dalam video yang dimuat naik itu, Azrinaz menunjukkan rutinnya untuk menguatkan stamina dengan berlatih tinju bersama pelatih.
Namun latihan yang dibuat oleh Azrinaz ini masih bawah kawalan, bersesuaian dengan fizikalnya yang sudah hamil 8 bulan.
Bagi ibu hamil yang tidak menghadapi sebarang komplikasi semasa hamil, disyorkan untuk menjalani rutin senaman yang sederhana, lembut dan tidak memudaratkan.
Pa&Ma kongsikan senaman ringan yang boleh ibu-ibu praktikkan semasa hamil.
Plie (Menguatkan Quadrisep dan faraj, meningkatkan keseimbangan tubuh.)
Berdiri tegak di tepi kerusi yang kukuh. Tangan kanan pegang bahagian atas penyandar. Bahagian kaki dibiarkan selari.
Bengkokkan lutut sehingga 45 darjah, Tarik nafas sambil ‘tolak’ bahagian pusat ke dalam dan keluar. Dalam masa yang sama pastikan bahagian belakang badan tegak.
Kembali ke posisi asal. Ulang 10 kali.
Curl and lift (Menguatkan Bisep dan bahu)
Duduk di atas kerusi yang kukuh dalam keadaan selesa. Tegakkan bahagian belakang badan. Bahagian kaki memijak lantai dan tangan direhatkan di atas paha.
Gunakan dumbbell yang mempunyai berat ½ kg atau 1 kg bagi setiap belah tangan. Pada masa ini, telapak tangan menghadap ke badan anda. Bengkokkan siku supaya lengan membentuk sudut 90 darjah
Angkat dumbbell ke hadapan separas bahu anda. Kemudian, kembali ke posisi permulaan dan ulangi sebanyak 10 kali.
Plank (Menguatkan lengan dan belakang)
Dalam keadaan meniarap, tangan menyokong bahagian atas tubuh. Dalam masa yang sama
Naikkan lutut dan kaki anda sehingga badan membentuk garis lurus.
Pastikan bahagian belakang badan lurus. Tahan antara sehingga lima kali nafas.
Side-lying innerlift and outer thigh (Menguatkan Paha)
Berbaring dengan bahagian kepala disokong oleh tapak tangan dan lengan kiri. Kaki kiri dibengkokkan pada sudut 45 darjah manakala kaki kanan diluruskan.
Letakkan tangan di atas lantai untuk keseimbangan badan. Sebaik-baiknya letakkan bantal di bahagian perut demi keselesaan anda.
Angkat kaki kiri sehingga ke paras pinggul dan ulangi langkah yang sama 10 kali bagi setiap kaki.
Setelah itu, beralih sisi dan ulangi langkah yang sama daripada posisi permulaan.
Lain anak lain pengalamannya sepanjang hamil sembilan bulan. Bagi Elfira Loy, kehamilan keduanya ini ternyata begitu berbeza. Malah bayi comel yang menghuni rahimnya kini kata Elfira begitu jauh berbeza berbanding kehamilan pertamanya.
Menerusi Instagram, ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf ini berkongsi perkembangan terkini kandungannya yang kini cukup sihat dan aktif.
Malah kata Elfira lagi, berbanding mengandungkan anak sulungnya Rayyan, kandungan keduanya ini begitu aktif malah lebih cheeky.
“Hospital checkup toilet selfie. Baby is healthy Alhamdulillah, semoga sentiasa terus sihat okay anak mommy.
“You’re very different from your Abang @muhamadrayyankhalafofficial,” tulis Elfira berkongsi.
Malah kata Elfira lagi, anak di dalam kandungannya itu juga begitu aktif dan sentiasa kerap menendang-nendang. Begitu juga ketika sesi pemeriksaan bulanan yang dilakukan Elfira.
“Active & so cheeky already walaupun dalam perut lagi. Dia Kicking kicking masa checkup tadi.
“Dr cakap, panjang kaki dia. Kaki panjang takpe, jangan kepala besar okay,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, ramai yang sudah mula berteka-teki bayi kedua Elfira menerusi kapsyen yang ditulisnya. Namun kebanyakkan pengikut Elfira meneka bayi keduanya itu juga merupakan seorang bayi lelaki.
Semoga perjalanan sembilan bulan Elfira mengandungkan bayi keduanya ini dipermudahkan sehingga detik melahirkan kelak.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hebatlah jika seorang suami boleh menjaga isterinya dengan baik ketika hamil dan selepas bersalin (pantang). Lebih-lebih lagi jika dapat menjaga bayi yang baru dilahirkan, sentuhan daripada papa sendiri tentu lebih bermakna.
Lazimnya dalam masyarakat selepas isteri bersalin, ibu atau ibu mertua yang ambil alih menjaga dengan alasan suami tidak pandai dan tidak tahu penjagaan yang betul. Begitu juga ketika hamil, suami tidak tahu apa yang dititikberatkan seperti perihal pemakanan dan komplikasi yang boleh dihadapi si isteri.
Oleh kerana itu pentingnya untuk para suami mengambil tahu dan mendapatkan info mengenai kehamilan, kelahiran dan penyusuan. Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan peringatan dan panduan buat kaum bapa. Menurutnya lelaki perlu memperlengkapkan diri sebelum berumahtangga lagi supaya faham dan bijak menguruskan selepas berkahwin nanti.
Saya buat kajian sendiri. 10 para suami yang saya interview ketika datang berjumpa dengan saya. 9 dari mereka ZERO dalam pengetahuan ilmu kesihatan ibu hamil penyusuan dan kelahiran. Kebanyakkannya sebelum mendirikan rumahtangga dan anak pertama.
ILMU KELAHIRAN BUKAN HANYA PENTING UNTUK ISTERI & DOKTOR SAHAJA
Mereka mengatakan kami para suami tidak perlu ambil tahu tentang ini kerana ilmu kelahiran hanya teletak kepada isteri dan doktor yang menyambut sahaja.
Dan yang peliknya. 10 dari mereka CUKUP ambil tahu sebelum kahwin lagi bagaimana untuk bersama isteri(hubungan seks) dimalam pertama. Dan ada juga diantara mereka bercerita sanggup ke Indonesia semata mata untuk belajar ilmu ‘tahan lama’ dan power untuk bersama pasangan. Itu je?
Sedangkan ilmu kelahiran,penyusuan,pemakanan untuk bayi dan penjagaan ibu berpantang sangatlah penting.
JAGA PEMAKANAN IBU HAMIL & URUS EMOSI MEREKA
SEBAB itulah perkara asas yang saya kongsikan kepada sahabat yang lagi beberapa bulan ingin mendirikan rumahtangga adalah pentingnya ilmu penjagaan pemakanan ibu hamil,risiko risiko ibu hamil dan bagaimana pengurusan emosi ibu hamil mempengaruhi janin itu sendiri.
Dan tidak lupa juga paling penting bagaimana pengurusan emosi untuk mengelak ibu dari kemurungan kronik dan penyusuan kepada bayi sehingga 2 tahun berjaya.
DIDIK ANAK LELAKI HADAPI REALITI RUMAH TANGGA
Jadi kepada anak anak muda,para suami didiklah anak anak kita tentang kebenaran alam perkahwinan yang sebenar.
Mendirikan rumahtangga bermakna kita sedang meneruskan kehidupan yang lebih mencabar dan kehidupan dialam perkahwinan bukanlah seperti mana kita angan-angan ketika dialam ‘cinta monyet’ .
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.