Panduan Isi Maklumat Imunisasi Anak Untuk Kemasukan Tahun Satu Secara Online

Share

Mulai 1 Mac 2019 , ibu bapa dengan anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan tahun satu pada tahun 2020/2021 sudah boleh isi borang permohonan pendaftaran sekolah di public.moe.gov.my.

Ada yang beritahu, mereka tidak faham istilah dalam buku rekod imunisasi anak-anak kerana ditulis singkatan sahaja berbanding borang atas talian yang diisi penuh nama jenis imunisasinya (Rujuk Gambar 1, Gambar 2 dan Gambar 3).

Untuk memudahkan ibu bapa, Jururawat Terlatih, Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah menerangkan maksud satu-satu huruf di dalam buku REKOD KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK 0-6 TAHUN (Pink = Perempuan, Biru = Lelaki).

BCG adalah Bacille Calmette-Guerin, ia merupakan vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.

  • DTap
    D – Difteria
    T – Tetanus
    P – Pertusis
  • DT
    D – Difteria
    T – Tetanus

* Ni isi kat ruang dos tambahan.

  • Hib
    Haemophilus Influenzae type B.
  • MMR
    M – Measles
    M- Mumps
    R – Rubella.
  • MR
    M – Measles
    R – Rubella

* Ni isi kat ruang dos tambahan

  • JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.

Anda perlu tahu:

  1. Bagi anak-anak yang lahir pada 2013 dan 2014, ruang dos 2 untuk MMR itu tidak perlu diisi kerana HANYA jadual imunisasi baru yang dikeluarkan pada 2016 mempunyai MMR dos 2 (Rujuk Gambar 4)
  2. Dalam rekod atas talian, setiap imunisasi MEMANG diasingkan satu demi satu dan tarikh setiap imunisasi diberi adalah SAMA. Ramai yang keliru disini tapi jangan pelik pula bila tarikh yang akan diisi adalah sama bagi setiap set imunisasi.
  3. Dos tambahan dan BOOSTER adalah dua benda yang SAMA.

Semoga posting ini memberi manfaat kepada ibu-bapa yang akan mendaftarkan anak-anak untuk sesi kemasukan tahun 1 pada 2020 dan 2021.

Sumber: Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah
Jururawat Terlatih
#M3

 

Published by
Wan Amy