Anda sudah tetapkan tekad mahu menyusukan bayi dengan susu ibu. Ilmu penyusuan sudah digali tetapi sehingga kini masih tercari-cari pam payu dara yang bersesuaian dengan keperluan diri.
Anda berkira-kira tentang bajet yang ingin dikeluarkan atau rambang mata melihat pelbagai jenis pam payudara yang ada di pasaran?
Diharapkan panduan ini boleh membantu anda memilih pam payudara yang sesuai. Mari lihat senarai pam payudara yang popular mengikut keperluan setiap ibu di Malaysia.
Pam digemari golongan ibu bekerja
Medela Freestyle Double Electric Breast Pump adalam pam payudara yang praktikal, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
Ramai ibu bekerja tertarik dengan pam ini disebabkan ia boleh menggunakan kuasa elektrik dan bateri yang boleh dicas semula. Jadi, anda boleh mengepam ketika tiada plak elektrik di lokasi mahu mengepam dan juga tidak perlu membeli bateri baru.
Selain itu, pam jenis ini mempunyai kelebihan ciri bebas tangan (hands free) yang membolehkan anda mengepam sambil membuat kerja-kerja yang lain.
Satu lagi kelebihan pam ini ialah kebolehannya menyimpan stail mengepam anda yang spesifik. Sebagai contoh jika anda selalu melakukan 10 minit urutan stimulasi untuk setiap 20 minit pengepaman, anda boleh menyimpan stail ini untuk memudahkan kegunaan di masa akan datang.
Ads
Pam dua corong paling digemari
Unimom Forte Double Electric Breast Pump adalah breast pump 2 corong yang paling popular. Harganya pun diakui ramai sebagai murah.
Kelebihan pam ini ialah bunyinya amat senyap dan boleh digunakan secara manual jika tidak terdapat plak elektrik.
Jika anda selesa mahu mengepam secara manual, anda boleh lakukannya dengan menggunakan switch kit untuk pam manual. Ia boleh dibeli secara berasingan.
Pam ini juga dikatakan salah satu pam di dalam kategori tahan lasak.
Pam mudah dikendali dan selesa digunakan
Pam ini banyak mendapat respon positif tentang kemudahan dan keselesaan penggunaannya Ia adalah Tommee Tippee Closer to Nature Electric Breast Pump.
Ads
Ia mudah dipasang dan dibersihkan kerana hanya melibatkan beberapa bahagian. Corong silikonnya lembut pada payudara dan amat selesa sepanjang tempoh mengepam.
Selain itu bentuknya yang kecil memudahkan anda membawa ke mana-mana Ia boleh diletakkan di dalam beg tangan. Pam ini juga boleh menggunakan bateri AA jika tiada plak elektrik berdekatan anda.
Pam manual terkenal
Dikatakan Philips Avent Natural Manual Breast Pump adalah pam manual yang paling popular di Malaysia.
Pam ini mudah dibawa ke mana-mana. Hanya masukkan ke dalam beg tangan.
Tidak perlu tercari-cari plak elektrik mahupun bateri, pam sahaja dengan tangan. Tidak menyakitkan bahkan ramai yang mengatakan pam ini sangat selesa.
Ads
Kelebihan lain pam ini, anda hanya perlu pam sekali dan apabila susu ibu sudah keluar biarkan sahaja sehingga habis dan pam semula. Mudah bukan?
Pam paling tahan lasak (gred hospital)
Jika anda tidak ke mana-mana, hanya mengepam dalam satu tempat sahaja. Ameda Lactaline Breast Pump adalah pam yang sesuai digunakan. Ia dikatakan pam yang tahan lasak untuk hasil yang berkualiti.
‘Pam bebas tangan’ paling popular
Sebenarnya, ia bukanlah pam. Tetapi collection cup. Ia boleh anda gunakan ketika mengepam susu tanpa perlu menyelak baju.
Freemie Collection Cups datang dengan dua size iaitu 25mm dan 28mm. Collection cup ini boleh disesuaikan dengan pam-pam seperti Spectra M1, S1, S2, S3, Dew 300 dan Dew 350; Unimom Forte dan Allegro; Medela Freestyle, PISA, Swing dan Swing Maxi; Autumnz Passion dan Bliss; Lacte Duet dan Solo; Malish Mango dan Ilaria; Philips Avent serta Ameda Lactaline.
Sumber: www.lovebaby.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas tujuh hari melahirkan bayi keduanya, Muhammad Afwa, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan nama indah buat bayi keduanya itu disamping turut mengadakan majlis aqiqah dan tahnik seperti yang disunahkan pada hari ke tujuh.
Semalam menerusi Instagramnya, Siti turut berkongsi beberapa video dan gambar sepanjang majlis ringkas itu berlangsung. Serba sederhana namun cukup meriah.
Paling bertuah dan beruntungnya, si comel Muhammad Afwa ditahnik dan disempurnakan oleh lima orang ustaz dan pendakwah yang cukup disegani iaitu YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal serta imam masjid Bukit Mulia.
Kata Siti, ia sebuah majlis yang sederhana namun amat memberi erti yang sangat besar buatnya dan keluarga.
“Alhamdulillah, majlis aqiqah, maulid dan tahnik telah berlangsung penuh sederhana tetapi memberi erti yang besar buat kami sekeluarga.
“Alhamdulillah, rezeki anakanda Muhammad Afwa, kerana telah mendapat doa-doa dan juga ditahnik oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal serta imam masjid Bukit Mulia. @drzulkifli.albakri @ustazdondaniyal @uaioriginal @ustaziqbalzain,” kongsi Datuk Siti.
Dalam pada itu, Siti juga turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya bersama anaknya, Muhammad Afwa.
“Terima kasih di atas sekian banyaknya doa yang telah kami dan anakanda kami terima daripada orang ramai, tidak ada lafaz terindah pada bulan penuh keberkatan ini selain saya berharap agar Allah selalu mengikat hati kita semua dalam kebaikan bersilaturahim, meningkatkan amal kebajikan dan memperbanyakkan lagi amalan.
Terima kasih kepada kaum keluarga terdekat yang menyantuni majlis sederhana buat anakanda Muhammad Afwa semalam,” kata Siti berterima kasih pada semua.
Dalam pada itu, majlis ringkas serba sederhana itu turut dihadiri oleh kaum keluarga terdekat yang sama-sama berkongsi detik bermakna itu.
Satu kebahagiaan pastinya saat melihat potret Datuk Siti, Datuk K dan Aafiyah ketika bergambar bersama. Semoga Afwa dan kakaknya Aafiyah saling melengkapi dan membesar menjadi anak yang sihat dan sentiasa membahagiakan ibu dan ayahnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 8 Julai yang lalu, penyanyi Wany Hasrita kini sudah pun selesai tempoh 44 hari berpantangnya.
Melalui Instagramnya, Wany yang memilih untuk berpantang bersama Lavender Confinement Care, turut berkongsi pengalamannya yang dijaga dengan baik oleh pusat berpantang itu.
Akui Wany, sepanjang tempoh itu, dia dijaga dan dilayan bagaikan puteri bersama anaknya, Aisyah Al-Iman.
“Berpantang 44 hari dengan @lavenderconfinementcare, dijaga umpama puteri.
“Pendapat peribadi, saya rasa sangat worth it untuk kita invest untuk dijaga ketika berpantang. Lagi-lagi first time mom, banyak benda masih difasa adaptasi.
“Adanya Confinement Lady (CL) yang menjaga, sangat memudahkan banyak perkara,” kongsinya.
Bahkan Wany juga turut menitipkan nasihat kepada para suami agar memperuntukkan sedikit wang untuk memanjakan isteri dengan pakej berpantang.
Ia bukan sahaja teramat membantu isteri bahkan turut juga menyenangkan para suami.
“Nasihat saya untuk para suami, yang ada kekangan untuk menjaga isteri yang sedang berpantang, setidaknya hadiahkan lah pakej berpantang untuk isteri anda yang telah bertarung nyawa melahirkan malaikat kecil anda berdua,” luahnya.
Dalam pada itu, idea dan pandangan Wany itu sudah semestinya disokong oleh ibu-ibu lain. Biar berbelanja lebih asalkan tubuh terjaga dengan baik.
Mia Ahmad selamat bersalin anak ke empat, timang bayi lelaki. Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan anak keempat mereka yang merupakan bayi lelaki pada petang Isnin lalu. Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi merupakan isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi.
Berita gembira itu dikongsikan Izham menerusi Instagram berserta ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Syukur Alhamdulillah, wife saya selamat melahirkan anak ke empat kami pada 5.30ptg 21/05/24 semalam.
Terima kasih yang mendoakannya, semoga semuanya dipermudahkan segala urusan,” tulis Izham di ruangan kapsyen.
Hantaran Izham dilaman Instagramnya dihujani ucapan tahniah warga maya termasuk peminat, beberapa barisan pemain bola sepak lain seperti penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli; Penjaga gol Selangor FC, Samuel Somerville dan pemain tengah Sabah FC, Irfan Fazail.
Berikut antara komen-komen yang dititipkan di ruangan komen Instagram Izham.
Untuk rekod Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sayf Issa, Iriss dan Imaani.
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.