Menyusukan bayi adalah antara momen paling indah bagi seorang ibu. Ia bukan sekadar memberi susu, tapi juga membina sentuhan kasih, kepercayaan dan hubungan emosi antara ibu dan anak. Namun, untuk menikmati pengalaman ini dengan selesa, ibu perlu tahu posisi menyusu badan yang betul dan sesuai dengan keadaan masing-masing.
Ramai ibu muda mengadu sakit belakang, bahu kejang atau bayi mudah tersedak — semuanya boleh berpunca daripada posisi menyusu yang tidak tepat. Dengan sedikit penyesuaian, penyusuan boleh jadi lebih mudah, tenang dan menyeronokkan. Berikut ialah beberapa posisi yang disarankan oleh pakar laktasi:
1. Posisi Mendukung (Cradle Hold)
Ini adalah posisi paling klasik dan paling kerap digunakan oleh ibu menyusu. Caranya mudah: letakkan bayi menghadap perut anda, dengan muka dan lututnya rapat ke tubuh. Kepalanya berada di lengkungan lengan anda, manakala mulutnya menghala tepat ke puting.
Posisi ini membantu bayi melekap dengan baik dan memberi keselesaan kepada ibu kerana tangan dapat menampung berat bayi sepenuhnya. Sambil menyusu, bayi juga boleh mendengar degupan jantung ibu — bunyi yang membuatnya rasa selamat dan tenang.
Tip tambahan: Gunakan bantal penyusuan supaya bayi berada pada paras payudara. Ini dapat mengurangkan tekanan pada bahu dan tangan, terutamanya jika sesi menyusu mengambil masa lama.
2. Posisi Mendukung Bersilang (Cross-Cradle Hold)
Posisi ini sangat membantu bagi ibu yang baru belajar menyusukan bayi, menghadapi masalah lekapan (latch), atau menyusukan bayi pramatang dan kecil saiznya. Caranya sama seperti cradle hold, tetapi anda gunakan tangan bertentangan dengan payudara yang digunakan.
Contohnya, jika bayi menyusu di sebelah kiri, gunakan tangan kanan untuk menyokong kepala dan lehernya, manakala tangan kiri mengampu payudara. Dengan cara ini, anda dapat mengawal kedudukan kepala bayi dengan lebih tepat, memastikan lekapan sempurna tanpa menyebabkan puting melecet.
Ads
Tip pakar: Pastikan dagu bayi menyentuh payudara dan hidungnya tidak tertutup. Kedudukan yang betul memastikan bayi mendapat susu dengan lancar tanpa banyak udara tertelan.
3. Posisi Mendakap (Football Hold / Clutch Hold)
Posisi ini paling disarankan untuk ibu yang bersalin secara caesarean, ibu yang mempunyai payudara besar atau puting rata, dan bayi pramatang yang perlukan sokongan kepala yang baik. Letakkan bayi di sisi tubuh anda, seperti memegang bola di bawah lengan.
Kepalanya berada di tapak tangan anda, sementara belakang badannya disokong sepanjang lengan hingga ke sisi pinggang. Pastikan perut bayi menghadap tubuh anda, bukan ke atas. Gunakan bantal atau gulungan tuala kecil di bawah bayi untuk meninggikan parasnya agar sejajar dengan payudara.
Kelebihan: Tidak memberi tekanan pada luka pembedahan dan membolehkan anda menyusu sambil berehat tanpa menunduk terlalu lama.
Tidak semua sesi penyusuan perlu dilakukan dalam posisi duduk tegak. Kadang-kadang, terutama bila tubuh masih dalam fasa pemulihan selepas bersalin, posisi berbaring boleh jadi pilihan paling selesa dan menenangkan untuk ibu dan bayi.
Laid-Back Position (Posisi Bersandar)
Dalam posisi ini, ibu akan berbaring separa bersandar di atas katil atau sofa yang selesa. Letakkan beberapa bantal di belakang badan supaya dapat sandar dengan tenang. Kemudian, baringkan bayi di atas dada anda — biar dia berada menegak sedikit dengan perutnya menghadap perut anda.
Ads
Secara semula jadi, bayi akan mencari puting dan melekap sendiri (refleks rooting). Posisi ini sangat sesuai ketika anda mahu berehat atau menyusu secara santai sambil berbaring.
Tip: Pastikan kepala dan leher bayi disokong dengan baik, dan hidungnya tidak terhalang oleh payudara.
Side-Lying Position (Posisi Berbaring Mengiring)
Jika anda melahirkan secara caesarean, posisi ini sangat disarankan kerana tidak memberi tekanan pada kawasan luka. Caranya mudah — baring mengiring dan letakkan bayi di sisi anda, dengan perut bayi menghadap perut anda.
Pastikan puting anda sejajar dengan mulut bayi supaya dia mudah melekap. Letakkan bantal di bawah kepala dan belakang supaya badan anda disokong dengan selesa. Jika bayi masih kecil, boleh letakkan gulungan tuala di belakang badannya untuk elak dia berguling.
Ads
Tip: Posisi ini juga sangat berguna untuk sesi penyusuan waktu malam — tak perlu bangun, cuma pastikan kawasan sekitar anda selamat dan bebas dari bantal atau selimut tebal yang boleh menghalang pernafasan bayi.
Kenapa Posisi Berbaring Ramai Ibu Suka?
Mengurangkan tekanan pada bahu, belakang dan perut (terutama selepas bersalin).
Memberi peluang ibu untuk berehat sambil menyusu.
Membantu bayi melekap secara semula jadi tanpa paksaan.
Sesuai untuk sesi penyusuan waktu malam atau ketika ibu kepenatan.
Extra Tip Untuk Ibu Menyusu
Pastikan posisi duduk atau baring selesa. Gunakan bantal belakang atau kusyen lembut.
Minum air secukupnya kerana kekal hidrasi membantu penghasilan susu.
Elakkan stres kerana hormon oksitosin boleh terjejas jika anda tegang.
Susukan bayi mengikut kehendaknya (on demand) tanpa jadual tetap.
Periksa lekapan bayi. Jika puting terasa sakit atau luka, semak posisi atau dapatkan bantuan pakar laktasi.
Kesimpulan: Selesa, Tenang dan Saling Menyesuaikan Diri
Tiada posisi terbaik yang sama untuk semua ibu. Apa yang penting ialah posisi menyusu badan yang betul yang membuat anda dan bayi selesa serta membantu lekapan sempurna. Cuba pelbagai posisi seperti cradle, cross cradle atau football hold dan pilih yang paling sesuai dengan keadaan anda.
Menyusukan bayi adalah perjalanan yang indah — kadang mencabar tetapi penuh kasih. Dengan teknik yang betul dan kesabaran, penyusuan bukan sahaja memberi nutrisi terbaik, tetapi juga mengeratkan kasih antara ibu dan si kecil, setiap hari dan setiap detik.
Ekstra Info: Khasiat Luar Biasa Susu Ibu
Susu ibu bukan sekadar makanan, ia adalah imunisasi semula jadi pertama bayi. Ia mengandungi antibodi, enzim dan nutrien penting yang tidak dapat ditiru oleh mana-mana susu formula.
Menguatkan sistem imun bayi dan mengurangkan risiko jangkitan seperti selsema dan cirit-birit.
Meningkatkan perkembangan otak dan daya tumpuan bayi.
Mengurangkan risiko obesiti dan penyakit kronik di masa hadapan.
Membantu ibu memulihkan rahim lebih cepat kerana penyusuan merangsang hormon oksitosin.
Membakar kalori tambahan, sekaligus membantu ibu kembali ke berat asal lebih cepat.
Fakta menarik: Susu ibu berubah mengikut keperluan bayi. Pada awal penyusuan (foremilk), ia lebih cair untuk menghilangkan dahaga; manakala di akhir sesi (hindmilk), ia lebih pekat dan kaya lemak untuk memberi tenaga.
Sakit ketika anda dalam fasa menyusukan anak adalah satu perkara yang menyusahkan dan memenatkan. Namun yang demikian, percaya atau tidak, menyusu anak anda ketika anda tidak sihat adalah selamat untuk anak anda, bahkan boleh jadi bermanfaat kepada mereka.
Dalam kebanyakkan situasi, jawapannya adalah boleh. Biasa untuk ibu merasa risau tentang kemungkinan untuk anda menjangkiti anak anda. Ini bagaimana menyusu ketika sakit boleh mendatangkan manfaat kepada bayi anda:
Ketika anda sakit, antibodi mula dihasilkan untuk melawan jangkitan dalam masa 24 jam pertama walaupun simptom belum mula muncul. Antibodi ini boleh kekal di dalam badan selama beberapa hari.
Dalam jangkitan virus pula, tempoh inkubasi boleh mengambil masa sekitar 5 hingga 7 hari, membolehkan antibodi terhasil disalurkan dalam bentuk susu badan kepada anak anda.
Ini bermakna, anak anda mendapat dos perlindungan daripada jangkitan flu atau selsema yang anda dapat tanpa mendedahkannya kepada jangkitan tersebut.
Walaubagaimanapun, anda tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila anak anda sudah mula bersin. Sekiranya anda mengalami jangkitan selsema yang biasa atau jangkitan virus berkaitan dengan sistem penghadaman – ataupun demam – tidak menjadi masalah untuk anda menyusu. Pastikan anda membasuh tangan anda sebelum sesi menyusu dan mengelakan daripada bahagian hidung atau mulut anda menyentuh muka atau tangan mereka. Sekirannya anda mengambil ubat, cuba untuk pam dan buang susu yang terhasil dalam tempoh waktu anda mengambil ubat..
Bila untuk menyusu?
Sekiranya anak anda di bawah usia 3 minggu, mereka terlalu lemah dan terdedah kepada jangkitan, justeru, menyusu badan ketika ini tidak digalakkan.
Sekiranya anda menghidap penyakit yang debilitatif (sakit jantung, buah pinggang atau anemia) atau kurang berat badan, cuba untuk elakkan menyusu kerana badan anda perlukan kalori dan lemak yang mencukupi sebelum anda boleh menghasilkan susu.
Sekiranya anda menghidap jangkitan yang teruk seperti TB yang tidak dirawat (mereka yang telah dirawat selama 2 minggu dibenarkan untuk menyusu), atau HIV/AIDS. Anda boleh menyusu jika dijangkiti Hepatitis A (jika anak anda mengambil globulin gamma) atau Hepatitis B (selepas anak anda mengambil globulin gamma dan diberi suntikan vaksin Hepatitis B)
Sesentegah bahan atau ubatan boleh menyebabkan anda tidak boleh menyusukan anak anda. Contohnya, ubat anti-barah, ubat untuk tiroid, ubat darah tinggi, penicillin, lithium, hipnotik atau perangsang, ubat tidur dan dadah atau alkohol. Sentiasa berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat kesihatan dan konsultasi.
Bila anda sakit, penting untuk anda minum air yang mencukupi untuk memastikan susu yang mencukupi dihasilkan dan juga untuk mengelakkan anda daripada tidak bermaya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengalaman menyusukan anak pertama kali memang mendebarkan. Ditambah pula dengan pengalaman dan ilmu yang cetek, rasa serba tidak kena.
Tambah cemas bila mana kurang pengalaman ketika menyusu sehingga payudara melecet dan berdarah. Susu akhirnya berwarna merah jambu dan kemerahan. Apa ibu nak buat dan adakah susu bercampur darah ini boleh diberikan pada anak?
Pn Nad Masrom, Kaunselor Laktasi bertauliah kongsikan faktanya buat semua.
Sejujurnya memang ada beberapa ibu yang bila dia pam susu, bukan setakat susu putih tapi susu berdarah sekali keluar. Memang terjadi.
Yang sebenarnya ibu tak perlu buang pun susu bercampur darah ini sebab walaupun nampak berdarah tapi masih boleh diberikan pada anak. Susu itu masih lagi selamat diberikan pada anak.
Bila nampak darah je kita mulalah fikir negatif, rasa macam risau dan berkuman tapi selamat nak beri pada anak.
Tapi terpulang pada ibu, kalau rasa tak nak bagi pada anak, maka tak payahlah bagi. Tapi jujurnya susu itu memang selamat kalau nak beri pada anak.
Apa nak buat?
Andai kata dah berdarah, ibu janganlah panik tapi tak perlu buang. Kalau digantikan dengan susu formula pada anak terutama ibu yang baru melahirkan pada anak, bayi ada kecenderungan keliru puting sebab susu botol terlalu laju.
Bila kita perkenalkan terlalu awal, bayi boleh keliru dan berkemungkinan penyusuan susu ibu boleh terhenti. Jadi beri sahaja pada anak.
Punca berlaku pendarahan?
Punca utama susu berdarah adalah antaranya mungkin ibu tidak mahir untuk menyusukan bayi ketika itu. Cara ibu pegang dan lekapan yang tidak tepat menjadi punca utama berlaku pendarahan.
Jadi ibu perlu dapatkan ilmu terlebih dahulu dengan sebaiknya.
Jenis-jenis warna susu
Jernih – jernih dan pekat adalah susu kolostrum yang keluar ketika 72 jam kelahiran. Masih ada lagi kekuning-kuningan.
Kebiruan – adalah susu foremilk iaitu warna susu awal selepas hari ketujuh dan berwarna. Keluar 10 minit awal.
Pink – susu yang bercampur darah
Coklat – susu bercampur darah yang telah lama
Menjadi seorang ibu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan. Bukan hanya berkorban masa dan segala perihal yang melibatkan anak bahkan mencakupi keseluruhan penjagaan anak-anak dari bayi hinggalah besar.
Pun begitu soal kesihatan ibu seharusnya lebih diberikan perhatian agar dapat menjaga amanah untuk menjaga anak-anak kelak. Terdapat pelbagai aspek yang seharusnya diberikan perhatian ibu bagi memastikan kesihatan ibu terjamin.
Antara hal yang perlu diberikan keutamaan adalah ketika proses menyusukan anak serta menjaga payudara itu sendiri agar dapat memberikan susu berkualiti disamping menjaga kesihatan ibu. Jangan lepas pandang, wajib berikan perhatian kepada teknik penyusuan misalnya supaya dapat mengelakkan sebarang risiko.
Penyusuan ibu juga perlu dilakukan secara berterusan sebagai salah satu langkah mengelakkan daripada kanser payudara. Hal ini perlu diketahui oleh semua wanita.
Satu hal yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai teknik penyusuan yang tepat agak ibu terhindar daripada permasalahan ketika menyusu. Malah pelbagai risiko bakal mengundang jika penyusuan tidak dilakukan dengan sebaiknya.
Menurut Puan Suriayana Mohd Said, Nurse Manager Nursery dan Kaunselor Laktasi daripada Avisena Women & Children Hospital, ibu sering berdepan dengan masalah ketika menyusukan anak. Antara permasalahan yang sering dihidapi ibu adalah masalah merekah dan melecet.
“Jika merekah/melecet, ibu masih boleh meneruskan penyusuan. Sekiranya ibu merasa sakit atau terdapat luka berdarah dari puting, boleh rehatkan payudara tersebut daripada menyusu dan melakukan perahan sekurang-kurangnya 8 kali sehari dan mulakan penyusuan semula apabila puting sudah sembuh.
Jika susu perahan mengandungi darah adalah selamat diberikan tapi ada beberapa pengecualian dan perlu dielakkan memberi susu ibu jika dalam masa terdekat ibu pernah menghidapi jangkitan seperti hepatitis, sepsis atau penyakit bahaya yang lain. Bincang dengan doktor sebelum memberi anak susu bercampur darah,” katanya.
Selain itu, ibu juga boleh dikaitkan dengan tiga permasalahan lain yang mengundang bahaya kepada ibu ketika menyusu.
1.Jangkitan kulat
* Jangkitan kulat mudah terjadi kepada puting atau kulit yang luka dimana medium yang lembab yang sesuai untuk pertumbuhan kulat.
*Tanda-tanda jangkitan kulat seperti merasa sakit semasa dan selepas penyusuan yang tidak pernah dialami sepanjang penyusuan. Sakit seperti pisau yang menusuk/ bersifat panas serta terbakar pada payudara. Puting dan kawasan areola menjadi keruping dan kemerahan. Terdapat tompokan putih pada mulut bayi yang menunjukkan si bayi mungkin terkena jangkitan.
*Jika ibu ada jangkitan kulat pada puting adalah selamat untuk menyusukan bayi dengan syarat ibu dan anak mendapat rawatan. Susu ibu mengandungi pelbagai antibody, anti-bacteria dan juga anti-kulat. Ibu perlu berjumpa doktor untuk mendapat ubat anti kulat dan bayi perlu diberikan oral anti-kulat sebagai pencegahan.
2. Bengkak susu
Payudara yang bengkak, rasa sakit, nampak berkilat, merah. Terjadi disebabkan lewat memulakan penyusuan selepas bersalin, pelekapan salah, tidak menyusu dengan kerap. Ia boleh dicegah dengan menyusukan bayi seawal mungkin selepas kelahiran, dengan kerap mengikut permintaannya dengan posisi dan pelekapan yang betul.
3. Mastitis
* Mastitis keadaan dimana payudara mengalami keradangan dan boleh menjadi jangkitan. Ibu akan merasa sakit, demam dan tidak sihat. Sebahagian payudara bengkak, keras dan merah. Beza bengkak dan mastitis: bengkak berlaku pada keseluruhan payudara dan biasanya kedua-dua belah. Mastitis berlaku sebhgian payudara dan selalunya sebelah sahaja.
* Mastitis boleh berlaku kepada payudara yang bengkak/akibat saluran tersumbat.
* Boleh dirawat dgn antibiotik.
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Ketahui kebenaran sebenar tentang diet ibu menyusu — adakah makanan pedas, kopi atau brokoli benar-benar menjejaskan bayi? Pakar pediatrik menjelaskan mitos, fakta dan panduan selamat untuk ibu yang ingin menyusu dengan yakin.