Kaum wanita terutama ibu yang ada anak kecil tetap boleh mengerjakan solat terawih di rumah sendiri kerana ia antara ibadah yang dinantikan di bulan Ramadan ini.
Namun bagi ibu yang mempunyai anak kecil, sudah tentu agak sukar untuk mengerjakan solat sunat ini di masjid atau surau.
Bimbang pula si kecil meragam dan mengganggu jemaah lain yang bersolat. Sebenarnya ibu boleh sahaja lakukan solat di rumah.
Ini panduan ringkas solat terawih di rumah.
1. Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
2. Bilangan rakaat buatlah yang termampu
Paling ringkas buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
3. Membaca Al-Fatihah
Surah Al-Fatihah adalah perkara wajib dalam solat. Kemudian boleh pilih mana-mana surah pendek mahu pun panjang dan boleh dibaca berulang-ulang untuk rakaat yang seterusnya.
Apa yang wajib adalah surah Al-Fatihah, surah-surah berikutnya adalah pilihan dan sunat hukumnya.
4. Setiap 2 rakaat disudahi dengan salam
5. Bacaan di luar solat seperti selawat dan doa adalah tidak wajib.
Tiada larangan jika nak buat dan tidak menjejaskan solat terawih jika ditinggalkan.
6. Selepas selesai solat terawih bolehlah dilakukan solat sunat witir. Dimulakan dengan 2 rakaat 1 salam, diikuti 1 rakaat 1 salam.
Cara mengerjakan solat witir
Solat witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukumnya adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”
Sumber/Foto: Facebook Mrs. Mama Zone via islamituindah