“Buat keje sikit dah lari, Duduk kejap je dah bangun, Kita pergi dekat je dia lari, Dia tak nak main dengan saya, Panggil nama pun tak respon, panggil banyak kali baru pusing, Anak saya kalau tengok tv dia fokus lama”
Jika ada tanda macam ni, jangan buat tak kisah dan ibu bapa kena bertindak seperti yang dikongsikan Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim.
Macam-macam masalah biasa saya dengar dari ibu bapa. Sebenarnya kebanyakan kanak-kanak yang lambat bercakap memang mempunyai masalah untuk fokus atau memberi tumpuan pada aktiviti, komunikasi atau apa sahaja yang dilakukan.
Fokus atau daya tumpuan merupakan komponen yang sangat sangat sangat (x10) penting untuk pembelajaran. Kita belajar masak memerlukan tumpuan, belajar melukis perlu tumpuan, belajar main piano, belajar matematik, belajar main bola semuanya perlukan fokus. Lebih baik fokus yang diberikan, maka lebih baiklah hasilnya. Begitu juga dengan belajar bercakap atau berkomunikasi, sememangnya memerlukan fokus yang baik.
Disebabkan saya Speech Therapist, jadi saya akan terangkan fokus di dalam komunikasi.
Untuk kanak-kanak bercakap dan berinteraksi dengan orang lain, pertama sekali mereka mestilah mempunyai fokus kepada orang lain itu. Di sebabkan itulah dalam pembelajaran bahasa, fokus pada TV, Ipad atau bermain seorang BUKAN fokus yang baik.
Fokus yang baik untuk belajar berkomunikasi adalah “berapa lama kanak-kanak boleh tahan dalam situasi interaksi dengan orang lain (ibubapa, guru, kawan atau sesiapa sahaja)”. Contohnya:
Jadi, secara asasnya, untuk mengajar bahasa pada kanak-kanak, daya tumpuan inilah yang patut digilap dan diajar.
Tip Meningkatkan Daya Tumpuan Untuk Berkomunikasi
Daya tumpuan yang baik akan memudahkan kanak-kanak untuk belajar bahasa dan bercakap serta berkomunikasi dengan orang lain.
Sumber: Aishah Kassim