Hati ibu mana yang tak sedih, kehilangan kedua-dua anak serentak apatah lagi anak bongsunya masih menyusu badan.
Mimi Doleng, 28, mengakui malam pertama tanpa anak membuatnya sukar melelapkan mata dan terkenangkan dua beradik itu.
Mimi adalah ibu kepada dua beradik termasuk bayi perempuan yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, Bota,Khamis.
Dalam kejadian pada 4.30 pagi itu, Muhammad Fahmi, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan terperangkap di bilik tidur mereka di tingkat dua premis berkenaan.
Mimi berkata, dia sangat merindui dua anaknya dan meminta suami membawanya ke rumah kedai untuk mengambil barang anak sebagai pengubat rindu.
Ads
“Saya ajak suami ke sana untuk cari barang anak yang masih elok, kami cuba cari baju raya mereka tapi tak jumpa, kami dapat mengambil bantal busuk Muhammad dan lampin serta cekak kepala Mia, inilah pengubat rindu kami.
“Bantal ini memang bantal kesayangan Muhammad dan mesti ada kalau dia nak tidur. Tapi kami tak lama di situ, kira-kira 30 minit… rasa sebak berada di situ teringatkan mereka,” katanya.
Mimi ditemui di rumah mentuanya di Taman Tasek Putra, Tronoh pada lawatan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah yang diketuai Timbalan Ketua Polisnya, Deputi Superintendan Mohd Uzir Ismail.
Lawatan itu sebagai tanda sokongan polis kepada keluarga mangsa dan mereka turut mengadakan tahlil ringkas buat arwah Muhammad Fahmi dan Nur Fahmia.
Ads
Alami bengkak susu selepas pemergian anak
Menurut Mimi, dia reda dengan tragedi yang meragut nyawa kedua-dua anaknya, namun ia mengambil masa untuk menerima hakikat itu.
“Susah nak terima kerana anak pergi sekali gus, mereka saja anak kami dan sentiasa ada dengan kami setiap masa dan Mia juga masih menyusu lagi tetapi saya perlu menguatkan diri dan tabah,” katanya mengalami bengkak susu selepas kejadian itu.
Isteri asyik panggil nama Mia dan Muhammad
Sementara, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, berkata, dia juga terpaksa menguatkan diri untuk menjejakkan kaki ke tingkat atas premis kerana masih terngiang-ngiang suara anak sulung menjerit memanggilnya pada hari kejadian.
“Saya tiada kekuatan mahu naik tingkat atas tapi paksa diri juga kerana kasihan pada isteri yang mengajak ke sana untuk mengambil barang anak.
Ads
“Isteri juga masih bersedih dan beberapa kali memanggil nama Mia… Muhammad dalam tidurnya. Masih terbayang memori kami, tempat mereka bermain dan tidur, malah masih terdengar suara anak panggil abah tetapi kami perlu tabahkan diri namun kemeriahan suasana raya memang tiada,” katanya sambil memberitahu anak sulungnya suka makan sate terutama pada Aidilfitri.
Katanya, semua pekerjanya juga tinggal sehelai sepinggang kerana bilik tidur mereka juga berada di tingkat atas dan mereka kini ditumpangkan di rumah pekerja sebuah lagi kedai makan.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkara yang paling menyeramkan dan merisaukan para ibu ayah tentu sekali bila menyaksikan bayi kecil mereka jatuh dari tempat yang tinggi. Ini kerana badan bayi masih lembut dan mudah cedera parah.
Kejadian seperti ini tidak dapat dielakkan namun kita sebagai orang dewasa boleh lebih berwaspada dengan sebarang kemungkinan. Terlalu banyak benda yang bahaya untuk bayi kerana mereka insan yang lemah dan tidak berdaya untuk mempertahankan diri daripada sebarang kecelakaan.
Selebriti terkenal, Yatt Hamzah berkongsi cerita di mana bayinya yang berusia 3 bulan mengalami lebam-lebam di bahagian kepala akibat jatuh daripada katil. Dia turut berkongsi beberapa keping gambar bayinya di instagram.
“Bonda sedih sangat pagi tadi Baby Hawa jatuh lagi kali ketiga.
“Bonda tak sihat lepas Dhuha tadi terlelap sekejap melawan pening kepala berdenyut-denyut.
“Sedar-sedar dengar bunyi berdentum jatuh serentak Hawa menangis kuat. Allahuakbar anak.
Mesti sakit sangat tu sebab dia jatuh atas jubin luar dari karpet bulu tebal.
“Macam manalah boleh jatuh sedangkan sudah terkepung dalam kubu bantal dan quilt. Ya Allah baru 3 bulan dah 3 kali jatuh,” cerita Yatt.
Namun, Dia sebenarnya risau jika meletakkan bayi dibawah takut kakak-kakak pula terpijak adik. Dilema dibuatnya
“Lepas ni memang kena tidur bawah supaya tak boleh jatuh. Berguling saja kerjanya walaupun masih bayi.”Tapi bila baring tidur di bawah kakak-kakaknya pula berlari-lari melompat atas kami.
“Adehlah cabaran anak-anak kecil yang membahagiakan,” tambahnya.
Yatt juga memohon doa orang ramai agar tiada kecederaan serius berlaku pada bayinya.
“Mohon semua doakan baby Hawa tak jatuh lagi ya.
“Pagi tadi dia dapat lebam-lebam di bahagian kepala dan mukanya. Cepat-cepat tuam dan sapu dengan minyak.
“Sebak Bonda tengok tak sampai hati. Semoga anak Bonda kuat dan sihat selalu ya sayang,” ujarnya.
Akibat ramai yang mempersoalkan tindakanya yang masih meletakkan bayi di atas katil walaupun berulang kali bayi itu jatuh, Yatt tampil menjelaskan kenapa dia terpaksa meletakan bayinya di atas katil.
“Untuk pengetahuan semua kami anak beranak tidur bawah, hanya letak baby di atas jika nak solat atau buat kerja jika kakak-kakaknya sedang main dan bonda ni buat live tengah malam masa baby dah tidur dan anak-anak dijaga oleh abahnya.
“Bonda live ngaji ajak orang talaqqi bukan gosip titok atau benda yang bukan-bukan..jemput join live ig ngaji bonda setiap malam pkl.11.30 ya..dan tiada kena mengena live dengan perkara yang jadi pada baby hawa..harap maklum).”
Buat kali pertamanya, seorang wanita hamil dilaporkan telah dijangkiti wabak cacar monyet.
Memetik laporan The Sun, wanita berasal dari Amerika Syarikat (AS) itu telah selamat melahirkan bayinya tanpa sebarang komplikasi.
Dr John Brooks dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) berkata bayi itu didapati tidak dijangkiti cacar monyet daripada ibunya.
Sementara itu, pegawai di Persatuan Penyakit Berjangkit AS berkata bayi tersebut telah diberikan infusi globulin imun. Ia adalah rawatan antibodi yang telah diluluskan oleh medik di AS semasa wabak cacar monyet.
Wanita dan bayinya dipercayai berada dalam keadaan sihat selepas dia bersalin.
Dalam pada itu, pakar telah memberi amaran pada bulan lalu bahawa penyebaran virus yang berterusan dibimbangi akan menjejaskan kumpulan tertentu.
Difahamkan, wanita hamil, orang yang mempunyai sistem imun lemah dan kanak-kanak adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit itu.
Pun begitu, wanita hamil dikatakan lebih terdedah kepada jangkitan itu kerana fakta yang menunjukkan bahawa sistem imun mereka terjejas.
Secara global, kes cacar monyet kini telah melebihi 14,000 kes dengan 3,591 jangkitan direkodkan di AS.
Manakala, United Kingdom mencatatkan 2,367 kes beberapa hari lalu dan dijangka akan terus meningkat.
Pengarah Insiden Kebangsaan UKHSA, Dr Sophia Makki memberi amaran kepada orang ramai untuk memeriksa simptom cacar monyet iaitu ruam atau lepuh pada kulit sebelum melakukan hubungan seks.
Hubungan fizikal yang rapat dikatakan membolehkan virus itu merebak. Tetapi ia tidak ditakrifkan sebagai penyakit yang dijangkiti secara seksual.
Suami kepada Mawar Rashid, Raf Yaakob mempunyai dua cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan hasil perkahwinan pertamannya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raysaa Chanela.
Keakraban Mawar dan anak-anak tirinya tidak dapat dinafikan lagi. Sikap Mawar yang sangat penyayang mungkin menjadi faktor anak-anak tirinya sayangkan Mawar.
Raf telah memuat naik satu video di instagram yang telah mendapat tontonan sebanyak hampir 500 ribu. Aksi comel Chanela melakukan gaya tik tok sangat bersahaja.
Mawar juga turut melayan aksi anak tirinya itu. Walaupun anaknya merajuk kerana aksi yang ditiru salah, namun Mawar tetap sabar melayan. Terserlah sikap keibuannya.
Raf yang bengang dengan sikap netizen yang mempersoalkan (menerusi direct message, DM) tentang ajar anak ber-Tik Tok telah menjelaskan perkara tersebut diruangan captionnya.
“Saya ajar anak-anak saya serba serbi balance. Ada agama, ada adab, ada education, ada game, ada bola, ada menari, ada menyanyi, semua lah! jadi, please don’t be so rigid. Life kena balance. Lagipun benda suka-suka kan. Yang penting anak tu happy”
Mungkin niat Raf cuma nak happy-happy dengan anak dan isteri. Raf cuma memenuhi permintaan anaknya untuk ber-Tik Tok dan boleh dijadikan kenangan untuk keluarga mereka. Aksi comel Chanela mencuit hati ramai netizen. Mawar juga turut dipuji kerana sabar melayan anak tirinya.
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.