Panik bila anak demam dan suhu badan naik mencanak. Memberikan ubat punggung boleh membantu mama papa menurunkan suhu dan mengawal demam anak.
Ketahui fungsi, cara menggunakannya, sukatan dan jenis ubat ubat buntut atau supositori paracetamol ini. pa
Berikut ialah perkongsian info tepat daripada Public Health Malaysia untuk memberikan penjelasan kepada ibu bapa yang sering mengalami kekeliruan tentang penggunaan dan penyimpanan ubat ini.
UBAT BUNTUT @ SUPOSITORI PARACETAMOL
Pada perkongsian sebelum ini tentang cara pengiraan dos dan isipadu sirap Paracetamol, ada yang bertanyakan bagaimana pula dengan supositori Paracetamol?
FUNGSI
Supositori Paracetamol digunakan untuk melegakan demam dan kesakitan seperti sakit kepala dan otot.
DOS/ SUKATAN
Ads
Secara umumnya dos supositori Paracetamol boleh diberikan kepada kanak-kanak adalah:
60-125mg untuk bayi berumur 3 bulan -1 tahun.
125-250 mg untuk 1-5 tahun.
250-500 mg untuk 6-12 tahun.
Dos mengikut berat pula adalah 40mg/kg stat (dengan segera sekali sahaja) kemudian diikuti dengan 30mg/kg, maksimum 5g/hari.
KEKERAPAN
Cara pemberian supositori adalah setiap 4 hingga 6 jam jika perlu, maksimum 4 kali sehari.
Ads
Untuk bayi berusia bawah 3 bulan pula, ibu bapa digalakkan merujuk dahulu profesional kesihatan sebelum menggunakannya.
TOLONG ELAK OVERDOSE!
Bagi penggunaan supositori Paracetamol, jangan gunakan ubat-ubatan lain yang turut mengandungi Paracetamol pada masa yang sama.Bimbang overdoseakan berlaku.
CARA PENYIMPANAN
Ads
Supositori Paracetamol perlu disimpan pada suhu bawah 25℃, terlindung daripada cahaya dan lembapan.
JENIS
Terdapat tiga jenis supositiri Paracetamol di pasaran iaitu 125mg, 250mg dan 500mg. Di premis kesihatan kerajaan pula biasanya hanya supositori 125mg dan 250mg yang disimpan.
Supositori Paracetamol boleh diperolehi di farmasi komuniti atau klinik swasta dengan harga Rm5.50(5 biji) untuk 125mg dan Rm6.50(5 biji) untuk 250mg. Harga mungkin berbeza mengikut tempat.
Bawa anak anda untuk mendapatkan rawatan dengan segera apabila anak tidak semakin pulih walaupun setelah menggunakan supositori Paracetamol.
Jika anda ragu, sila rujuk dahulu profesional kesihatan sebelum memberikan/menggunakan supositori Paracetamol.
Jangan risau jika anak masih belum serlah potensi diri kerana anak memerlukan masa untuk menunjukkan kehebatannya. Pendidik Ilmu Keibubapaan yang aktif mendidik kanak-kanak membaca dan menulis, Puan Noor Hayati Abdul Hamid ini berpendapat bahawa setiap kanakk-kanak mempunyai kehebatan tersendiri. Ibu ayah baca sehingga habis kupasan ini supaya anda akan mengetahui bahawa ibu bapa itu perlu sabar dalam mendidik anak-anak untuk membantu anak mengenali dirinya sendiri. Ketahuilah bahawa enam tahun pertama adalah tahun kritikal untuk anak melakukan perkembangan dirinya secara positif. Jangan terlalu memaksa anak untuk lulus EXAM di tadika sedangkan mereka masih dalam proses belajar. Ikuti pendirian Puan Noor Hayati ini.
Siapa cipta konsep SEKOLAH ini ya?Konsep dan sistem sekolah yang dipraktikkan di seluruh dunia ?Masih relevan kah kini? Albert Einstein, Bill Gates dll yg tersohor adalah pelajar tercicir…..dan sgt berjaya outside the school system. Apakah tujuan sekolah2 ini dibina pada mulanya? Adakah untuk menyeragamkan fikiran dan keupayaan pelajar mereka dan yang tak meet the standard dikira gagal?
Semakin maju sains dan teknologi semakin mundur nilai keHIDUPAN.Bergegas kesana kemari, sehingga terlupa apa yg diburu sebenarnya dalam hidup?Semakin ramai yang sakit walaupun wang berbukit.Dan tak kurang juga yang hidup terhimpit dalam masyarakat yang berduit. Hidup di zaman siber tetapi perasaan dendam kesumat ,hasad dengki masih lagi berleluasa seolah kita berada di zaman gua. KESEIMBANGAN ilmu dan amalan dimana dia?
Sistem yang berjaya adalah sistem yang mampu membuat anak berhubung dengan kehebatan dan kelemahan diri mereka dan diberi peluang,ruang dan masa untuk perubahan dan pembelajaran berlaku langkah demi langkah dalam tahap dan kekangan persekitaran yg wujud. Berupaya akhirnya membina insan yang berani mengambil langkah perubahan untuk masyarakatnya.Sistem yang menghargai idea,kesungguhan,keunikan insan dan bertanggungjawab.Insan yang tidak senang menyerah kalah kepada situasi yang mngekangnya….
SETIAP ANAK MEMPUNYAI KEHEBATANNYA
SETIAP insan ada kehebatannya tersendiri….. Dalam budaya kita di malaysia yang suka membanding2kan anak kita dengan anak org lain, telah menghakis keseronokan anak meneroka, mencari-cari jawapan dan mengejar kecemerlangan dalam pembelajaran mereka. Ujian demi ujian telah membuat anak kaitkan belajar dengan tekanan dan hilang rasa seronok belajar.
Sekiranya anak KENALi diri mereka ,mereka akn menerima kehebatan mereka serta akur dengan kelemahan yang wujud pada diri masing2.Mereka akan berani mengambil langkah utuk majukan diri..dan berdisiplin cekal…sebaliknya anak yang mendapat straight As pun kalau tidak tahu mengurus diri,tidak tahu mana yang utama , mereka akan rasa songsang dan gagal dalam mengurus persekitaran dan kehidupan mereka . Mengenali diri kita…kita akan memgenali Sang Pencipta kita yang Maha Agung.
ANAK PERLU MASA BINA KEHEBATAN DIRI
Beri masa untuk anak kita bina kehebatan .Jangan terlalu mendesak sehingga ank kita rasa sesak dan sebak dengan kita. Bantu anak dengan memberi harapan dan cara komunikasi kasih sayang dan tegas.Dalam dunia serba pantas anak harus connect dan tenteram menjadi diri mereka sendiri yang hebat…bukan menjadi orang lain yang hebat.
BERINTERAKSI dengan alam anak-anak akan berinteraksi dengan kuasaNya yang dapat dirasai melalui pemerhatian alam tumbuhan dan seumpamanya.Sekolah kini harus membawa kesan implikasi dalam kehidupan anak yang sebenar. Learning is about LIFE not EXAMS..
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa boleh usaha untuk tingkatkan aktiviti otak anak menerusi cara yang mudah. Mudah sangat nak buat di rumah. Jangan sia-siakan masa yang ada iaitu daripada lahir hingga dua tahun.
Ini kerana otak si manja ketka ini berkembang dengan pesat setiap hari. Mereka membangunkan bahasa dan kemahiran motor lebih cepat. Tetapi di antara tiga hingga lima tahun, pertumbuhan perlahan kerana otaknya sedang membuat banyak sambungan.
Si manja pada usia ini banyak menyerap perkara-perkara yang berlaku dunia di sekeliling mereka. Fikiran mereka akan membentuk kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran bahasa untuk berunding dan berbicara. Mereka juga sedang belajar bagaimana untuk menyelaraskan fizikal dan badan untuk melakukan perkara-perkara seperti memakai baju sendiri, menendang bola dan sebagainya.
Kanak-kanak perlu dibiarkan meneroka. Dedahkan si manja kepada aktiviti-aktiviti ini untuk meningkatkan aktiviti otaknya.
Masa untuk anda dan dia (one to one)
Salah satu aktiviti yang menjadi penggalak kepada perkembangan otak si kecil ialah masa dengan ibu bapanya. Menurut Dr. Michele Macias, pakar pediatrik, Universiti Perubatan South Carolina memberitahu walaupun ketika ini adalah si manja giat untuk belajar berdikari, hubungan rapat antara ibu bapa dan anak masih penting. “Pada masa dengan ibu bapa, si kecil akan belajar bahasa, memahirkan pertuturan dan melontarkan idea. Hal ini lebih penting untuk membina otak daripada melibatkan anak anda dalam aktiviti-aktiviti yang lain,” kata Macias.
MEMBACA BERSAMA
Bukan sahaja sebagai satu cara yang baik untuk mendapatkan masa berkualiti dengan anak anda, membaca bersama-sama juga penting untuk meningkatkan kuasa otak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diperkenalkan kepada buku pada usia awalnya memiliki penguasaan bahasa lebih awal. Ia membantu anak-anak mengasah bahasa dan perbendaharaan kata dan perbincangan dengan ibu bapa yang menggalakkan pemahaman yang lebih baik. Menurut pakar psikologi kanak-kanak Richard Gallagher, profesor psikiatri kanak-kanak dan remaja, Universiti New York, buku yang berkisar tentang pengiraan, ABC, menyusun dan pemadanan disarankan untuk kanak-kanak pada usia ini, kata
MAIN PERANAN
Kanak-kanak secara semula jadi mempunyai imaginasi yang luas. Walaupun mereka sering memulakan main peranan di peringkat umur yang lebih muda, daya imaginasi mereka benar-benar mula berkembang padai usia tiga hingga lima tahun. Mereka mula bermain koboi, berpura-pura menjadi wira-wira atau puteri, dan mula bermain pakaian (fesyen-fesyen) dan masak-masak. Selain berseronok, bermain dengan imaginasi membolehkan anak-anak bereksperimen.
“Sama seperti membaca, main peranan membolehkan anak-anak melakukan perkara-perkara yang mereka tidak dapat dilakukan dalam kehidupan sebenar,” kata Gallagher. Sebagai contoh, apabila anda dia melakonkan ada kereta kemalangan dan kemudian menghantar ambulans mainan untuk menyelamatkan, atau menghantar helikopter mereka untuk menyelamatkan haiwan yang terjatuh dari “tebing” meja makan. Dengan main peranan, mereka menyerap dan membacakan pengurusan krisis dalam suasana yang sangat selamat. Aktiviti ini juga membantu kemahiran bahasa, kerana ia melibatkan pemikiran tentang perkara dalam kata-kata dan mengulangi apa yang mereka pernah dengari.
PERGAULAN
Seorang kanak-kanak yang tidak berkembang dengan baik secara sosial dapat menjadi orang yang paling bijak di dunia dari segi IQ, tetapi kekontangan kemahiran sosial mereka yang boleh membuatkan mereka kurang berjaya dari segi kesihatan, akademik dan kerjaya dalam jangka masa panjang.
Bergaul dengan kanak-kanak lain juga membantu mereka membentuk pemikiran atau tanggapan awal tentang sesuatu perkara. Mereka belajar perkara-perkara seperti beza umur dan beza antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dan sebagainya. Hal ini membantu mereka membuat peta mental untuk rujukan masa depan.
PERMAINAN DAN JIGSAW PUZZLES
Permainan dengan peraturan membantu meningkatkan kecerdasan sosial. Kanak-kanak akan mempelajari kesabaran dalam mengambil giliran dan belajar untuk menerima kekecewaan apabila kalah. Mengingati peraturan juga adalah senaman kepada otak. Permainan fizikal membantu menajamkan koordinasi motor otak.
Ajak si manja bermain permainan dengan tiga atau empat peraturan yang mudah atau permainan lebih pendek yang boleh dimainkan semula dengan cepat.
Jigsaw puzzle menggalakkan penaakulan bukan lisan dan kebolehan untuk menggambarkan sesuatu. Koordinasi motor halus otak dapat berhubung apabila si manja menggerakkan jari untuk belajar mencantumkan kepingan jigsaw puzzle. Permainan ini boleh membantu kanak-kanak yang aktif dan sentiasa bertenaga ini menghabiskan masa dengan tenang sendiri dan dalam masa yang sama masih merangsang minda mereka.
BELAJAR BAHASA LAIN
Richard Gallagher, profesor psikiatri kanak-kanak dan remaja, Universiti New York, berkata kajian menunjukkan bahawa si manja boleh menguasai banyak masa lebih cepat berbanding orang dewasa.
Dengan mempelajari bahasa kedua (selain bahasa ibunda) seawal usia tiga tahun, si manja dapat memberikan dua rangsangan ke kawasan otak yang bertanggungjawab menyimpan memori bahasa tersebut, menyusunnya mengikut urutan, dan menuturkan kembali kata-kata tersebut. Bahasa kedua juga membantu membangunkan kebolehan lisan dan ruang, dan menggalakkan si manja menguasai perbendaharaan kata dan kemahiran membaca dengan lebih baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dilakukan untuk kuatkan ingatan anak-anak dengan cara yang lebih jimat dan menyeronokkan. Bukan setakat untuk anak gembira tapi boleh meningkatkan kemahiran dalam diri mereka.
Bagi sesetengah ibu bapa yang mampu mereka mungkin boleh menghantar anak-anak ke kelas tertentu untuk merangsang deria anak-anak. Namun bagi yang tak berkemampuan anda tetap boleh memberikan yang terbaik pada anak asalkan ada usaha dan rajin.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Aminah Hussain mengenai aktiviti yang dilakukan untuk membantu menguatkan ingatan anak sangat menarik dan boleh dicuba bersama anak anda.
Seorang mak whatsapp saya, bagaimana set Bacalah Anakku boleh buat anak dia pandai membaca. Dan mak ini luahkan kerisauan kerana anaknya payah nak ingat apa yang mak dia ajar.
Saya rujuk pada kawan yang memang ada lesen mengajar phonics ni. Dan dia cakap anak itu kena banyak buat aktiviti messy-play.
Main playdoh buat huruf Main water colour Menulis pada garam atau pasir
Dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh kuatkan ingatan anak.
Kebetulan saya memang nak main homemade playdoh dengan anak-anak hari ini. Saya kongsikan caranya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.