Panik Bila Bayi Menangis? Ibu Ayah Kena Tahu 5 Jenis Tangisan Ini Sebagai Isyarat Pertama

Share

Panik bila bayi menangis. Sebenarnya ada 5 jenis tangisan sebagai isyarat pertama bayi untuk meluahkan kepada ibu bapanya. Ibu ayah kena faham apa kehendak anak dan jangan biarkan anak menangis tanpa henti baru nak bertindak.

Setiap ibu dan ayah pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak kan? Terutamanya yang baru lahir. Waktu ini bayi kita sangat sensitif dan belum tahu bagaimana nak beritahu kita apa yang mereka mahukan. Tapi bayi yang baru lahir pun pandai merajuk jika kita lambat bertindak mengikut kemahuan mereka.

Contohnya bayi kita dah bagi tanda yang mereka lapar apabila tiba-tiba terjaga dari tidur, tapi kita pula ingatkan bayi tidak selesa sebab lampin basah. Jadi kita pun tukarkan lampinnya dan cuba untuk tidurkan semula.

Bila bayi dah penat bagi tanda tapi tak dapat apa yang mereka inginkan, mereka akan kecewa dan mula menangis sekuatnya. Pada waktu ini dah susah untuk kita pujuk mereka.

Jadi ada seorang insan yang Allah telah berikan beliau kelebihan untuk mengenali tangisan bayi. Beliau adalah Pricilla Dunstan yang berasal dari Australia. Beliau mempunyai photograhic memory of sound yang dapat mengenal pasti setiap tangisan bayi dan akhirnya membuat senarai 5 jenis tangisan ini.

Tapi tangisan ini adalah ‘hint’ yang mula-mula bayi kita tunjukkan, bukan sewaktu mereka nangis sekuat hati tanda merajuk tu ye. Ikuti perkongsian dari ibuzarith.com mengenai perkara ini.

Tangisan Bayi Baru Lahir

  1. Neh

– Bunyi ‘Neh’ ni adalah satu bahasa rahsia yang bayi kita akan berikan apabila mereka lapar. Bunyi ini dihasilkan daripada tindakan refleks mereka untuk menghisap susu iaitu apabila lidah mereka menolak ke arah lelangit.

  1. Owh

– Bunyi ‘Owh’ pula dihasilkan apabila bayi kita dah mula mengantuk. Diikuti dengan mulut berbentuk O.

  1. Heh

– Bayi kita akan mengeluarkan bunyi ‘heh’ (bunyinya hampir sama dengan bunyi ‘neh’ jadi cuba dengar betul-betul bunyi H tu) apabila mereka tak selesa. Sama ada mereka sejuk, nak tukar lampin, nak tukar posisi mereka, bising, terlalu terang dan sebagainya.

  1. Eair

– Bunyi ‘Eair’ ni akan dikeluarkan oleh bayi kita bila mereka mempunyai angin di bahagian bawah perut mereka. Dengan erti kata lain, mereka kembung. Ia adalah suara yang lebih mendalam dari bahagian abdomen bayi. Bunyi ini memang agak sukar untuk dibezakan tapi selalunya kita boleh tengok yang bayi kita akan angkat lututnya ke atas dan menolak kaki ke bawah, disertakan dengan pergerakan badan dan muka yang tidak selesa

  1. Eh

– Bila bayi kita nak sendawa atau burp, mereka akan keluarkan bunyi ‘Eh’ ni. Lebih kurang sama dengan ‘neh’ dan ‘heh’ kan tapi perlu diingat yang kita perlu dengar dan fokus pada bunyi awal dia, bukan akhir. Bila dengar bayi kita bunyi “Eh, ehhhh” tu maksudnya “ibu, cepatlah sendawakan saya”

Sangat penting untuk kita faham dan tahu apakah kehendak bayi kita dan cepat-cepat penuhinya, jadi bila mereka tak kecewa dan merajuk kita pun gembira dan senang hati sepanjang hari.

Published by
Wan Amy