Malang memang tak berbau, kadang dah ambil langkah berjaga-jaga tapi situasi seperti anak terkena air panas memang tak dapat dijangka. Bila ini yang berlaku pastinya ibu ayah rasa panik tambah pula bila ia melibatkan anak yang masih kecil. Serba tak kena dibuatnya.
Seperti juga satu situasi yang dikongsi oleh Dr Ahmad Samhan bila ada anak yang melecur terkena benda panas. Jelasnya jangan sesekali menggunakan ubat gigi untuk luka melecur kerana itu adalah langkah yang salah.
Dr Ahmad Samhan turut berkongsi langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu ayah sebelum membawa anak ke klinik atau hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan segera!
Anak Melecur, letak ubat gigi?
“Ya Allah, anak aku!”
Sekuat hati ibunya menjerit. Baru saja dia lihat anaknya yang berusia 16 bulan bermain-main di sudut dinding.
Sesekali dia kalih untuk memastikan anaknya masih leka bermain. Baru sekejap dia membaca beberapa pesanan dari whatsapp,
“Pang!”
Bunyi sesuatu jatuh dari dapur. Dia terus bergegas ke dapur. Anaknya terbaring di lantai dan meraung kesakitan.
Ads
Badannya dibasahi kopi panas. Alas meja tertarik ke bawah. Kopi panas sengaja dibiarkan atas meja biar sedikit sejuk untuk sarapan nanti.
Baju anaknya terus dibuang. Habis merah dada anaknya. Melecur.
Panik. Apa yang terbayang difikirannya adalah ubat gigi. Lantas dicapainya ubat gigi dari tandas dan sapukan di seluruh dada anaknya.
Ini langkah yang SALAH!
Ingat 3B + 3C
Saya kongsikan cara betul untuk urus anak melecur.
Ingat 3B + 3C!
Ads
“BURN STOP”
Alihkan objek panas dari mangsa. Jika pakaian terbakar buka baju, jika susah untuk dibuka, jangan memaksa untuk buka baju.
“BREATHING MAINTAIN”
Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka, tiada sekatan atau objek menghalang pernafasan.
“BODY EXAMINE”
Periksa tahap kebakaran dan anggota terlibat.
“COOL”
Sejukkan bahagian yang terbakar dengan mengalirkan air paip sekurang-kurangnya 10 minit.
“COVER”
Tutup bahagian yang terbakar dengan kain atau plastik bersih.
Ads
“CARRY”
Bawa mangsa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
JANGAN BUAT!
Jangan menyapu sebarang krim termasuklah minyak gamat, mentega, ubat gigi dan kicap apatah lagi tepung gandum. Ini akan meningkat risiko jangkitan.
Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
Jika kurang pasti tahap kebakaran, jangan tangguh bawa anak jumpa doktor untuk pemeriksaan.
Jangan beri mangsa makan atau minum kerana ia mungkin perlu mengambil ubat bius(anesthetic)
Situasi ini boleh berlaku pada anak kalian jika kalian cuai. Tambah lagi di musim PKPB ini. Anak-anak semuanya ada dirumah dan sukar untuk dikawal.
Kongsikan supaya lebih ramai yang dapat manfaat dan dapat belajar cara betul untuk dibuat jika hadapi situasi sebegini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkenaan video tular memaparkan ustazah disuruh merangkak mengelilingi kelas oleh ibu kepada salah seorang murid di dalam kelas telah mendapat perhatian seorang peguam.
Menerusi satu hantaran di Facebook peguam tersebut yang dikenali sebagai, Nurhidayaty Maidin, selepas video ini tersebar beliau memaklumkan mahu membantu ustazah berkenaan mengambil tindakan undang-undang.
Mahu bantu ustazah ikut nasihat undang-undang
Dalam postingnya, dia meminta agar para netizen membantu untuk mengesan ustazah terbabit, sehingga dapat berjumpa untuk memberikan nasihat mengikut undang-undang, berkenaan penghinaan yang berlaku terhadap guru itu.
Menerusi entrinya, peguam itu berpendapat bahawa tindakan ibu terbabit telah dianggap melampau, kerana menjatuhkan maruah guru, sedangkan ada saluran yang lebih baik digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Berjaya hubungi ustazah
Namun update terbaru dari Peguam Nurhidayaty, beliau telah berjaya menghubungi guru yang berkenaan berserta penyelia sekolah dan telah memberikan nasihat undang-undang.
Saya hormati keputusan guru dan sekolah untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara baik dan tidak mahu berpanjangan. Namun sebagai pengajaran supaya insiden ini tidak berulang, saya telah mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan beberapa dokumen penting yang perlu ditandatangani oleh si ibu. Jangan sekadar ucapan maaf seperti musim raya. Perlu disertakan dengan dokumen undang-undang. Saya telah hulurkan diri untuk pantau proses ini.
Apabila wartawan tanya saya apakah perasaan puan apabila melihat video tersebut, saya katakan ada dua perkara bermain di fikiran saya :
Pertama:
Betapa nilai seorang pendidik iaitu guru tidak dipandang tinggi oleh masyarakat yang semakin hari semakin hilang adab. Bahkan sikap ibu ini yang meminta guru merangkak adalah sangat tidak cerdik dan keanak-anakkan. Saluran yang betul untuk membuat aduan adalah dengan mengisi borang aduan disekolah dan laporkan kepada guru besar.
Kedua:
Ini bukan kes pertama guru guru sekolah diserang oleh ibu bapa yang tak faham-faham bahawa kawasan sekolah ada kawasan no zone. High time kepada Pihak Kementerian Pendidikan untuk mengedarkan pekeliling khas kepada ibu bapa. Untuk ajar ibu bapa bahawa kawasan sekolah terutama kelas dan bilik guru adalah NO ZONE kepada mereka.
Ketiga:
Keselamatan di sekolah agama perlu diteliti oleh Jabatan Agama Islam dan juga Kementerian Pendidikan. Bukan sahaja keselamatan guru-guru terbabit dalam risiko. Lihat video bagaimana si ibu, orang luar, boleh masuk dengan sesuka hati di dalam kelas yang penuh dengan kanak-kanak sekolah. Kalaulah ibu tersebut seorang yang mengalami tekanan dan bawa senjata tajam? Saya tidak dapat bayangkan. Lihat betapa expressi muka kanak-kanak dalam kelas terbabit- confused dan takut pun ada. Sampai ada yang turun merangkak bersama.
Saya ucapkan terima kasih kepada netizen yang membantu saya mendapatkan no tel ustazah ini. Kami telah berhubung dan akan terus buerhubung sehingga isu ini selesai.
Alam perkahwinan, biasa dengarkan, susah sama, senang bersama. Cuma kata-kata ini masih relevan atau tidak untuk pasangan suami isteri muda zaman sekarang ni lagi-lagi dengan pandemik Covid-19 ni.
Yang pasti, ada ramai pasangan dewasa juga tak mampu bersama ketika susah. Berikut antara pengalaman Perunding Kewangan, Kay Bee Rahim mengenai pentingnya pengurusan wang antara suami isteri bila dah berumah tangga. Dua-dua kena main peranan.
Ini yang kami berdua lakukan dari awal kahwin hingga usia perkahwinan mencecah 10 tahun Jun 2021:-
1. #Selagi antara kami tidak di dapati melakukan aktiviti curang dan menipu duit, maka Perjanjian yang diperSETUJUi bersama ini akan TERUS berkuat kuasa.
2. #Sharing everything together such as;
– Bayar bil komitmen bulanan.
– Bayar insurance/takaful.
– Tabung Simpanan & Persaraan.
– Tabung Pendidikan anak.
– Tabung pergi Umrah & Haji.
– Tabung pergi Seminar.
(seminar dia lain, seminar Kak Bee lain)
– Tabung cuti-cuti Malaysia.
(hanya cuti dalam Malaysia sehingga Visi pergi Haji tercapai)
– Tabung berpoya-poya.
(shopping, WE time dating dan lain-lain)
Satu yang Kak Bee sangat-sangat perasan, bila kita redha dan ikhlas dalam membantu pasangan (dalam apa jua kes), rezeki akan masuk dengan mudah seperti air terjun yang mengalir deras;
1. Rezeki di beri kesihatan yang sihat.
2. Rezeki anak mudah belajar.
3. Rezeki kewangan datang dari pelbagai arah yang tak disangka-sangka.
4. Rezeki dipermudahkan urusan seharian.
Bagi anda di luar sana yang masih “berkira-kira” dengan pasangan, cuba duduk sejenak.
Fikirkan keadaan diri dan keluarga:
– Adakah sentiasa dalam keadaan ‘PARAH’ kewangan?
– Hubungan suami isteri sentiasa ‘panas’. Ada saja tak kena, asyik bergaduh almost every week?
– Pasangan atau anda sendiri tinggi EGOnya? Tak mahu berkompromi dalam isu-isu kecil.
– Duit aku, aku punyer. Duit ko duit aku jugak?
Ada yang macam ni ke? Tepuk dada tanya minda.
Zaman ini semuanya memerlukan duit. Dan duit tak turun dari langit. Tak salah bekerjasama demi membangunkan ekonomi rumahtangga. Untuk diri kita juga bukan orang lain.
Anda tentukan kebahagiaan rumahtangga anda sendiri, or someone else will take care of it…
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hidup berumahtangga ni kalau tak usik mengusik tak bahagia rasanya. Itulah nasihat orang-orang tua kita dalam hal berumahtangga. Bila ada gurau senda dalam hubungan, barulah rumah tangga makin aman bahagia.
Gelagat Johan Rajalawak pada isterinya, Ozlynn Wati ni memang sweet. Perkongsian video yang dimuat naik pasangan ini menarik perhatian netizen malah memuji aksi comel pasangan anak lima ini.
Bila bini ckp, paaa i teringin nasi lemak, nak you suap. I malas nak turun bawah la.. i nk rehat dalam bilik. Haaaa dia muncul terus.
Weh dia ni tak romantik weh.. bunga pun tak pernah bagi tapi suka buat benda sweet-sweet macam ni. Geram ar ngan dia.. eee pukol kang hahhhh!! Comel kan weh?
Sape laki dia haram bunga taik ayam pun tak pernah bagi tapi semua duit dia campak dalam account kita. Sape sama angkat tangan.
Nak rotan dia jap. Ada ni hah tengah teman aku shoot kat Kuala Selangor.. ??? #makintuamakinpangaibdk!!
Rata-rata netizen memuji aksi nakal dan sweet Johan pada isterinya.
“Untunglah”
“Sweetnya Papa Johan”
“Bertuah badan sis”
Begitu kata-kata netizen yang memuji pasangan cute ni. Begitulah hidup dalam berumah tangga. Tak perlukan bunga berjambak-jambak tetapi belikan nasi lemak pun dah cukup bahagiakan hati isteri.
Pasangan sama sporting ini berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata yang comel-comel belaka iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq. Pasangan cool ini memberi nama yang unik kepada setiap nama anak-anak mereka dengan mengekalkan ‘iq’ di belakang setiap nama. Memang cute!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.