‘Pantang’ atau larangan yang kerap kali kedengaran daripada mulut orang perseorangan perlu diambil peduli oleh ibu hamil. Ia sebenarnya secara tidak sedar dapat membantu anda menjaga kesihatan diri dan kandungan.

Hal ini kerana perkembangan bayi di dalam kandungan banyak dipengaruhi oleh apa yang anda makan, amalkan, lakukan dan sebagainya.

Sudah pastinya anda mahu bayi yang bakal dilahirkan sihat dan selamat, bukan? Larangan itu tujuannya adalah untuk menjaga ibu dan bayi dalam kandungan. Ada antara pantang yang dibuat itu terbukti betul melalui kajian sains.

Makanan mentah

Makanan mentah yang berasal daripada haiwan dan sayur-sayuran mempunyai risiko tinggi menyebabkan gangguan kesihatan.

Makanan daripada ikan mentah seperti sushi, daging dan telur setengah masak berkemungkinan mengandungi bakteria dan parasit yang boleh mengganggu perkembangan bayi.

Pengambilan buah dan sayur mentah semasa hamil perlu dilakukan dengan hati-hati. Basuh bersih sebelum dimakan.

Ada baiknya anda mengambil makanan tersebut dengan memasaknya dengan sempurna terlebih dahulu demi mengelakkan risiko kesihatan.

Ikan ada merkuri

Memang bagus makan ikan kerana ia adalah sumber protein yang baik untuk kesihatan anda dan kandungan. Tambahan pula ada jenis ikan yang kaya dengan omega 3.

Namun, anda perlu memilih ikan yang selamat kerana ada spesies ikan yang mengandungi merkuri boleh mengganggu perkembangan otak & sistem saraf janin.

Contoh ikan yang mengandungi jenis merkuri tinggi ialah makerel, todak, tilefish, marlin dan banyak lagi.

Minuman beralkohol

Minuman keras akan menghalang penerimaan khasiat makanan dan oksigen yang diperlukan bayi.

IKLAN

Malah ia juga memberi kesan buruk kepada perkembangan otak bayi. Antara kesan lain ialah anak yang dikandung berisiko tinggi terjejas IQ dan fizikalnya.

Minuman berkafein

Semasa tidak hamil pun, tiak elok kafein diambil secara berlebihan setiap hari. Apatah lagi semasa hamil.

Banyak kajian yang dilakukan untuk menunjukkan kekurangan kafein dengan kehamilan.

Kandungan kafein yang terdapat di dalam minuman seperti kopi, teh, coklat dan lain-lain dipercayai boleh menyebabkan risiko keguguran dan bayi lahir dengan berat badan yang rendah. Hal ini berpunca daripada kafein yang mengganggu penyerapan vitamin semasa hamil.

Dalam keadaan yang lebih serius, ia bolehmenyebabkan kematian bayi semasa dilahirkan

Memakai baju ketat

Memakai baju ketat semasa hamil akan mengganggu perkembangan janin terutamanya di bahagian perut.

IKLAN

Bagi yang ingin bergaya, terdapat banyak pilihan baju hamil yang boleh anda dapatkan. Namun, elakkan baju yang ketat dan sendat.

Pilihan baju hamil yang bagus dipakai mestilah selesa, menyerap peluh dan mempunyai pengudaraan yang baik

Susu yang tidak dipasteur

Susu mentah belum dipasteur tidak digalakkan diminum oleh ibu hamil. Pempasteuran yang dilakukan bertujuan untuk menghapuskan bakteria dengan menggunakan suhu tinggi.

Susu yang tidak dipasteur berisiko mengandungi bakteria listeria yang akan meningkatkan risiko keguguran dan penyakit serius.

Apabila mengambil susu atau produk tenusu, anda perlu ebih teliti dan berhati-hati. Periksa bungkusan produk sama ada sudah melalui proses pempasteuran atau sebaliknya.

Membersihkan najis kucing

Najis kucing boleh menjadi tempat untuk parasit yang berbahaya menjangkiti ibu hamil.

IKLAN

Jangkitan parasit boleh menimbulkan gejala yang mungkin awalnya tidak disedari dan dirasakan oleh ibu itu sendiri.

Najis kucing yang mempunyai parasit boleh menyebabkan ibu hamil mengalami keguguran atau bayi dilahirkan tidak bernyawa.

Mandi air panas atau bersauna

Sepanjang hamil, sebaik-baiknya elakkan persekitaran bersuhu panas. Berdasarkan kajian, risiko keguguran akan meningkat menjadi dua kali ganda jika anda berendam dalam air panas atau melakukan sauna semasa tiga bulan pertama kehamilan.

Mengenakan kasut tumit tinggi

Kasut tumit tinggi bahaya dipakai semasa hamil. Dalam keadaan biasa, menggunakan kasut tumit tinggi tidak baik untuk postur badan.

Badan boleh jadi sakit sakit terutamanya jika berjalan jauh. Terdapat juga risiko mudah terjatuh disebabkan kurang stabil

Semasa mengandung, kasut tumit tinggi sangat tidak digalakkan. Penggunaannya akan menyebabkan otot pinggang menjadi tegang.

Ibu hamil boleh mengeluh lenguh lenguh & sakit pada bahagian punggung dan pinggang.

Berdiet

Diet untuk menguruskan badan tidak digalakkan semasa hamil. Selain berbahaya kepada anda, ia juga boleh memudaratkan bayi yang dikandung.

Risiko kekurangan vitamin, mineral dan zat lain yang diperlukan bayi boleh berlaku jika anda berdiet.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI