Pantang makan laksa selepas bersalin: mitos atau realiti? Bukan mudah bagi para ibu yang baru melahirkan untuk berpantang daripada menikmati laksa selama setahun, lebih-lebih lagi jika hidangan ini merupakan antara makanan kegemaran mereka.

Pantang Makan Laksa Selepas Bersalin: Mitos atau Realiti?

Pernahkah anda mendengar kata-kata orang tua yang menasihatkan ibu selepas bersalin supaya tidak makan laksa, malah perlu berpantang selama setahun?

Mengapa laksa dikatakan sebagai salah satu makanan yang perlu dielakkan oleh ibu yang baru melahirkan anak? Adakah larangan ini berasas atau sekadar kepercayaan turun-temurun? Mari kita teliti sebab-sebabnya.

1. Kuah Laksa Punca Angin

Tahukah anda bahawa daun kesum dan bunga kantan dipercayai mempunyai kesan “bisa” yang boleh menyebabkan angin dalam badan? Selain itu, jenis ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksa juga dikatakan boleh menyumbang kepada masalah ini.

Pantang Makan Laksa Selepas Bersalin: Mitos atau Realiti?

2. Laksa Dimasak Dua Kali

Ibu dalam pantang tidak digalakkan untuk makan makanan yang telah dipanaskan semula atau dimasak dua kali. Walaupun laksa diperbuat daripada beras, mi laksa itu sendiri merupakan sejenis makanan yang dikeringkan. Setelah dikeringkan, laksa perlu direbus atau direndam sebelum dimakan.

Proses memasak dua kali ini dipercayai boleh menyebabkan makanan tersebut memerangkap lebih banyak angin. Akibatnya, ibu yang baru bersalin mungkin mengalami sakit urat dan sakit badan. Lebih membimbangkan, mereka juga boleh mengalami bentan! Untuk pengetahuan, ibu berpantang juga dilarang makan nasi yang telah dipanaskan semula atas sebab yang sama.

Ads

Pantang Makan Laksa Selepas Bersalin: Mitos atau Realiti?

3. Kehadiran Timun Dan Sayur-Sayuran Berangin

Dalam hidangan laksa, biasanya terdapat ulam seperti timun dan kacang panjang. Ibu yang sedang berpantang perlu mengelakkan makanan ini kerana timun bersifat sejuk, manakala kacang panjang boleh menyebabkan angin dalam badan.

Selain itu, nanas juga dianggap sebagai makanan yang “bisa” dan tidak sesuai untuk ibu dalam tempoh berpantang.

Pantang Makan Laksa Selepas Bersalin: Mitos atau Realiti?
Kredit foto: Freepik

Berpantang Demi Kesihatan Jangka Panjang

Para ibu, berpantanglah dengan baik kerana badan kita ini perlu digunakan untuk jangka masa yang panjang. Kesan daripada pengambilan makanan yang tidak sesuai mungkin tidak akan dirasai serta-merta, tetapi apabila usia meningkat, masalah seperti sakit pinggang, sakit lutut dan ketidakselesaan badan boleh mula timbul.

Ads

Jangan sampai apabila badan sudah lemah dan dipenuhi angin, barulah timbul rasa kesal. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal, tetapi juga boleh memberi kesan kepada emosi. Ada kemungkinan ibu menjadi cepat marah atau tertekan, yang akhirnya boleh membawa kepada masalah seperti meroyan.

Oleh itu, bulatkan hati untuk berpantang dengan betul. Tempoh pantang bukanlah terlalu lama, dan masih banyak lagi menu sihat yang boleh dinikmati oleh ibu selepas bersalin.

Baca artikel lain juga: Laksa Mee Pangkor Original, Gerenti Anak Hirup Kuah Sampai Licin

Resipi Laksa Thai Kuah Pekat, Sedap Menyengat, Confirm Tak Cukup Makan Sepinggan!

Ads

Tip Berpantang Bersalin Czer, Mona Allen Minta Warga Maya Kongsi Pengalaman

Amalan Berpantang Selepas Keguguran, Jangan Anggap Tak Penting, Paling Kurang 14 Hari

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI