Sekejap masa berlalu, dah 8 bulan usia Ana Nayla. Bagi pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat, sebagai ibu, apa saja yang Ana Nayla dah pandai buat dan sebut ketika ini jadi momen bermakna untuknya dan suami, Nabil Mahir.
Menurut Ayda, 30, Ana kini sudah pun mampu menyebut beberapa patah perkataan dan kerap mahu bersama dengannya.
Bukan itu saja, sejak Ana Nayla makin besar, dia asyik nak melekat saja. Pantang dengar suara mommy, elok-elok main terus bertukar moodnya minta dukung. Kalau tak nampak atau dengar suara elok je.
“I wanna post it! Coz you shooo cute! She can says ‘Mama’ yup! Thanks Baby for choosing Mommy instead of Daddy Bil. Daddy dia sampai merajuk. And few more words! I’ll record and tengok dekat Boss Baby @ananaylaofficial okay!
“And now she so clingy with me, 24 jam nak berkepit, and bila main dengan orang lain dia okay je gelak-gelak, but bila nampak je Mommy or dengar my voice, habis terus mood bertukar muka cebik nak mintak kena amik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, di usia Ana Nayla ini, clingy atau nak melekat ini adalah normal. Mengikut istilah kesihatan, perkara ini dikenali sebagai ‘separation anxiety’. Ia boleh berlaku kepada bayi seawal 7 bulan, iaitu ketika bayi sudah mula mengenal kehadiran ibunya.
Keadaan ini sering berlaku kepada bayi sekitar 10-18 bulan dan ada yang berlarutan sehingga ke peringkat kanak-kanak.
Cuma ada cara yang boleh dilakukan untuk anak mula memahami. Marah bukan penyelesaian untuk anak kerana fasa ini, anak sedang belajar memahami kehadiran orang sekelilingnya. Sebab ibu orang paling rapat dengannya sejak dalam kandungan lagi, itu menyebabkan anak pilih IBU dulu berbanding orang lain.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat ada berkongsikan pengalaman bersama anak masing-masing selain turut menitipkan doa yang baik-baik buat Ayda seisi keluarga.
“Sama la my baby pun nak berkepit je dgn ibu sejak masuk 6m. Sekarang dah 7m.. 😩 tengah main dgn papa dia elok je nampak ibu dah macam nak terbang gayanye nak dekat ibu 😂 . Sabar je laa”
“Bertabah la mommy..fasa ni sekejap je, lepas ni kita pula rindu..”
Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan mereka menyambut kelahiran Ana Nayla pada 21 September tahun sama.
Kredit: IG Ayda Jebat
Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!