Mengapa anak kita ‘pantang’ tengok tangga, grill pintu atau sofa suka sangat MEMANJAT? Anda silap jika melarangnya!! Mengapa ya?
Ingat kalau anak kita dah masuk umur 1 hingga 2 tahun, JANGAN terkejut mereka dah mula suka memanjat sofa, pintu grill, baby cot dan tangga rumah. Kadang-kadang di tempat awam dan umah orang pun anak tak boleh duduk diam. Mereka lasak memanjat sana sini. Ni yang buat kita rasa malu sangat.
Menurut Dr Rahim, pada waktu ini anak suka memanjat BUKANnya kerana HYPERAKTIF, bukan anak BERMASALAH atau NAKAL. Bukan! Bukan! Bukan! Ni perspektif fikiran ibu bapa yang SILAP!. Tapi ia adalah salah satu SKILL penting & BARU dalam perkembangan motor kasar pada diri dan perkembangan otak anak tu ketika pembesaran dirinya.
Saya nak anda fikir sejenak:
i) Anak yang baru lahir terus menyusu dari Kita tak pernah mengajarnya. Skill tu ANUGERAH ALLAH cara automatik dalam proses perkembangan bayi yang normal. Bagitu jua belajar MENIARAP, BERANGKAK, DUDUK, BERDIRI danBERJALAN. Anda tak perlu bagi tuisyen kepada anak, bukan????
ii) Anda tak payah ajar anak anda macam mana nak MEMANJAT. Tpi SKILL SPECIAL MEMANJAT ni ANUGERAH ALLAH terjelma bila tahap perkembangan bayi tu tiba waktunya dalam perkembangan otak yang normal. Sebabnya ketika ni mereka dah mula ada Deria Vestibular (deria pergerakan & keseimbangan). Ini yang menyebabkan mereka suka memanjat dan cuba deria tersebut lalu kelamaan dapat pupuk SKILL tu dalam dirinya dengan baik dan berguna pada masa depan mereka.
Memanjat memang normal dan adalah satu KEPERLUAN dalam perkembangan anak-anak. Masa kecil dulu kita pun bebas panjat pokok dan main-main panjat tangga dan papan gelonsor.
Tapi sekarang ni, mak ayah sibuk dengan karier hingga balik larut malam cari DUIT. NO TIME dengan anak-anak di taman permainan. Sebab tu anak-anak zaman sekarang suka memanjat dalam rumah untuk dapat skill daripada Deria Vestibular yang sedang berkembang dalam dirinya.
Nasihat doc:
– Biar je anak anda nak naik turun tangga dirumah. JANGAN halang mereka menguatkan skill ni. Hanya waspada mereka daripada jatuh dan cedera diri mereka je.
– Anak nak panjat grill rumah, bagi je. JANGAN marah atau rotankan mereka. . JANGAN KATA MEREKA NAKAL! HYPERAKTIF! Patut kata GOOD…KEEP IT UP!!. Mak ayah kena faham ni ye.
– Anak panjat sofa, RELAX je. Kalau rosak sofa tu beli yang baru. Maklumlah nak bagi anak develop skill. Jaga je baik-baik supaya JANGAN ada injury/ cedera je.
– Ramai mak ayah buka tv dan beri gadget untuk UBAH ATTENTION anak daripada memanjat. Ini tindakan yang TAK BETUL & MEROSAKAN MINDA & DEVELOPMENT anak dengan media tersebut tanpa aktiviti lasak.
-Memanjat boleh buat Otot, Tulang, Sendi serta Deria Saraf Vestibular anak berkembang cepat dan lagi matang.
Sumber: Dr Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI