Merajuk itu seakan sudah sebati bagi kanak-kanak perempuan. Namun lain pula dengan anak kecil ini yang bukan hanya merajuk dan menangis namun disertakan dengan jelingan maut buat ayahnya.
Terdahulu, si comel yang seringkali muncul di Tik Tok dengan akaun ibunya, Riena Rosli @rienarosli ini cukup dikenali dengan jelingan mautnya.
Pantang sahaja ada rasa tidak puas hati, bukan tangisan tetapi jelingan padu tapi comel yang diberikan. Memang comel.
“Pantang tinggi suara sikit. Jelingan maut dia bagi,” tulis ibunya di kapsyen.
Anak kecil ini terlebih dahulu dimarahi bapanya yang sengaja meninggikan suara gara-gara berada di tempat pemandu dalam kereta.
Ads
Sengaja mengusik dan ingin melihat keletah anaknya itu, ayahnya sengaja meninggikan suara. Paling menarik, anak comel ini pada mulanya tidak menangis tetapi membalasnya dengan jelingan buat ayahnya. Comel sungguh.
Tambah menguatkan jelingan bila mana perkongsian video kedua dari ibunya. Jelingan kali ini lebih tajam buat ayahnya bila mana dimarahi bapanya kerana bermain dengan suiz lampu.
Memang comel untuk anak seusia itu!
Ads
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, ramai yang cukup terhibur dengan gelagat comel anak kecil ini. Lain dari yang lain malah bijak mempamerkan emosinya pada ayahnya.
Dalam fasa anak membesar, pelbagai momen indah pasti akan dilalui. Ini juga yang akan menjadi kenangan buat ibu bapa setelah anak-anak dah bawa haluan masing-masing. Malah ibu juga antara insan yang sangat sabar melayan kerenah anak-anak tanpa jemu.
Lagi satu jika anak-anak diam, jangan anggap mereka tak buat apa-apa. Kadang ada ‘projek besar’ mungkin tak terlintas dek akal kita mereka tengah seronok lakukan.
Seperti yang dikongsikan ibu ini di akaun TikTok, @Zatyaf, memang tak sangka sama sekali dua anak perempuannya begitu seronok bermain stok tepung gandum yang di simpan di dapur.
“Kenangan tidak akan dilupakan. Apabila mama keluar check up baby, papa kerja malam beginilah jadinya
“Bersabarlah duhai yang bergelar ibu,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan, ibu hanya mampu bersabar melihat keletah kakak dan adik menabur tepung di sekitar ruang dapur hinggalah ruang tamu.
@zatyafkenangan xkan dilupakan… bila mama keluar cheq up baby…papa keje mlm..gini la jadi🤣bersabar la duhai semua yg bergelar ibu♬ bunyi asal – Aisy@Aniq
Menurutnya, jumlah tepung yang ‘ditabur’ anak-anak ialah sebanyak sembilan kampit dan setiap satunya seberat 1 kilogram. Dalam kotak itu hanya sempat guna satu paket sahaja.
Sengaja ingin tahu reaksi si anak, ibu berkenaan sempat bertanya sama ada mereka menyayanginya atau tidak.
“Lailahaillallah adik, kakak. Apa korang buat ni. Kakak tak sayang mama ke?” tanya si ibu.
“Sayang mama,” jawab si kecil dengan tulus memberitahu telah membuka bungkusan tepung berkenaan menggunakan pensel.
Menerusi video lain, Zaty berkongsi anak-anaknya sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
“Semoga kakak dan adik membesar menjadi anak yang solehah. Doa mama dan papa sentiasa mengiringimu sayang.
“Marah ke, nak rotan ke tolak tepi dahulu. Alhamdulillah kedua-duanya mama dan papa sayang,” ujarnya.
Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu bahawa isterinya Dr Halina merupakan salah seorang petugas kesihatan yang berkhidmat ketika wabak Covid-19 ini.
Menerusi akaun Instagramnya, Dr Halina mula bertugas sejak hari pertama penyakit tersebut melanda negara.
Menerusi akaun Instagramnya, Dr Halina mula bertugas sejak hari pertama penyakit tersebut melanda negara.
Isterinya merupakan individu yang akan melakukan ujian saringan kesihatan buat pesakit yang mempunyai simptom wabak berkenaan. Namun, Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa isterinya sendiri mempunyai simptom yang sama.
Dikuarantin sementara
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, isterinya menunjukkan beberapa simptom wabak Covid-19 iaitu sakit tekak dan batuk selepas pulang dari tempat kerja bebeberapa hari lalu. Oleh itu, dia telah melakukan ujian saringan dan kuarantin diri sendiri di dalam bilik sehingga laporan kesihatannya dikeluarkan.
Tambah angkasawan tersebut, melihat isterinya terpaksa dikuarantin dan berjauhan dengan anak-anak merupakan perkara yang paling sedih.
Di samping itu, Dr Halina pernah memberitahu bahawa dia tidak mahu anak-anaknya termasuk suami tercinta dijangkiti wabak berkenaan.
Berhubung keputusan ujian saringan kesihatan, Alhamdulillah Dr Halina negatif wabak Covid-19. Malah, dia segera menjalankan tanggungjawabnya sebagai doktor.
Kegigihan Dr Halina ternyata membuatkan suaminya terharu. Ini kerana, apa jua rintangan dan dugaan yang datang, sebagai doktor dia ingin menyelamatkan ribuan nyawa dan berbakti kepada negara.
Bukan mudah menjadi seorang suami. Terlalu banyak bebanan yang harus dipikul demi membahagiakan keluarganya. Suami memerlukan seorang isteri untuk menerima dan memahami dirinya. Seorang suami tidak mudah untuk mengakui cintanya pada keluarga, tetapi jauh di lubuk hati dia amat mengutamakan isteri dan anak-anak.
Seorang suami yang baik dan menyayangi isterinya akan mencuba sehabis baik untuk menyempurnakan keinginan isterinya. Seandainya suami anda menunjukkan ciri-ciri ini, jelas sekali dia amat mencintai anda.
1. Cuba cari solusi kepada masalah anda
Tidak boleh lihat isterinya rungsing, suami yang baik akan bertanya apa masalah sebenarnya. Bukan sekadar menjadi pendengar yang baik, suami akan mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu. Atau paling tidak, akan mencadangkan penyelesaian terbaik untuk masalah anda.
2. Tidak lokek berkongsi harta
Lelaki ini kedekut, dia tidak suka berkongsi hartanya. Kalau anda boleh pinjam barang yang paling dia sayang, bermakna dia amat percayakan anda dan mahu anda juga merasa apa yang dia ada.
3. Rahsia anda, rahsia dia
Menjaga air muka isteri dan berkongsi rahsia kelemahan orang rumah adalah bukti dia menjaga anda. Suami yang baik tidak akan sesekali membuka rahsia sama ada milik anda atau dalam keluarga anda.
4. Ingat Tarikh-Tarikh Penting
Selalunya lelaki selalu terlupa tarikh penting buat kalian. Sama ada tarikh lahir anda mahupun tarikh ulang tahun perkahwinan anda berdua. Kalau teringat pun sebab anda yang beritahu, tapi usaha dia untuk ‘cover’ balik salah dia itu yang penting. Itu sudah cukup untuk membuktikan dia sayangkan anda.
5. Suka ‘Tidur’ Sekali, Tetapi Tak Paksa
Benarlah, seks membuatkan suami puas dan boleh merapatkan hubungan perkahwinan. Pun begitu, suami yang baik merasakan seks bukan sekadar nafsu. Tanpa seks sekalipun, dia akan gembira dan berpuas hati. Jani buat aktiviti bersama.
6. Jenis ‘Cool’, Susah Marah
Ini paling syok! Isteri paling gembira kalau suaminya tidak mudah marah dan jenis selamba. Biarpun isteri berbuat salah, suami anda akan tetap memafkan dan tidak sesekali mengungkit tentangnya lagi. Suami yang baik juga sukakan perbualan santai yang penuh gelak ketawa berbanding berborak serius dan membosankan tanpa ada gurau senda.
7. Biar Apa Pun, Isterinya Yang Terbaik
Setiap perkara yang ada pada diri anda adalah yang terbaik buatnya. Dari sekecil-kecil perkara, anda sudah cukup sempurna. Suami yang baik tidak akan pernah meminta isterinya berubah, kecuali benar-benar perlu. Contohnya, isteri tidak bertudung dinasihatkan untuk berhijab. Isteri naik berat badan, dia sama-sama ajak berdiet. Itulah teguran halus yang tidak menyakitkan hati isteri, tetapi ‘sampai’ dan menjentik perasaan seorang wanita.
8.Beri Ganjaran Kepada Isteri
Yang ini pun isteri suka. Tak perlu yang mahal, asalkan dari suami isteri sangat menghargainya. Untuk kes-kes tertentu, isteri sangat mengharapkan suami dapat memberinya ganjaran. Sebagai contoh, pemberian hadiah kerana isteri bersalin atau belanja maka apabila seharian isteri letih bekerja.
Biarpun nampak kecil dan tiada erti, ia sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada perasaan isteri. Apabila isteri berada dalam keadaan yang baik, segala hal akan menjadi sempurna. Benarlah bak kata perumpaan Inggeris, Happy Wife, Happy Life.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.