Pantun “Dari Kita Untuk Mereka” yang dibaca oleh adik KuMika KuFaizul, 4 tahun dan kakaknya KuHana Bahirah telah mendapat perhatian Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Permaisuri Agong telah memuatnaik pantun tersebut di laman instagram, Tunku Azizah Iskandar (@airtangan_tunkuazizah) dan telah mendapat tontonan sebanyak lebih 200 ribu.
Pantun yang dibaca berkisarkan tentang keegoan ahli politik yang masih mementingkan diri dan politik berbanding nyawa serta keresahan rakyat yang sedang bertarung memutuskan rantaian Covid-19.
Rata-rata netizen yang mendengar pantun ini bersetuju dengan pandangan anak-anak kecil yang lebih faham tentang bahaya Covid-19 berbanding orang dewasa yang degil.
Ads
Pantun Sarat Makna
Ni Boleh Masuk TV
Ads
Syukur Allah Kurniakan Raja & Permaisuri Cakna Rakyat
Ads
Menurut ibu bapa KuMika, “Semoga mesej yang disampaikan dapat membuka mata dan hati mereka yang berkenaan.”
Mereka juga turut berterima kasih atas perhatian yang diberikan oleh Permaisuri Agong, “Alhamdulillah, terima kasih di atas perhatian Tuanku Permaisuri terhadap pantun “Dari Kita Untuk Mereka” yang disampaikan oleh KuHana & KuMika.”
Kehadiran pembantu memang melicinkan urusan penjagaan anak. Namun ada waktunya Datin Seri Zizie Izette tetap perlu turut sama ‘marathon’ menguruskan 5 cahaya mata. Apatah lagi 4 daripada anaknya itu berusia 2 tahun ke bawah!
Datin Seri Zizie Izette semalam berkongsi sekeping foto bersama 5 orang cahaya matanya serta lima pembantu yang menjaga anaknya. Kata Zizie, foto tersebut mennyebabkan dia terimbau kembali kenangan bersama anak pertama, Jenna semasa si kecil itu masih belum mempunyai adik. Sekelip mata anak-anaknya menjadi seramai itu.
BUKAN MENUNJUK-MENUNJUK, PENGIKUT PUN TAHU
Menurut laporan sebuah akhbar, pelakon ini menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya sengaja untuk menunjuk apabila berkongsi gambar lima orang pembantu rumahnya
Zizie menangkis tohmahan beberapa pemilik akaun Instagram (IG) sebaik dia memuat naik foto berkenaan.
RAMAI BAGI SOKONGAN
“Saya rasa tiada isu di sini kerana pengikut IG atau peminat sudah mengenali atau mengetahui kehidupan saya. Apabila membaca ruangan komen di IG, saya dapati ramai yang memberi sokongan.
“Ada dalam kalangan pengikut berharap mereka meraih rezeki yang sama seperti mana saya dikurniakan. Saya tidak ketinggalan mendoakan dan berharap rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT,” katanya.
KONGSI GAMBAR SUPAYA KEKAL
Menurutnya, dia sering berkongsi perkembangan hidupnya sekeluarga di IG dengan memuat naik foto miliknya.
“Jika foto disimpan dalam telefon bimbit, ia mungkin hilang apabila peralatan itu rosak. Disebabkan itu saya memuat naik di laman sosial kerana ia kekal di situ,” katanya.
Katanya, dia menggunakan khidmat lima pembantu rumah untuk mengendalikan lima anaknya termasuk keluarga.
Menerusi ruangan komen ramai yang memahami apa yang sedang dihadapi aktres ini.
ADAM50 adalah program yang diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama PNB untuk semua bayi warga negara Malaysia yang lahir dalam tempoh dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200. Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir.
Insentif unit amanah RM200 diberikan secara percuma sebagai dana permulaan bayi anda. Bagaima insentif ini diberi? Unit insentif percuma akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan bumiputera setelah proses pendaftaran dibuat di Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”) dan Ejen ASNB.
KURANG SAMBUTAN
Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan bahawa Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditamatkan pada 31 Disember ini berikutan kurang sambutan.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz, berkata berdasarkan maklum balas, hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar bagi program itu.
Beliau berkata, peruntukkan kerajaan RM10 juta untuk program berkenaan juga sudah digunakan sepenuhnya.
PENDAFTARAN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MAC 2019
“ADAM50 akan berakhir tahun ini. Namun pendaftaran bagi menyertai program ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada 2018,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Bhd (ASN) dan prestasi 2018 dan tinjauan 2019 di sini, hari ini.
Bagi ibu bapa yang menimang cahaya mata pada tahun 2018, jangan lepaskan peluang mendaftar bagi program ADAM50 dan daptkan insentif unit amanah RM200 yang diberikan secara percuma sebagai dana permulaan bayi anda.
Kementerian Sumber Manusia akan membawa cadangan penetapan tujuh hari cuti bersalin (paternity leave) bagi suami yang bekerja di sektor swasta ke Kabinet dalam masa terdekat.
Menterinya, M Kulasegaran berkata, pihaknya sudah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk majikan di seluruh negara dan berharap dapat membentangkan usul berkenaan menjelang akhir bulan ini.
Beliau berkata, kementerian memahami sentimen Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dalam isu ini dan akui bukan mudah bagi kementerian mendapatkan persetujuan pemegang taruh berkaitan berhubung cadangan ini.
“Kami sedar penting bagi ibu bapa berada bersama anak mereka pada awal kelahiran dan saya bercadang mengesyorkan kepada Kabinet dengan harapan ia diberi perhatian serius bagi mewujudkan rumusan yang memanfaatkan semua pihak,” katanya.
Terdahulu, WAO menyerahkan petisyen dengan hampir 40,000 tandatangan kepada Kementerian Sumber Manusia, meminta supaya cuti bersalin tujuh hari bagi suami ditetapkan bagi sektor swasta.
Hadir sama pada penyerahan petisyen itu ialah Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Kulasegaran berkata, kementeriannya juga berharap ia menjadi peraturan wajib bagi dipatuhi sektor swasta sekiranya cadangan itu diluluskan sebagai undang-undang.
Menurutnya, memandangkan cadangan cuti bersalin tiga hari bagi suami di sektor swasta pun belum lagi diluluskan sebagai Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen, sudah tentu syor tujuh hari yang mahu dibentangkan kepada Kabinet akan mengambil masa lebih lama untuk dipertimbangkan.
Sementara itu, Yeoh berkata, kementeriannya memberi sokongan padu kepada cadangan itu dan berharap Kementerian Sumber Manusia akan mempercepatkan pembentangannya kepada Kabinet.
Dalam pada itu, Fahmi pula berkata, cuti bersalin tiga hari bagi suami memang tidak mencukupi terutama jika bayi yang lahir mengalami komplikasi seperti menghidap demam kuning atau sebagainya.
“Sebagai bapa dan suami, anda tidak cukup masa untuk menemani anak dan isteri ketika tempoh berpantang. Justeru, saya turut menyokong cuti bersalin tujuh hari bagi suami bekerja di sektor swasta ini,” katanya.
Manakala, Pengarah Eksekutif WAO, Sumitra Visvanathan berkata, petisyen itu bertujuan menggesa kerajaan meneliti cadangan yang diketengahkan secara serius dan berharap dapat dilaksanakan segera.
“Syor cuti bersalin tiga hari bagi suami oleh kerajaan adalah satu langkah yang positif tetapi tidak memadai kerana golongan bapa di sektor swasta juga berhak mendapat cuti tujuh hari, seperti mana sektor awam,” katanya.
Nahas jalan raya, Ayer Keroh, Melaka, dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia. Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas, telah dibenarkan keluar dari hospital.