Rindu seorang anak tiada penghujungnya! Begitulah perasaan yang dirasai seorang anak perempuan ini apabila terpaksa menanggung rindu pada arwah bapa tercinta setelah pergi buat selama-lamanya.
Lagi sedih apabila anak ini tidak mampu berkongsi kejayaan yang dikecapinya bersama arwah bapa seperti rakan-rakan sebaya yang masih ada ayah.
Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok iaitu Ustazah Nurul menunjukkan anak sulungnya, Aisyah sangat teruja untuk menziarahi pusara bapa tercinta sambil membawa beberapa buah piala anugerah kecemerlangan yang diperolehnya.
Menurut Ustazah Nurul, Aisyah mahu berkongsi kegembiraan dan kejayaannya bersama arwah.
Ya Allah, anak dapat anugerah bersemangat nak tunjuk dekat arwah papa. Semoga kuat nak. Dah cakap tak elok bawa masuk sini, anak nak juga tunjuk semua anugerah dekat papa dia. Ya Allah, luluh hati mama.
Lagi sebak apabila melihat Aisyah begitu beriya-iya menceritakan kepada bapanya tentang kejayaan termasuk hadiah-hadiah yang diperoleh seolah-olah seperti bapanya ada di depan.
Ads
@ustazahnurul.k_kyallah mama xtau langsung aisyah nak papa ad wkt aisyah terima anugerah pelajar cemerlang mama minta maaf bawa mu disini sbb ayahmu disinii nak😭😭😭♬ Ayah – Laoneis
Assalamualaikum papa, Aisyah datang ni. Papa Aisyah nak cakap, papa Aisyah ada banyak hadiah. Ada piala, ada beg, buku, pensel. Papa jangan lupa doakan Aisyah ya jadi pandai, jadi bijak, jadi anak yang solehah. Aisyah sayang papa, Aisyah rindu papa.
“Ya Allah masukkan papa ke dalam syurga..”
Dalam perkongsian video lain, kelihatan anak kecil ini turut menitipkan doa buat arwah bapa tercinta. Dalam doa tersebut, Aisyah sempat sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah dan berharap agar arwah papanya ditempatkan di dalam syurga.
Video yang dikongsikan Ustazah Nurul telah mendapat lebih daripada 200k tontonan dan ramai yang menonton video tersebut turut berasa sebak.
Ads
Rata-ratanya memberikan kata-kata semangat kepada Ustazah Nurul dan anaknya supaya terus kuat mengharungi kehidupan mendatang. Bukan itu sahaja, mereka juga menyifatkan Ustazah Nurul sebagai seorang wanita yang cekal kerana mampu membesarkan anak dengan penuh kasih sayang meskipun tanpa suami disisi.
Sementara itu, perkongsian terbaru juga menunjukkan Aisyah memohon maaf pada semua. Sebak pula bila dengar kata-kata Aisyah.
@ustazahnurul.k_kmaafkan aisyah ye smua ramai pula pm marah post cmtu maaf sngt xde niat pon n xtau pon boleh fyp maaf ats kesilapan kami smoga allah permudhkan anda👌
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semuanya bermula dengan aiskrim sebelum berakhir dengan tangisan berpanjangan.
Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman, 41, sukar menahan sebak mengenang permintaan dua anaknya, Nik Nur Faqihah, 11 dan adiknya, Nik Ikram Nuqman, 5, yang mahukan aiskrim dijual di kedai kira-kira dua kilometer (km) dari rumah mereka.
Minta Nak Makan Ayam Selepas Balik
Katanya, dua beradik itu meminta izin daripada isterinya, Nur Baizura Mustaffa, 34, untuk keluar menaiki motosikal bersama abang mereka, Nik Ikram Idwan, 15.
“Nik Faqihah beritahu ibunya ingin makan ayam goreng selepas keluar membeli aiskrim dan isteri saya menyediakan juadah tengah hari seperti dimahukan sementara menunggu mereka pulang.
“Siapa sangka, dalam sekelip mata, mereka pergi dan tidak akan kembali lagi,”
Hilang 3 Anak Sekaligus
Mengakui kehilangan tiga daripada lima anak sekali gus adalah ujian berat untuk dihadapi, Nik Mohd Khairul Hisyam seakan-akan tidak percaya apabila dihubungi isterinya untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.
“Saya tergamam, memang tak percaya tapi selepas isteri hantar gambar kemalangan, apa lagi yang boleh saya lakukan.
“Semua ini memang terlalu berat,” katanya.
Dilanggar MPV
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, tiga beradik itu maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam nahas dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir dekat Kampung Langgar di sini.
Nik Mohd Khairul Hisyam berkata, pemandu MPV itu belum bertemu mereka sekeluarga berhubung kejadian itu.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Ini bukan masanya! Wardina selar tindakan segelintir ibu yang mengatakan kata bertuahnya boleh jaga anak sendiri.
Seluruh negara terkesan dan hiba dengan kejadian yang meragut nyawa Allahyarham Adik Adam Rayqal. Tetapi sikap kurang sensitif para ibu di laman sosial ekoran insiden ini dengan memberikan komen betapa bertuahnya mereka tidak perlu bekerja dan boleh menjaga anak sendiri menarik perhatian Wardina.
Hal ini juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengikut Wardina. Masing-masing memberikan komen seperti berikut;
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
TAK FIKIR PERASAAN ORANG LAIN
BUKAN MASANYA UNTUK BERDEBAT
TAK ADA IBU NAK BERPISAH DENGAN ANAK, BUT THEY HAD TO
TIADA JAMINAN ANAK SELAMAT WALAU DALAM JAGAAN SENDIRI
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.