Ajal dan rezeki anak semua rahsia Allah. Sebagai umatnya, kita harus sentiasa berlapang dada dan menerima takdirNya. Mungkin perit untuk ditelan tetapi andai kita reda, pasti akan ada kemanisan dipenghujungnya nanti.
Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang isteri dikenali sebagai Laila di akaun TikToknya, setelah sekian lama menantikan cahaya mata, Allah berikan khabar gembira tersebut. Namun di sebalik kegembiraan menyambut orang baru, Allah ambil suami buat selamanya.
Ujian ini sungguh berat tatkala diri sedang sarat hamil dan dijangka bersalin pada Mac depan. Selepas menanti 10 tahun dan sedang buat persiapan menyambut orang baru, suami pergi 5 Januari lalu.
@laila_aqila86 Sedih sbb perlu hidup sendiri dgn anak dlm kandungan 😭😭#ilovemyhusband4ever #ttc10years #fyp #ttcbaby1 ♬ original sound – Noktahcinta10
Bayi lelaki bakal lahir pengganti ayahnya..
Menurut Laila menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, menceritakan dia dan suaminya menunggu selama 10 tahun sebelum diberikan rezeki untuk mengandung.
Bagaimanapun, Allah ujinya apabila suaminya pergi buat selama-lamanya tanpa sempat melihat zuriat mereka selepas penantian yang begitu lama.
Tinggalkan mama bersama zuriat yang bakal lahir bulan 3 nanti. Zuriat yang kita nantikan selama 10 tahun.
Kongsi Laila lagi, arwah suami begitu gembira selepas mengetahui dirinya mengandung namun takdir Allah dia terpaksa akur dan reda.
Sempat buat details dan scan zuriat kita dan bayi itu lelaki. Papa gembira sangat tapi papa tak sempat jumpa bayi kita. Ya Allah tabahkanlah hatiku demi zuriat yang bakal lahir nanti. Sedih sebab perlu hidup sendiri dengan anak dalam kandungan.
Difahamkan, Allahyarham dikenali sebagai Mohd Ikram bin Bakri meninggal dunia ketika membantu proses pembersihan pascabanjir.
@laila_aqila86 Al-Fatihah buat suamiku Mohd Ikram bin Bakri @wakgautoparts , perginya saat bertugas🥺#mbsj #bukitlanchong #pascabanjir #ilovemyhusband4ever ♬ Ya Allah – Wali
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih dengan kisah yang dikongsi dan turut menitipkan Al-Fatihah buat Allahyarham suaminya.
Terus kuat demi anak!
Kredit: TikTok Laila
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI