Setiap kali mama memasak antara peralatan memasak yang sering digunakan adalah papan pemotong. Tapi tahukah bahawa papan pemotong yang kita sering gunakan adalah barangan yang paling kotor jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap.
Bila papan pemotong sentiasa dibersihkan barulah makanan untuk anak-anak terjamin bersih dan sihat untuk dimakan kerana peralatan yang digunakan bersih. ia juga dapat mengelakkan anak-anak daripada risiko dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh makanan yang tidak bersih.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ahli kimia, Fatimah Salim menerusi laman Facebook miliknya. Menurut Dr Fatimah, papan pemotong perlu dibersihkan dengan kerap dan betul supaya tidak menjadi sarang kepada beribu jenis kuman.
Dalam perkongsian tersebut juga, Fatimah turut berkongsi cara cepat dan mudah untuk membersihkan papan pemotong yang digunakan di rumah.
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?!Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).
Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.
CARANYA:
• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
• Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
• Dan gunakan seperti biasa.
PERHATIAN:
1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.
3) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.
Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
Gambar dari Google
sumber: Fatimah Salim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI