Kenyataan kontroversi bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 22 September lalu telah mencetuskan kebimbangan besar di seluruh dunia, khususnya dalam kalangan wanita hamil. Trump mendakwa bahawa penggunaan paracetamol semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko anak menghidap autisme. Satu dakwaan yang ternyata tidak disokong bukti saintifik dan segera disangkal oleh pakar perubatan global.
Menurut laporan The Star, Trump dalam ucapannya turut mengatakan bahawa Food and Drug Administration (FDA) akan memberi amaran kepada doktor berhubung perkara itu serta menyarankan wanita hamil untuk “bertahan tanpa ubat”. Namun, dakwaan tersebut dianggap berbahaya kerana boleh menyebabkan ibu hamil mengabaikan rawatan penting yang diperlukan semasa kehamilan.
Paracetamol Masih Selamat Untuk Ibu Hamil
Pakar perubatan menegaskan bahawa paracetamol masih kekal selamat untuk ibu hamil, jika diambil mengikut dos dan tempoh yang disarankan doktor. Ubat ini digunakan untuk meredakan demam dan kesakitan ringan, dan sudah digunakan selama beberapa dekad tanpa bukti menunjukkan kaitan langsung dengan autisme.
Kanak-kanak autistik menyusun barisan kereta mainan untuk mencipta ketenangan dan keteraturan dalam dunianya.
Menurut pakar obstetrik dan ginekologi, demam yang tidak dirawat semasa hamil boleh membawa risiko lebih besar seperti keguguran, kecacatan pada janin atau masalah jantung bayi. Dalam situasi ini, menahan diri daripada mengambil ubat boleh memudaratkan ibu dan bayi.
Ubat alternatif seperti kumpulan NSAIDs (contohnya ibuprofen, diclofenac dan naproxen) tidak digalakkan untuk ibu hamil, terutama selepas minggu ke-20 kehamilan kerana boleh menyebabkan masalah buah pinggang pada janin serta menjejaskan salur darah penting dalam rahim.
Ads
Kajian Saintifik Besar Menolak Dakwaan Trump
Hasil kajian besar dari Sweden yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association (JAMA) pada April 2024, melibatkan 2.48 juta kanak-kanak, membuktikan bahawa tiada kaitan antara pengambilan paracetamol semasa kehamilan dengan autisme, ADHD atau kecacatan intelektual.
Trump mendakwa bahawa penggunaan paracetamol semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko anak menghidap autisme
Kajian itu juga menggunakan kaedah perbandingan antara adik-beradik, satu pendekatan saintifik terbaik untuk mengawal faktor genetik dan persekitaran keluarga. Penulis kajian menyimpulkan bahawa penggunaan paracetamol semasa kehamilan tidak menambah risiko autisme apabila faktor keluarga diambil kira.
Sebaliknya, kajian yang dijadikan sandaran oleh Trump dikritik hebat oleh komuniti saintifik kerana bergantung pada laporan kendiri, tidak menyatakan dos dengan tepat dan gagal mengawal pemboleh ubah penting yang boleh mengelirukan hasil kajian.
Ads
Pakar Dunia Sepakat Tolak Dakwaan
Antara organisasi perubatan yang tampil menolak kenyataan Trump termasuk:
American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG): Paracetamol kekal ubat utama untuk wanita hamil jika digunakan pada dos rendah dan tempoh singkat.
Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG): Tiada pautan sahih antara paracetamol dan autisme berdasarkan laporan WHO serta agensi kesihatan Eropah.
Royal Australasian College of Obstetricians and Gynaecologists (RANZCOG): Menyifatkan kenyataan Trump sebagai “tidak berasas dan berbahaya.”
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO): Menegaskan tiada bukti konsisten menunjukkan hubungan antara penggunaan paracetamol dan gangguan neuro.
Di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan turut mengesahkan bahawa paracetamol masih dianggap ubat paling selamat untuk ibu hamil jika digunakan dengan betul.
Ads
Autisme Bukan Disebabkan Ubat
Pakar menjelaskan bahawa punca sebenar autisme sangat kompleks dan melibatkan faktor genetik, biologi serta persekitaran dan bukan semata-mata disebabkan ubat-ubatan.
Ramai pakar turut menegaskan bahawa Trump telah mengelirukan orang ramai dengan gagal membezakan antara association (hubungan) dan causation (punca sebenar). Dua perkara boleh berlaku serentak, tetapi tidak semestinya satu menjadi punca kepada yang lain.
Nasihat Untuk Ibu Hamil
✅ Jangan mengambil atau menghentikan ubat tanpa nasihat doktor.
✅ Beritahu doktor jika anda sedang atau merancang kehamilan.
✅ Gunakan ubat hanya apabila perlu dan ikut dos yang disarankan.
✅ Jangan abaikan rawatan, kerana penyakit yang tidak dirawat boleh membahayakan ibu dan bayi.
✨ Pesanan Pa&Ma
Ibu hamil tidak perlu panik dengan kenyataan sensasi yang tular di media sosial. Paracetamol masih selamat digunakan jika diambil dengan betul dan atas nasihat doktor. Yang penting, kekal tenang, jaga kesihatan dan rujuklah sumber perubatan yang sahih bukan kata orang, tapi kata pakar.
Penyanyi, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis binti Mat Zara’ai meluahkan keinginan untuk menjadi ibu sama seperti orang lain setelah di tanya tentang anak.
Tambahnya lagi, dia dan suami, Adam Sinclair tidak pernah merancang namun masih belum dikurniakan rezeki anak.
“Kami tidak pernah merancang, cuma masih belum ada rezeki. Saya juga teringin nak jadi ibu.
“Dua wanita yang memberi inspirasi saya untuk menjadi ibu terbaik adalah ibu saya dan kakak ipar, Aishah Sinclair.
“Saya seronok melihat cara Aishah mendidik anak-anaknya yang bijak dan comel. Disebabkan itu, saya mahu menjadi ibu sepertinya,” ujar Yuna.
“Peminat juga saya lihat ramai yang turut mendoakan kami dan saya berterima kasih serta teruslah berdoa untuk kami.
“Apa-apa pun kami (dia dan suami) mahu bergembira dahulu sebelum membawa seseorang ke dunia ini.
“Saya tak terlalu berfikir sangat dan kalau orang tanya pun tak tersinggung kerana sebagai artis saya dah biasa ditanya soal peribadi.
“Bila orang tanya, saya selalu jawab kalau ada, ada la dan minta doakan. Tak terasa apa pun bila orang bertanya kerana saya ambil itu sebagai doa,” ujarnya.
Yuna yang menetap selama 12 tahun di Amerika Syarikat itu kini berada di Malaysia sempena sambutan Syawal yang lalu sekali gus mempromosikan single terbaharu berbahasa Melayu berjudul Menanti.
“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Kang anak yang dikandung tu jadi gelap, macam kicap tu gak ! “ – ujar makcik Rosnah kepada anaknya yang baru disahkan oleh doktor hamil dalam 4 bulan.
“Ko jangan degil dengar cakap mak. Keluarga kita semua putih putih cerah-cerah. Anak kakak ko si Betty tu, tengok anak dia dah itam legam, betty degil tak nak dengar cakap mak dulu. Budak-budak sekarang ni bukan boleh ditegur sikit. Cakap kita kolot la ape lah. Padahal aku yang makan garam dulu dari korang tau” – tambah makcik Rosnah bila anak yang dileteri itu mencebikkan muka bila ditegah makan kicap.
Masalahnya, benar ke makan kicap, anak yang dikandung tu boleh jadi gelap macam kicap tu? Tapi digalakkan pula ibu mengandung ni minum soya banyak-banyak katanya anak boleh jadi putih ikut soya tu.
Dia lupa ke yang kicap tu asalnya dari kacang soya sendiri? Pening
Ok menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak beliau berkongsikan mengenai perkara ini. Adakah fakta atau auta.
Warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan.
Molekul yang sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul makanan yang tercerna tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit bayi.
Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan sebatian ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan kulit je sangat putih, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan sebatian melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka dikatakan penghidap penyakit Albino
So jelas sebenarnya permakanan tak mempengaruhi warna kulit bayi. Tapi sebenarnya bergantung pada perwarisan genetik – iaitu warna kulit mak atau ayah bayi tu sendiri.
Penyelesaiannya mudah saja, kalau nak sangat baby putih melepak, kenalah kawin dengan mat salleh yang putih melepak.
Pengacara versatil, Jihan Muse memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua. Usia kandungannya sudah lebih enam bulan dan dijangka bersalin pada September depan.
Meluahkan rasa syukur, Jihan, 38, akui dia juga kini lebih menghargai kehidupan selepas disahkan positif Covid-19 hujung Januari lalu.
Jihan berkata demikian ketika sidang media Anugerah MeleTop Era 2021 (AME2021) di Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
“Allah nak uji ketika usia kandungan lebih sebulan, saya disahkan positif Covid-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangir selama 10 hari.
“Saya dapat tahu positif virus berkenaan sejurus melakukan ujian saringan sebagai persiapan mengacarakan AME2021 yang sepatutnya berlangsung pada 30 Januari lalu sebelum ia ditangguhkan,” katanya.
Tidak mengalami simptom teruk
Jihan bagaimanapun syukur dan lega apabila dia tidak mengalami situasi sukar sepanjang berada di hospital.
“Saya bersyukur sebab ketika fasa tersebut, simptom tidaklah teruk. Mungkin kerana sudah lengkap vaksin. Cuma saya ada alami batuk. Syukur juga, demam pun tidaklah teruk,” katanya.
Tak kisah soal jantina bayi
Ditanya reaksi suaminya yang juga pelakon, Ungku Hariz, Jihan akui mereka tidak pernah putus doa untuk memiliki cahaya mata kedua.
“Saya gembira, begitu juga dengan suami. Sebab memang sudah lama berhasrat untuk ada rezeki zuriat lagi sebenarnya. Anak sulung pun dah masuk empat tahun.
“Saya dapat tahu hamil pun pada minggu-minggu akhir Gegar Vaaganza 8 (GV 8). Soal jantina saya tak kisah, asalkan bayi dalam keadaan sihat dan baik sudah memadai,” katanya lagi.
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musaa berkahwin dengan Ungku Hariz pada 2016.
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Kisah mengharukan bayi tersangkut pokok selepas banjir di Palembayan menggemparkan Indonesia apabila bayi tiga bulan ditemui hidup sebagai satu-satunya yang terselamat. Sebuah keajaiban yang membangkitkan harapan komuniti.