Selepas bergelar ibu, pelakon Datin Intan Najuwa mengakui dirinya semakin paranoid dalam segala hal yang melibatkan keselamatan anaknya.
Ibu cantik manis ini turut meluahkan rasa bimbang untuk membawa anaknya melancong terutama ke luar negara. Malah kata Intan lagi dia sehingga ‘anxiety’ kerana terlalu memikirkan banyak perkara melibatkan anaknya, Imane Lunara.
Menerusi perkongsiannya di Threads, Intan bimbang dari segi penjagaan anak sama ada untuk berjalan menaiki kereta atau pun pengangkutan udara.
“My anxiety level nak travel dengan anak. Baik naik kereta, naik flight, semua I paranoid ye.
Sementara itu, Intan berkata suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman sentiasa memintanya untuk lebih tenang dalam apa jua keadaan.
Ads
“Sampai suami aku suruh tenang sikit. Beginilah jadi mak mak eh.
“Mungkin saya patut bertenang sedikit dan nikmati perjalanan dan tidak terlalu memikirkan banyak perkara,” katanya.
Ads
Intan sebelum ini turut mendedahkan dia tidak pulang ke kampung untuk berhari raya tahun ini kerana tidak mahu anaknya, Imane Lunara tertekan kerana kesesakan lalu lintas yang teruk.
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga bersama usahawan berjaya, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Imane Lunara yang kini berusia hampir tujuh bulan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin hebat teknologi, banyak pula kes jenayah yang berleluasa berlaku. Salah satunya adalah sindiket penipuan serta kecurian wang simpanan dalam bank. dengan mudah, tanpa perlu bertemu pun tahu-tahu duit simpanan kita boleh dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dan peka akan kes seperti ini. Artikel penuh diambil dari SINAR HARIAN.
Polis meminta orang ramai supaya waspada dengan taktik sindiket penipuan melibatkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun dua seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memantau berhubung perkara terbabit.
“Setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung kes berkenaan tetapi polis berharap dengan adanya amaran awal menerusi media cetak dan media elektronik, ia berupaya mencegah kejadian sebegini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Selepas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun dua KWSP sehingga 30 April bagi pengeluaran bermula Mei, difahamkan wujudnya sindiket yang menghantar mesej, panggilan telefon serta mencipta laman sesawang palsu.
Mohd Zakaria berkata, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati.
“Masyarakat perlu berhati-hati dan tidak berurusan dengan individu yang mewakili kelompok atau persatuan. Jangan beri sebarang data yang boleh dimanipulasi oleh penipu (scammer).
“Kita sedang kesan perkara ini menerusi polis bahagian Jenayah Siber dan Multimedia daripada mana puncanya dan ambil tindakan tegas supaya rakyat tidak dimanipulasi,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Izara Aishah berkongsi kisah perbezaan dua karakter berbeza anaknya malah tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, Izara berkata, dia merancang untuk memiliki anak ketiga dalam masa dua tahun lagi kerana merasakan ia Waktu paling sesuai untuknya menambah zuriat memandangkan anak keduanya baru berusia 10 bulan.
“Lagi dua tahun, Insya-Allah tengok macam mana sebab saya ada suami dan keluarga yang sangat menyokong. Itu yang menyenangkan saya,” kongsinya.
Berkongsi tentang karenah dua anak-anaknya tambah Izara, anak pertama dan anak keduanya masing-masing mempunyai karakter yang berbeza.
“Sangat rapat. Irisa tak cemburu langsung dan sangat protective dengan adik dia.
“Nombor satu sensitif sangat-sangat dan lembut, yang kedua buas betul,” kongsinya.
Tambahnya lagi, dia sendiri pada awalnya mengambil masa untuk cuba menyesuaikan diri dengan sikap berbeza dua anaknya.
“Lain sangat dua-dua. Saya nak menyesuaikan diri tu terkejut sekejap.
“Yang ikut Izara rasanya nombor dua, nombor satu ikut bapa,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 4, dan Amara Amina yang kini berusia 10 bulan.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.
Dalam kenyataan, KPM berkata, Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan bermula 2, 3, 4 dan 5 Disember, manakala Ujian Amali Sains pula bermula dari 9,10 dan 12 Disember ini.
KPM Umum Tarikh Sebenar SPM 2024, 2 Disember Ujian Bertutur Bahasa Melayu Bermula
“Ujian Bertutur Bahasa Inggeris akan bermula 16,17,18, dan 19 Disember; Ujian Mendengar Bahasa Melayu (31 Disember) dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (31 Disember).
“Ia akan disusuli Peperiksaan Bertulis yang akan berlangsung pada 2 Januari hingga 6 Februari 2025,” kata kenyataan itu, hari ini.
Seramai 402,956 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di 3,337 buah pusat peperiksaan seluruh negara.
Manakala 126,636 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu.
KPM mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang SPM 2024 berlangsung.
“Jadual waktu SPM 2024 boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan lp.moe.gov.my.
“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.
“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM 2024,” maklum kenyataan itu.
Dalam pada itu, KPM turut memandang serius berhubung keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang SPM.
Kata mereka, pihaknya sentiasa siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain yang berkaitan.
“Calon dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana.
“Calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN di seluruh negara,” ujar kenyataan tersebut.
Akhir sekali, KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan SPM 2024 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
Pihaknya mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera.
Sayu luahan hati isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di...