Paris Hilton ‘mempamerkan’ wajah anak keduanya yang diberi nama London Marilyn Hilton Reum hanya selepas lima bulan anak itu dilahirkan. Hilton, 43, memuat naik foto memangku bayi perempuan yang dilahirkan menggunakan kaedah ibu tumpang pada November tahun lalu itu dalam Instagram baru-baru ini.
Paris turut mengakui sudah lama berhasrat untuk memberi nama London sekiranya dikurniakan seorang anak perempuan.
“Saya selalu mengimpikan memiliki seorang puteri bernama London sebelum ini.
Ads
“Sangat bersyukur dengan kelahirannya dan saya akan menghargai setiap momen bersamanya.
“Phoenix (anak sulung) dan London telah menghadiahkan rasa cinta terindah dalam hidup saya,” katanya yang mengahwini Carter Reum sejak 2021.
Paris juga telah melancarkan sebuah lagu baharu bersama penyanyi dan komposer tekenal, Sia kerana terinspirasi dengan fasa bergelar seorang ibu. Lagu yang diberi judul Fame Won’t Love itu disifatkan sebagai sebuah lagu yang sangat peribadi baginya.
“Lagu ini bertindak sebagai satu peringatan tentang ikatan dan perasaan yang ada kepada anak, suami dan keluarga saya. Ia lebih berharga mengatasi segala-galanya di dunia.
“Lagu ini menjadi sebuah lagu rasmi yang memperkasakan anda untuk memegang hubungan suci anda dekat di hati sama ada dengan kelaurga, sahabat dan juga diri sendiri.”
Untuk info, sebelum London, Paris terlebih dahulu memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Pheonix Barron Hilton-Reum yang dilahirkan pada Januari 2023 dan kini berusia 15 bulan.
London berkongsi tahun kelahiran yang sama dengan Pheonix dan beza usia mereka hanyalah 10 bulan. Sama seperti Pheonix, Paris turut menggunakan khidmat ibu tumpang untuk anak keduanya atas faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak beberapa hari sahaja lagi, pasti ada di antara kita yang sudah pun mempersiapkan segala simpanan makanan di dalam peti sejuk. Cili misalnya pasti sudah dibeli dan disimpan lebih awal.
Pun begitu cili padi yang disimpan biasanya tidak kekal segar malah adakalanya lembik dan tidak tahan lama. Bagaimana hendak menyimpan cili ini lebih lama?
Perkongsian tip dari pengguna Tik Tok, @awangdapur ini anda boleh cuba. Jom ikuti perkongsiannya. Lebih mudah dan tahan lama.
1. Cabut tangkai/batang cili.
2. Setelah cabut tangkai, basuh semua cili sehingga bersih dan keringkan.
3. Kemudian, ambil bekas dan lapikkan dengan tisu kering.
4. Masukkan cili yang sudah dibuang tangkai dan beberapa ulas bawang putih yang sudah dibuang kulit.
5. Tutup bekas dan simpan di dalam peti ais.
Fungsi bawang putih boleh membuatkan cili tahan lebih lama di dalam peti ais. Berminggu-minggu simpan pun tetap masih elok.
Cikgu Fadli Salleh sememangnya terkenal banyak berkongsi di laman facebook miliknya kisah pengalamannya bertugas sebagai guru di salah sebuah sekolah rendah di Lembah Klang.
Pelbagai kisah lucu gelagat anak muridnya dalam kalangan darjah seringkali membuatkan warga maya yang kebanyakan ibu bapa terhibur dan dapat ‘relate’ dengan situasi tersebut.
Tidak kurang juga sikap prihatin Cikgu Fadli terhadap segelintir anak murid sekolahnya yang kurang bernasib baik. Menggunakan pengaruh dirinya di media sosial, beliau seringkali berjaya mendapatkan bantuan daripada para pengikutnya yang turut ikhlas membantu.
Kali ini Cikgu FadliSalleh berkongsi tulisan yang diharap dapat membuatkan para ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah rendah sama-sama ‘buka mata’ dan ‘alert’ dengan tingkah laku anak masing-masing
Maklumlah anak-anak kita ni kadangkala di rumah pijak semut tak mati tapi di sekolah lain pula perangainya.
Masalah Anak Selalu Buat Di Sekolah Rendah
Aku nak dedahkan pada ibu bapa masalah yang sering anak kalian buat di sekolah dan ramai ibu bapa tak tahu hal ini.
1. Minta duit kawan.
Masalah ini berlaku saban hari di sekolah melibatkan murid tahun 1-6. Banyak aduan diterima setiap hari, dan sebenarnya lebih banyak aduan disembunyi.
Ibu bapa tolonglah. Tolong didik anak-anak di rumah agar tidak minta duit kawan meskipun duit dia dah habis. Suruh jumpa guru kelas atau guru bertugas.
Masalah ini paling sukar aku hadapi. Dah pesan banyak kali pada murid, jangan beri pinjam duit. Lapor pada cikgu jika ada murid lain minta duit.
Laporan tak ada. Tup-tup mak ayah mesej mengadu duit anak dia selalu kena minta.
Bila panggil anak dia tanya kenapa beri sedangkan cikgu dah pesan, jawab si anak selamba,
“Jika tak beri dia tak nak kawan.”
Letih main dengan isu budak minta duit ni. Ada yang terkumpul lebih RM30 pun ada. Sehari minta seringgit atau dua.
Akhirnya aku terpaksa hubungi ibu bapa maklumkan hal ini. Terkejut ibu bapa sikap anak sendiri suka minta duit kawan. Padahal mereka dah bagi belanja lebih dari cukup. Ada yang beri duit belanja RM5 sehari pun masih minta duit kawan.
Lebih seram, ibu bapa tak terima aduan guru. Kata kawan anaknya reka cerita dan anak dia baik sangat. Lepas tu ubah topik cerita anak dia selalu kena ambil barang dengan orang lain. Kena tolak, kena pukul dan sebagainya. Aduh!
2. Selalu tinggal barang.
Cikgu-cikgu kelas terutama tahun satu sangat maklum hal ini. Setiap hari sebakul pensel dikutip. Setiap hari sebakul pemadam, pensel warna, pembaris di tinggalkan.
Kat kantin, kat kelas, banyak botol air tidak dituntut.
Masalah tinggal barang sahaja tahan lagi. Pulang rumah dia cerita kawan dia yang curi. Kawan dia yang ambil. Padahal dia tak nak kena marah dengan ayah ibu. Hat ni masalah besar.
Maka ibu bapa hubungi guru bercerita barang anak dia selalu dicuri oleh Polan bin Polan.
Dah cikgu kena jadi penyiasat pula siasat dakwaan kes. Bila cikgu panggil murid yang dituduh itu, murid ini pulang cerita kat mak ayah dia cikgu tuduh dia mencuri.
Padahal baru siasat dan bertanya betul ke ada ambil barang kawan tu.
Penudahnya mak ayah serang cikgu pula. Aduh lagi.
3. Suka ambil barang orang.
Hat ni memang ada. Barang orang suka sangat padahal barang dia lagi mahal dan banyak. Pantang kawan pusing belakang, barang atas meja terus hilang.
Pernah terjadi, seorang murid bawa pulang buku teks kawan dia. Bukan sebiji. 3 biji buku teks yang sama dia ambil. Nak buat apa entah.
Bekas pensel dia semua penuh dengan ‘harta rampasan perang’.
Jenis suka minum dan makan bekal kawan pun ada juga. Tanpa minta masalahnya. Tengok kawan bawa air sedap, kawan tu ke tandas, separuh dia balun. Kawan tu ralit buat kerja, separuh lagi dia minum.
Last-last tinggal tujuh titik je air Ribena kawan tu. Tu pun bercampur air liur tinggalan ‘pembalun’ lima titik.
Jadi ibu bapa, dengarlah nasihat aku guru tahun satu ini.
Walau kalian bagi duit belanja kat anak-anak, walau anak kalian baik yang amat kat rumah, kena pesan hari-hari,
“Jangan minta duit kawan!”
Walau berkodi-kodi alat tulis kalian sediakan, kena selalu check beg anak-anak. Jumpa barang yang bukan milik dia, terus suruh dia pulangkan esok hari.
Walau dia kata kawan yang beri!
Kalau anak balik cerita barang dia kawan ambil, jangan terus percaya. Kemungkinan besar dia sendiri yang tinggal barang itu. Atau barang jatuh dia tak kutip.
Cukuplah tiga benda dulu aku kongsi pagi ini. Kalau ikutkan banyak lagi ni. Lain kali la pula aku cerita..
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya beberapa bulan yang lalu, siapa menyangka usahawan berjaya, Datin Rita Sosilawati pernah mengalami keguguran
sebelum anak kelimanya lahir.
Kongsi Datin Rita lagi, kini baru dia tahu bagaimana rasanya perasaan kehilangan anak di dalam kandungan. Saat yang paling sukar buat dirinya ketika itu.
Menerusi perkongsiannya bersama Pa&Ma, Datin Rita berkongsi cerita.
“Sebelum lahirnya anak kelima ini saya pernah mengalami keguguran. Sebenarnya saya tak pernah terbayang saya akan alami keguguran. Selama ini bila dengar orang gugur kita cuma bagi kata-kata semangat saja tapi bila kita alami sendiri, baru saya tahu perasaannya.
Saya rasa sendiri dia masih ada dalam perut saya, walaupun sebenarnya memang dah tak ada. Saya memang down.
Baru saya tahu macam ni rasanya ibu yang alami keguguran. Masa itu saya pilih untuk go natural dan tunggu dia keluar sendiri.
Masa itu saya dah tahu dia memang dah tak ada dah tapi sebabkan dia masih dalam perut, saya rasa dia masih ada. Memang saya sedih sangat waktu itu.
Waktu itu suami saya pujuk. Walaupun dah berapa kali beranak pun bila dah tahu mengandung mesti kita paling gembira dan bersyukur. Bila dah tahu tak ada, memang saya menangis.
Setiap pagi mesti menangis. Kita nak dia ada tapi memang dah tak ada. Tapi bila dah keluarkan semua, perlahan-lahan saya ambil masa untuk redaka emosi saya.
Bukan mudah nak bangun balik dan saya tak sangka rezeki datang dengan cepatnya untuk mengandung lagi.
“Saya tak dapat gambarkan dengan kata-kata waktu itu, memang tak mudah. Suami memang sangat mainkan peranan penting untuk bagi kata semangat,” luahnya lagi.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...