Parut pembedahan pada badan ibu adalah kenangan yang & lambang kasih sayang. Shakilla Khoriri yang baru melahirkan cahaya mata tekad mahu turunkan berat dan bersenam selepas habis tempoh pantang.
Shakilla yang melahirkan cahaya mata pertamanya, Ameena Sofia pada 14 March 2019 lalu berkongsi tentang perkembangan terkini dirinya. Shakilla berkongsi fotonya bersama Ameena yang dirakamkan oleh suami, Fizi Ali dan menceritakan tentang keadaan diri selepas melahirkan.
Pagi tadi minta Fizi ambil kan gambar Ameena dengan i.
Saja buat kenang-kenangan masa besarkan Ameena dengan keadaan badan yang banyak rosak sana sini yang kena repair.
Satu hari nanti mesti akan jadi kenangan atau COP second hand sebab dah pernah jadi isteri dan pernah beranak.
Tak boleh tipu.
Tanda dia akan ada dan sentiasa ada pada badan seorang EMAK walaupun kau pi buat apa2 treatment kecuali kau bedah dan leser satu badan lah tapi still akan tahu yang kita second hand. ???
Malu ?Buat apa nak malu.
Kalau nak malu, emak2 kita pun malu lah lahirkan kita? ?
Eh tipu lah tak strees dari berat 49kg sampai ke 73kg and now 63kg ,
Tipu sangat tak stress.
Tapi i OK je.
Tapi takde lah ok sangat.
Tapi OK je lah.
Mommys cuma share macam mana lose weight lepas beranak dengan i.
Tapi janji jangan share pasal product kurus !
Share pengalaman kurus dengan cara lain you buat selain ubat kurus !