Menjaga anak bukan hanya tanggungjawab isteri malah sebenarnya menjadi tanggungjawab bersama suami dan isteri. Namun ada sesetengah pasangan meletakkan tugas menjaga anak di bahu isteri semata-mata.
Semuanya tentang anak, isteri uruskan. Dari mula lahir, sampailah anak tu dah besar panjang, semua hal terletak atas bahu isteri. Kemudian, tiba-tiba pula si suami cakap,
“Hahhh! Itulah anak tu ikut je perangai awak.”
Isteri sudah penat-penat buat sendirian, yang suami nampak perangai anak jadi kurang cerdik, nakal, memberontak dan macam kurang kasih sayang.
Terus ditudingnya jari ke isterinya sahaja.
Anak cucu dan para suami di luar sana,
Kena ingat satu hal ini. Satu jari yang kamu tuding ke isteri, ada 4 jari menuju ke arah kamu.
Ads
Maka, para suami yang bergelar bapa, kena muhasabah diri. Kena ingat bahawa anak itu tanggungjawab bersama. Jangan biar isteri urus seorang diri.
Sebenarnya, peranan ayah itu sama besar dengan seorang ibu. Dan dalam pengurusan anak perlu bergilir-gilir.
Kena selalu tukar pampers anak. Kena selalu mandikan anak. Kena selalu didik anak mengaji. Kena selalu bantu anak siapkan kerja sekolah.
Dan banyak lagi.
Semuanya kena buat silih berganti dan juga bersama-sama isteri. Anak akan lebih cemerlang, hebat sahsiah dan jati dirinya jika kedua-dua ibu bapanya ambil perhatian sepenuhnya padanya.
Ads
Memang benar, para suami sibuk cari rezeki. Dengan penat keluar bekerja dan balik pula ada yang sampai lewat malam.
Cuma kita perlu ingat, dari segi fizikal, Allah kurniakan kita para lelaki ini kekuatannya berganda. Maka gunakan baki tenaga itu juga untuk bantu isteri dan tetap fokus membesarkan anak.
Serapat mana ibu dan anak-anak, tetap juga mereka inginkan sentuhan dan didikan teristimewa dari insan yang mereka gelarkan ayah.
Moga pesan ini sampai kepada mereka yang bergelar ketua keluarga.
Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida telah berkongsi petua merawat anak selesema dan hidung tersumbat menggunakan tiga bahan mudah sahaja. Datin Shahida merawat Ameena, anak angkat beliau yang berusia 1 tahun 3 bulan yang selesema dengan menggunakan petua tersebut.
Beliau telah memuatnaik video di laman instagramnya tentang bagaimana cara untuk merawat selesema Ameena. Video tersebut telah mendapat tontonan hampir 400,000 ribu. Ikuti perkongsian penuh daripada beliau.
Jangan ada pula cakap saya dera pilih kasih dah la bila tengok video ni ya. Saya nak share je petua rawat anak selsema dan hidung tersumbat. Maklum la fanatik-fanatik meena n qayyum ni bukan bolehna nti ada je yang tak kena.
Anak-anak saya yang lain waktu kecik pun saya buat gini cuma dulu tak buat video je, cara dia mudah je:
1. Bawang putih bakar 2. vicks 3. air panas
Campurkan ketiga-ketiga dan suruh anak-anak hidu (bau dia busuk sikit dan memang berangin) biasanya dia akan bantu cairkan hingus je. Ni petua saya, Alhamdulillah menjadi. Terpulang nak ikut atau tidak.
Ada netizen yang bersetuju dengan petua tersebut, malah ada juga netizen yang memberikan nasihat supaya merujuk pakar kesihatan jika melibatkan kesihatan anak-anak.
Lebih elok pakai vicks untuk kanak-kanak sebab dia tak pedihkan mata, lagi shooting
Kena tukar bahan di caption takut ada netizen tertukar & masih guna vicks biasa untuk kanak-kanak
Saya pun guna kaedah yang sama datin untuk anak-anak saya, Alhamdulillah
Sama lah, ayah buat macam tu masa kecil-kecil
Ya betul.. saya selalu ikut cara bapak saya ajar, mujarab
Petua ni memang betul mujarab
Saya pun amalkan macam ni juga
Setiap manusia ada tahap penerimaan terhadap ubat & produk yang berbeza.
Sebagai ibu, kita tak lari dari rasa ingin kelihatan ‘perfect’. Namun sebenarnya ‘perfectionist’ dalam tak sedar boleh menyebabkan kita terasa penat dan lelah.
Tak salah untuk sekali-sekala kita katakan ‘it’s okay’ kepada diri sendiri. Bagaimana nak rasa tenang dalam menjalankan tanggungjawab seharian? Ikuti perkongsian daripada penulis keibubapaan ini.
Jangan la perfectionist sangat ye!
1 – Tak apa anak suka buat sepah sepah rumah, itu tandanya dia aktif dan sihat. Ini la peluang nak didik budaya mengemas, lepas buat sepah ajak anak kemas sekali.
2 – Tak apa anak makan tertumpah tumpah, jangan marah selalu sangat, patut kita puji dia dan galakkan lagi dia berdikari begitu. Boleh makan sendiri tu tanda dia dah pandai berdikari tau.
3 – Tak apa anak lasak lasak sedikit, usah jerit atau tengking suruh dia duduk diam. Layankan sahaja sebab anak yang sentiasa aktif ni bagus untuk tumbesaran otak dia. Bakal ada growth mindset nanti tu.
4 – Tak apa anak tak mahu ikut arahan, jangan cepat tersinggung. Nak jadi ibu ayah hati tak boleh tisu, kena kental. Anak yang susah ikut arahan ni selalunya ada Strong Will, rahsia orang berjaya tu tau.
5 – Tak apa anak lambat sikit belajar, usah stress sangat. Proses tarbiah memang akan makan masa sikit, sebab tarbiah yang berkesan menusuk ke dalam hati dan jiwa bukan setakat lekat di akal je.
Jangan biarkan sikap nak perfect kita tu buat kita jadi keras hati dan buta hati dalam mendidik anak anak.
Serius. Kalau sikap nak perfect ni hilang comfirm kita akan jadi susah nak stress, susah nak marah marah dan susah giler nak menjerit.
Setiap orang ada masa silam mereka yang tersendiri, yang baik dijadikan panduan dan yang kurang baik jadikan pengajaran. Menjadi seorang ibu dan juga ayah membuka mata untuk mensyukuri sebuah nikmat teragung untuk diri kita.
Setiap apa yang kita peroleh dari Dia adalah rezeki untuk kita. Itulah yang dikongsikan oleh pelakon Shakilla Khoriri, baginya anak adalah anugerah yang tidak pernah terjangka untuknya.
Meskipun Tuhan menarik rezeki yang lain darinya, namun Dia telah menggantikan rezeki yang lebih baik, iaitu suami dan anak kesayangannya Ameena Sofia. Tambahnya, meskipun dia mengambil masa lama berehat dari lakonan, namun rezekinya sentiasa ada dan tidak putus.
Dalam perkongsiannya juga, dia bercerita kerana rasa sayang yang mendalam terhadap anaknya sehingga takut untuk melihat anaknya membesar kerana perasaan takut tidak mampu membesarkannya dengan baik. Namun baginya, cukuplah hanya percaya Allah ada untuk melindung dan membantu kita mendidik dan membesarkan anak-anak dengan sebaiknya.
BETUL KATA ORANG,ANAK ITU NYAWA ☘️ . . Gift yang aku tak pernah jangka. Sebab perjalanan hidup aku tak berapa baik sebelum ni. Dugaan demi dugaan. Jadi impian ada anak tu paling aku tak fikir. Tak pernah terlintas bagaimana rasanya. . Mungkin Allah tarik satu rezeki pada aku tapi dia ganti dengan rezeki sekarang. Ada suami dan anak. Dan ada rezeki yang entah mana datangnya walaupun aku break shooting agak lama. Sampai ada yang kata aku dah stop berlakon apa semua. Hmmm..No…and NEVER ! . Setiap hari bila aku tengok muka budak ni aku rasa takut,sedih, kadang rasa tidur tu tak nak bangun sebab tak nak anak ni membesar. Takut sebab terlalu fikir macam mana aku nak besarkan ‘gift’ ni sebaiknya. Macam mana aku nak didik anak ni dengan pendidikan yang bagus sedangkan aku bodoh. Tapi , aku percaya Allah sentiasa ada untuk lindung dan bantu aku. Semoga Kita semua kuat mendidik dan membesarkan anak2 dengan sebaiknya. Anak, anugerah dan hadiah yang paling istimewa untuk AKU , si pendosa ?
Menjadi tugas ibu ayah untuk mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna. Di sini ada beberapa tip yang boleh diaplikasikan:-
1.Doa
Doa kebahagiaan rumahtangga dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Doa yang patut kita amalkan daripada Al-Quran iaitu Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud “Ya Allah kurniakan kepada kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati dan didiklah kami menjadi pemimpin kepada orang mukmin
2.Beri jawapan segera
Beri perhatian kepada anak jika anak bertanya kepada anda. Jangan pula sehingga anak bertanya atau panggil nama anda berulang kali. Seeloknya terus berikan jawapan setelah anak bertanya. “Ye sayang, apa dia. Mama dengar ni…”
SESUNGGUHNYA ANAK-ANAK YANG NAKAL ADALAH ANAK YANG KURANG DIBERI PERHATIAN DARIPADA IBU BAPANYA.
3.Teguran berulang kali
Namun jika kesalahan yang dilakukannya, anda harus menyampaikan mesej kepada anak-anak bahawa anda tidak suka sikapnya. Lakukan dengan cara teguran secara tegas. Beritahu kepada anak secara berulang kali ‘ tak suka’, ‘tak suka’. Contohnya, “Jangan tendang kucing, Allah tak suka, Allah tak suka. Manusia pun tak suka. Sakit kucing tu.” Tegur anak kecil dengan menggunakan pendekataan perasaan supaya mudah mereka faham.Buat baik diberi pujian dan sebaliknya akan dimarahi.
4.Pujian dan pelukan
Jika anak-anak melakukan kebaikkan berilah pujian dan pelukkan. Misalnya membantu anda membasuh pinggan. Berilah pujian berulang kali supaya anak berasa seronok atas kebaikkan yang dilakukannya. Juga peluk anak sebelum pergi sekolah atau bangun pagi supaya kasih sayang semakin menebal dalam diri anak-anak.
5.Hukuman
Sememangnya semua ibu bapa sayang kepada anak-anak. Namun ini tidak bermakna anak yang bersalah atau nakal tidak boleh dikenakan hukuman. Namun hukuman seperti pukul bukan sehingga boleh mencedera atau melukakannya. Adab memberi hukuman antaranya ialah pukul atau rotan di tapak tangan anda secara perlahan dan mesti dalam keadaan serius untuk menunjukkan ketegasan anda terhadap kesalahan yang dilakukannya. Katakan kepadanya, “Mama tak marah tetapi sebab adik buat salah, adik kena terima hukuman.” Bukan mudah untuk mengubah sikap anak menjadi seorang yang berdisplin dan mendengar cakap jika tidak dilakukan secara tegas.
6.Pujuk cara motivasi
Selepas hukuman, anda harus mengucapkan kata-kata motivasi bahawa ia adalah kesan akibat perbuatannya. “Salah adik kan kacau abang sedang tidur”. Namun pastikan anda tidak menghukum anak tanpa usul periksa untuk mengelak rasa tidak puas hati anak-anak sehingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Juga tidak salah jika anda memujuk anak selepas hukuman. Katakan kepadanya, “Mama minta maaf. Mama bukan nak rotan dan marah. Tapi mama nak nasihat adik, mama nak adik jadi orang baik. Bukan anak yang nakal dan tidak mendengar cakap ibu bapa”.
7.Penghargaan
Apabila anak melakukan kebaikkan, sekali sekali berikan penghargaan buat diri anak. Belikan makanan kegemarannya atau hadiah. “Jika adik nak lori tu, janji dengan mak atau ayah jangan gaduh-gaduh dengan abang lagi.”
8.Muhasabah diri
Anda sebagai ibu bapa harus semak diri sendiri adakah kita berjaya didik anak atau tidak. Adakah kita luangkan masa yang banyak bersama-sama anak. Suami juga perlu didik dan kerjasama dengan isteri supaya anak-anak dibimbing dengan cara yang betul.
9.Pemakanan tidak sihat
Cuba elakan memberi anak-anak minum kopi, gula-gula dan gula-gula getah sehinggga anak menjadi seorang remaja. Gula-gula getah dikatakan mempunyai radikal gula yang boleh memberi kesan negatif kepada sikap anak-anak. Gula-gula yang dikemam akan merangsang deria otak. Apabila anak-anak kemam gula-gula dalam mulut dia akan merangsang otak untuk membentuk personaliti yang dikenali sebagai sensitif yang melibatkan sikap pendiam, pendendam, memberontak dan pemarah. Kopi pula yang mengandungi kafein tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan anak berjaga malam sehingga sukar bangun awal pagi. Didiklah anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal kerana ia adalah ciri-ciri displin bagi seorang anak yang cemerlang.
SUMBER:- Shakilla Khoriri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amsyar dan Keajaiban Roti Canai Terbang: Bakat Luar Biasa dari Si Cilik
Dalam dunia yang semakin moden dan serba canggih ini, kita sering kali terlepas...