Sudah menjadi impian setiap ibu bapa, pasti mahu membawa anak-anak ke Tanah Suci. Bukan mudah untuk bawa anak kecil untuk beribadah di sana. Mahu fokus menjalani ibadat, mahu jaga anak lagi. tetapi itu bukan alasan kerana banyak orang yang sudah berjaya melakukannya.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, merancang untuk membawa anaknya Ayden Adrean yang berusia dua tahun untuk menunaikan umrah. Kata ibu muda ini lagi, hasratnya itu sudah lama disimpan sedari dahulu sebelum berpisah dengan bekas suaminya. Kali ini, Bella akan membawa kedua-dua ibu bapanya sekali bersama kenalan rapatnya untuk ke tanah suci Mekah.
Semoga urusan Bella dan keluarganya dipermudahkan di sana.
Ads
Pa&Ma kongsikan tip membawa anak kecil ke Mekah:
1. DOA & PASANG NIAT
Berdoalah sebelum ke sana. Pasangkan niat untuk menjayakan ibadat itu. Ketika berdoa, mintalah apa yang anda mahu secara terperinci. Semoga kuat, semoga larat dan mampu menahan perubahan cuaca. Jika bawa anak kecil yang sudah bebas lampin, berdoalah agar mereka dapat bertahan sekiranya perjalanan jauh atau kekangan mencari tandas.
Ads
2. PERSEDIAAN MENTAL
Sebelum berangkat ke Madinah dan Mekah, sediakan mental dan emosi anak. Berceritalah kepada mereka tentang semua perkara di sana. Tunjukkan gambar atau video di sana.
3. PENERBANGAN YANG LAMA
Memandangkan masa penerbangan yang lama, pastikan mental ibu dan anak masing-masing bersedia. Jika risau anak bosan, sediakan material seperti buku atau permainan yang yang boleh mengalih perhatian si manja.
5. STROLLER & BABY CARRIER
Bawa bersama stroller dan baby carrier bagi memudahkan pergerakan anda ketika di sana. Ada masanya anak mungkin letih untuk berjalan dan kita juga tidak larat kalau mahu mendukung mereka, jadi dengan membawa stroller atau baby carrier, mungkin masalah itu dapat diatasi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda adalah salah seorang penderita kondisi kulit ini, maka anda kena tahu bahawa ada pantang larang makanan untuk ekzema yang sangat penting.
Ini kerana ada sesetengah makanan yang mungkin tidak sesuai buat penderita kondisi kulit ekzema atau dermatitis lantas menyebabkan komplikasi yang mungkin berbahaya.
Persoalannya, apa antara jenis makanan untuk ekzema yang perlu anda elak dan harus anda ambil kalau ada ekzema? Jom teruskan membaca artikel!
Ekzema, sejenis kondisi kulit yang meradang
Ekzema atau dermatitis atopik adalah sejenis kondisi kulit yang meradang dan lantas membawa kepada tompokan kulit kering, kasar dan seakan bersisik.
Kebiasaannya, ia akan berlaku kepada bayi dan budak berusia bawah 2 tahun, namun masih boleh terjadi kepada individu lebih tua akibat beberapa faktor risiko.
Punca utama kondisi kulit ini masih belum dapat dipastikan, namun ada kajian yang kata ia adalah disebabkan oleh si ibu hamil yang kurang ambil probiotik.
Pun begitu, rasanya sudah ramai tahu bahawa ekzema boleh jadi lebih teruk jika berlaku reaksi alergi pada kulit sama ada melalui sentuhan atau makanan.
Disebabkan itu, anda yang ada kondisi ini kena lebih waspada dengan makanan untuk ekzema!
Senarai pantang larang makanan untuk ekzema
Ada beberapa jenis makanan atau minuman yang boleh jadi punca perembesan sel T serta immunoglobulin-E dan akan menyebabkan kondisi ekzema lebih teruk.
Perembesan kedua-duanya ini pula seterusnya akan mengakibatkan keradangan pada kulit jadi lebih teruk dan situasi ini dinamakan sebagai ‘flare-up‘.
Sebagai salah seorang penderita ekzema, berikut adalah pantang larang makanan buat anda:
Makanan yang perlu anda elak
Apa yang anda makan atau minum mungkin tidak akan menyebabkan ekzema secara langsung, namun akan mengakibatkan simptom jadi lebih teruk.
Untuk pengetahuan anda, situasi itu mungkin boleh jadi jika anda ada alahan makanan seperti:
Tenusu
Kekacang
Telur
Gluten
Makanan laut
Selain itu, makanan tinggi gula bukan sahaja akan membuat tahap insulin melonjak malah membawa kepada masalah keradangan kulit yang lebih teruk.
Gula-gula
Kek
Biskut
Soda
Jus
Makanan atau minuman yang mengandungi nikel juga adalah tidak bagus buat penderita ekzema jenis dishidrotik kerana ia akan membuat simptom lebih teruk.
Coklat
Kerangan
Kekacang
Teh hitam
Makanan dalam tin
Minuman dalam tin
Makanan atau minuman yang sensitif sindrom alergi oral terhadap debunga juga perlu dielakkan oleh penderita ekzema untuk elak simptom lebih teruk.
Kekacang
Sayur lobak
Daun saderi
Buah pir
Namun, anda juga harus tahu bahawa tidak semua orang akan mengalami tindak balas yang sama. Jadi, sila dapatkan nasihat doktor tentang pantang larang makanan untuk ekzema ini.
Makanan yang anda harus ambil
Buat anda yang ada ekzema, wujud juga beberapa jenis makanan atau minuman yang mampu bertindak sebagai diet antiradang dan ia adalah senjata anda.
Berikut adalah beberapa jenis contoh makanan antiradang yang boleh bantu lawan ekzema:
Ikan – Sumber semula jadi asid lemak omega 3 ini mampu membantu melawan keradangan pada tubuh badan termasuklah kulit. Antara contoh ikan tinggi asid lemak ini adalah salmon, makerel, sardin, tuna dan sebagainya
Makanan tinggi probiotik – Bakteria yang bagus untuk perut juga bagus untuk kulit individu, contohnya termasuklah tempe, tapai, kimchi, susu yogurt, sup miso dan lain-lain makanan yang ditapai
Makanan kaya flavonoid – Ia mempunyai sifat antiradang yang sangat bagus dan ciri utamanya adalah sayur-sayuran serta buah-buahan yang berwarna-warni. Contohnya epal, ceri, brokoli, bayam dan kailan
Sebaik-baiknya anda berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu sebelum elak atau ambil sebarang makanan untuk penghidap ekzema ini ya.
Jenis diet yang sesuai buat penderita ekzema
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, diet antiradang adalah jenis diet yang terbaik dalam usaha untuk memastikan flare-up itu tidak terjadi.
Dalam pada itu juga, sebenarnya wujud satu lagi jenis diet yang sesuai buat penderita ekzema iaitu Mediterranean yang sudah ternyata lebih sihat dan seimbang.
Ini kerana diet jenis ini sangat menekankan kepada pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan selain daging ikan serta lemak sihat yang bagus untuk anda.
Konklusinya, penderita kondisi kulit ini perlu untuk jauh lebih peka dengan minuman atau makanan untuk ekzema bagi mengelakkan simptom jadi lebih teruk!
Betullah orang kata, bila dah bergelar ibu, anak nombor satu. Apa-apa nak buat, mesti fikirkan anak dulu. Begitu juga dengan situasi Emma Maembong yang lebih selesa menjaga sendiri anaknya Shariq Gabriel yang kini berusia setahun daripada ditinggalkan kepada pembantu rumah atau dihantar ke rumah pengasuh.
Emma, 29, berkata, tindakannya itu bukan kerana tidak percaya, tetapi disebabkan begitu menyayangi anak kerana baharu bergelar ibu.
“Sejak menjadi ibu, memang susah untuk saya tinggalkan anak. Walaupun dia okey saja, tetapi saya sendiri yang tidak bersedia dan tak biasa untuk tinggalkannya.
“Biasalah, saya pun baru saja menjadi ibu. Tetapi apabila difikir-fikirkan semula, saya juga yang susah nanti jika terlalu obses dengan anak sendiri dan dia pula asyik nak melekat dengan saya setiap masa,” katanya.
Menurut Emma, pada awalnya dia berhadapan kesukaran hendak memberi fokus kepada lakonan kerana asyik teringatkan anak di rumah. Memang ini satu cabaran besar.
“Sebagai ibu, saya percaya kita akan menjaga anak lebih baik daripada orang lain. Daripada asyik fikir anak dah makan ke belum, dia buat apa di rumah, menyebabkan saya akhirnya ambil jalan pintas dan bawa anak ke lokasi.
“Tapi, tak selalulah kerana perlu melihat juga tempat itu sesuai dan selesa untuk bayi. Namun, apabila anak ada dekat dengan saya baru boleh bekerja, hati pun tenang dan selesai masalah,” katanya.
Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazil Azhar, 33, pada 20 Februari tahun lalu dan selamat melahirkan anak sulung mereka pada 8 November tahun lalu.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kain pengelap dapur yang kotor bukan sahaja berminyak dan kotor bahkan bakteria juga penuh bakteria. Bagaimana nak membersihkan kain pengelap dapur ini dengan bersih?
Pengguna Tik Tok @jason_jezi berkongsi tip mudah untuk membersih kain pengelap ini. Hanya gunakan ubat gigi dan beberapa campuran bahan lain, kain pengelap jadi bersih. Jom cuba!
CARA CUCI KAIN PENGELAP DAPUR
Kain pengelap dapur kotor dan banyak bakteria. Macam mana nak cuci sampai bersih?
Bahan-bahannya:
Ubat gigi
Garam
Cuka
Air panas
Pencuci baju
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.