Bila dah jadi mak-mak ni, tiap kali basuh stoking pasti akan ada kes stoking yang hilang sebelah. Tak tahu di mana letaknya, sedar-sedar bila nak pakai tak jumpa pasangannya. Riuh nak mencari satu rumah.

Bagi yang ada anak sekolah atau suami kerja pejabat pun kadang tak jumpa pasangan stoking ni boleh buat mood di pagi hari terus berubah.

Sebagai penyelesaian untuk mak-mak, ini ada satu idea yang menarik dan boleh dicuba untuk pastikan masalah hilang stoking tak berlaku lagi lepas ni.

Pasang ‘Snap Button’ Selesaikan Masalah Stoking Hilang Sebelah. Tak Perlu Jahit, 6 Saat Siap!

Idea yang dikongsikan oleh Puan Novianti Mohd Zain ini boleh anda cuba. Tak susah pun nak buatnya. Hanya perlu pasang je butang tanpa perlu menjahit. Nak kemas dalam laci almari pun senang.

Jom tengok cara nak buatnya.

IKLAN

Memasang snap button pada stoking

Snap button kakak warna ungu, kangah kuning dan kachik pink.

Projek cuba jaya ni mama cuba untuk menyelesaikan masalah hilang ‘uda’ @ ‘dara’..senang cite hilang “gu”/ pasangan stokin. Ni antara faktor bergaduh dan lambat ke sekolah..

IKLAN
Pasang ‘Snap Button’ Selesaikan Masalah Stoking Hilang Sebelah. Tak Perlu Jahit, 6 Saat Siap!
Snap button ni beli di Shopee

Balik sekolah nnt:
Lepas buka stokin, terus snapkan button tu dan masuk mesin basuh. Bila jemur pun biarkan terkepit situ. Stokin mudah kering,tak hapaknya.

Pasang ‘Snap Button’ Selesaikan Masalah Stoking Hilang Sebelah. Tak Perlu Jahit, 6 Saat Siap!
Letakkan stoking secara berpasangan

Senang sangat pasang snap button ni, dlm 6 saat je siap dh pasang. Takde aktiviti menjahit, kepit guna plier khas tu je.

Pasang ‘Snap Button’ Selesaikan Masalah Stoking Hilang Sebelah. Tak Perlu Jahit, 6 Saat Siap!
Pasang kiri dan kanan butang

Untuk sepasang stokin,button yg diperlukan:
— button berpaku = 2 (pasang pd dua-dua helai stokin)

IKLAN
Pasang ‘Snap Button’ Selesaikan Masalah Stoking Hilang Sebelah. Tak Perlu Jahit, 6 Saat Siap!
Terus boleh butang macam ni bila nak basuh atau jemur.

— button tumpul = ada 2 jenis (1 stokin psg jenis tumpul,1 lg psg yg mcm ada jalur bulat kt tgh).

Pasang ‘Snap Button’ Selesaikan Masalah Stoking Hilang Sebelah. Tak Perlu Jahit, 6 Saat Siap!
Dah kering bolehlah buat macam ni dan simpan dalam laci. Kemas dan masalah stoking hilang dah tak ada

— kalau berjaya bunyi “ttaap” tu,mission succed.

Kredit: Novianti Mohd Zain

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI