Setiap pasangan yang telah berkahwin pastinya mengimpikan zuriat sendiri. Namun tak semua pasangan berjaya mendapatkan cahaya mata. Ada yang diuji sukar hamil walaupun bertahun-tahun telah mencuba.

Mungkin ada yang mencuba pelbagai jenis rawatan termasuk rawatan tradisional. Ada juga yang berhasrat untuk melakukan rawatan kesuburan di hospital namun disebabkan kosnya yang agak mahal mungkin ada pasangan yang hanya mampu memendam keiinginan untuk melakukan rawatan tersebut.

Pasangan Berkahwin & Nak Zuriat Boleh Keluarkan KWSP Untuk Rawatan Kesuburan

Hasrat untuk menimang cahaya mata bakal jadi kenyataan setelah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperluaskan Pengeluaran Kesihatan untuk anda membuat pengeluaran bagi membiayai kos rawatan kesuburan, kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan.

Menerusi laman sesawang rasmi KWSP, dengan kemajuan teknologi dan penemuan perubatan yang ada pada abad ini telah meningkatkan jangka hayat dan kualiti kehidupan, tetapi pada hakikatnya kos penjagaan kesihatan tetap mahal. Susulan itu, KWSP telah membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos rawatan kesuburan.

Pasangan Berkahwin & Nak Zuriat Boleh Keluarkan KWSP Untuk Rawatan Kesuburan

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah yang layak memohon? siapa yang layak dibiayai? apa yang boleh dikeluarkan dan sebagainya bukan?

Sedikit perkongsian tentang maklumat lanjut mengenai kos rawatan kesuburan yang diperluaskan oleh KWSP.

Siapa Yang Boleh Memohon?

Keperluan

-Warganegara dan Bukan Warganegara
-Berumur 55 tahun ke bawah
-Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
-Pasangan (Suami/Isteri) yang sah berkahwin dari segi undang-undang

Keperluan tambahan

-Rawatan Kesuburan dibenarkan:
•Intrauterine insemination (IUI)
•In-Vitro Fertilisation (IVF)
•Intracytoplasmic Sperm injection (ICSI)

IKLAN

-Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan

-Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP *

-Tidak mendapat rawatan alternatif

*Semua peralatan perubatan dan/atau ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP

Siapa Yang Layak Dibiayai?

-Diri sendiri
-Pasangan anda**

**Permohonan pengeluaran bagi tujuan rawatan kesuburan, kelayakan memohon hanya dibenarkan kepada pasangan (suami/isteri) yang sah berkahwin sahaja.

Kategori

IKLAN

-Pengeluaran individu
-Pengeluaran bersama dengan pasangan

Apa Yang Boleh Dikeluarkan?

PENGELUARAN INDIVIDU

Jumlah kos rawatan sebenar* ATAU Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2
(mana yang lebih rendah)

Pasangan Berkahwin & Nak Zuriat Boleh Keluarkan KWSP Untuk Rawatan Kesuburan

PENGELUARAN BERSAMA

Jumlah yang dipohon ATAU Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing ATAU Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu (mana yang lebih rendah)

IKLAN

*Jika kos perubatan telah dibiayai sebahagiannya oleh majikan ahli/pesakit, anda hanya boleh mengeluarkan baki kos perubatan yang belum dilangsaikan.

Apa Yang Anda Perlukan?

Borang KWSP 9D (AHL) dan Senarai Semak Dokumen

-Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)

-Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun

-Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)

Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal

Laporan Perubatan – Rawatan Kesuburan LPP-2

Untuk maklumat lanjut tentang kesuburan, anda atau pasangan boleh terus ke laman sesawang rasmi KWSP.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: KWSP 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI