Ya benar, pasangan kita baik suami atau isteri bukan milik kita selamanya. Mereka pinjaman Allah untuk kita jaga dan semai dengan penuh kasih bagi melengkapkan lagi hidup kita. Hidup penuh berkasih sayang, bukan mengawal setiap pergerakan pasangan sehingga masing-masing rasa sudah tidak selesa. Sudahnya pasangan mula rasa tak bahagia.
Kesan ketidakbahagiaan ini sudahnya akan mula memberi kesan kepada perkembangan anak-anak. Walaupun kita anggap anak-anak masih kecil namun hakikatnya mereka tahu pergolakan yang mengelilingi mereka. Jangan biarkan anak-anak merasa semua ini.
Perkongsian Dr Redha Zainol yang mendedahkan mengenai hubungan suami isteri ini ternyata amat dekat dengan kita. Jadi elakkan kita terus menerus membiarkan toksik terus meracuni hubungan rumah tangga kita.
4 Sifat Toksik Ni Sangat Beracun Dalam Hubungan Suami Isteri
1) Pasangan yang sengaja jauhkan kita dari kawan dan keluarga sendiri.
Kita tak boleh balik jenguk mak ayah sendiri. Tak bagi kita telefon keluarga sendiri. Tak bagi adik beradik datang melawat kita.
Pasangan begini, dia cuba nak kuasai semua aspek kehidupan kita. Pada mereka, “Pasanganku hanya milik aku seorang.”
2) Pasangan yang akan sentiasa mengkritik setiap tindakan kita.
Dia tak pernah rasa gembira dengan diri atau kejayaan kita. Dia akan memanipulasi setiap keadaan dan buatkan pasangan rasa hilang semua keyakinan diri.
3) Dia mengugut pasangan.
“Aku akan tinggalkan kau kalau kau tak ikut setiap suruhan aku.”
“Aku akan tinggalkan kau kalau badan jadi gemuk.”
Cara ni antara cara paling lama digunakan lelaki supaya isteri tak tinggalkan mereka. Pasangan begini hidup dalam situasi “Pemangsa dan mangsa” (Predator and Prey). Setiap kali berkomunikasi, ia bukan atas sebab cinta. Tapi atas sebab ketakutan yang amat.
Si isteri bertanya pada suami nak minum air atau tak bukan sebab nak berikan keselesaan pada suami, tapi sebab tak mahu suami jadi berang dan jadi agresif secara tiba-tiba.
4) Dia buat pasangan jadi terperangkap.
Telefon, kad bank, duit, kereta, pasport semuanya dikawal. Mereka ini akan kawal setiap pergerakan pasangan. Mereka akan sentiasa berkata yang pasangannya tak mampu hidup seorang diri dan perlukan dirinya.
Si isteri/suami akan rasa seperti sesak nafas kerana seluruh hidupnya dikawal dan rasa dunia mereka dah tak ada harapan.
Tolong saya #sebarkan ilmu ni sebab ada suami isteri yang tak tahu pun yang mereka sebenarnya hidup dalam hubungan bertoksik.
Sebak.
Ucapkan terima kasih pada pasangan masing-masing jika hubungan anda tiada sifat toksik begini. Moga lagi ramai suami isteri yang bahagia.