Zaman sekarang ni, bila pasangan bergaji kecil dan sederhana kita akan rasa tak mampu untuk menyimpan duit lebih banyak pada setiap bulan. Ini kerana pelbagai komitmen kena bayar selain untuk membesarkan anak-anak.
Jika diikutkan, segalanya terletak pada diri sendiri untuk membuat simpanan. Jangan jadikan gaji kecil sebagai alasan untuk tidak menyimpan.
Berikut dikongsikan 4 tips simpan duit lebih banyak setiap bulan walaupun dengan gaji yang kecil.
1. Ubah Kos Perbelanjaan
Tidak dinafikan, perbelanjaan kos sara hidup seperti sewa rumah, bil utiiti, makan minum dan sebagainya yang berkaitan merupakan punca utama yang menyebabkan kegagalan untuk membuat simpanan walaupun sedikit.
Apa yang penting, anda sendiri perlu lebih bijak untuk meminimumkan setiap perbelanjaan anda agar tidak mengganggu simpanan anda. Jika sewa rumah tinggi, carilah rumah dengan sewa yang lebih murah dan berpatutan dengan kemampuan anda.
Jika makan minum menyebabkan anda menanggung kos perbelanjaan yang tinggi, cuba berjimat dengan cara masak sendiri dan bawa bekal tanpa membeli makanan di luar. Cari alternatif lain yang dapat meminimumkan kos perbelanjaan anda.
2. Rancang Perbelanjaan Dengan Baik
Senaraikan terlebih dahulu barang-barang yang anda ingin beli dan pastikan barang tersebut adalah keperluan dan bukannya kehendak. Dengan cara ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda berbelanja dengan lebih berhemah.
Jika anda mempunyai senarai barang yang perlu dibeli, ia sebenarnya lebih memudahkan anda untuk berbelanja. Sekaligus mengelakkan anda untuk membeli barang-barang yang sama sekali anda tidak perlukan.
3. Beli Barang Terpakai
Apa yang hendak dimalukan jika menggunakan barangan yang terpakai. Adakah setiap kali anda membeli periuk terpakai, baju terpakai dan segala jenis barangan terpakai, orang sekeliling akan bertanya anda ‘’periuk ini barangan terpakai ke?’’
Jangan fikir apa yang orang kata tetapi fikir apa yang kita mampu. Sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat memuaskan orang lain. Jika kemampuan kita setakat itu, maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
4. Fokus Kepada Perbelanjaan Kecil
Biasanya, kerap kita melakukan perbelanjaan ke atas perkara kecil. Sehinggakan air mineral pun dibeli di kedai. Sedangkan anda boleh sahaja bawa bekalan air mineral dari rumah yang lebih mejimatkan.
Atau mungkin kita terbiasa beli air minuman di kedai yang berharga RM2 segelas setiap hari. Kalau sebulan dah berapa dapat berjimat sekiranya kita memesan air kosong atau membawa bekal air sendiri?
Walaupun ianya nampak seperti perbelanjaan yang remeh, tetapi yang remeh itulah sebenarnya yang boleh menjejaskan kemampuan kita untuk membuat simpanan.
Oleh itu, renung semula perbelanjaan anda selama ini dan gunakan wang anda dengan optimum.
Kredit: majalahlabur
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)