Penat dalam rumah tangga. Biasa kita dengar orang sebut “dia penat” dengan rumah tangga dia, hubungan dia. Kita mungkin anggap, itu “penat” yang perlu rehat. Penat sebab mungkin terlebih buat kerja, terlebih bebanan, terlebih fikir dan sebagainya.
Penat emosi lg penat dari penat badan…penat badan boleh rest..penat emosi xdikawal boleh jd mcm org gila
Sebenarnya “penat” yang disebut itu adalah penat yang tak boleh dihilangkan dengan rehat.
Kenapa dia penat?
– Dia dah buat yang terbaik, tapi tak dihargai sewajarnya. Pasangan seolah-olah tak nampak apa yang dia buat untuk hubungan tu. Susah pasangan nak ucap terima kasih atau zahirkan penghargaan dalam bentuk perbuatan. Dia langsung tidak dihargai.
– Dia tak buat salah, tapi selalu disalahkan. Kadang-kadang salah tu orang lain yang buat, tapi bila dia cuba untuk memperbetulkan kesalahan tu, dia pula yang dipersalahkan.
– Dia tak ada tempat untuk meluahkan dan bercerita tentang apa yang dia rasa. Dia terasa hati, dia terluka dalam diam, dia kecewa tapi bila dia cuba nak menyampaikan, bercerita dan berkongsi tentang perasaan dia, pasangannya tak nak peduli dan tak nak ambil tahu. Dia di-cop terlalu mengikut perasaan dan EMO…
– Dia menanggung sesuatu yang bukan kewajipannya. Patut orang lain buat, tapi orang tu tak buat. Ini tugas, tanggungjawab, kewajipan orang lain, tapi dia yang kena galas dan buat semua. Kalau dia pun pilih untuk tak nak buat, dia jadi susah nak jalani kehidupan seharian. Nak tak nak, dia kena buat jugak, terpaksa buat.
– Dia dah banyak kali bagi peluang, tapi dia masih ditipu dan di hampakan. Peluang yang diberi tak dimanfaatkan sepenuhnya tapi nanti peluang tu akan diminta lagi dan lagi dan lagi. Seolah-olah tak ada peluang yang mencukupi untuk berubah dan cukup untuk tidak mengulangi perkara yang sama.
Ini penat yang tak dapat dihilangkan dengan rehat. Dapat tidur dan bangun semula pun, penat tu masih ada kalau berkaitan perkara-perkara diatas.
Inilah sebenarnya maksud “penat dalam rumahtangga” dan “penat dengan hubungan”…dia bukan perlukan rehat, dia hanya ingin difahami, dihargai dan disayangi untuk apa yang dia dah pun buat. Tu je..
Kredit: Firdaus Shakirin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI