Saat menerima perkhabaran diri hamil semestinya perasaan gembira dan bersyukur akan dirasai oleh pasangan suami isteri. Namun tak semua kegembiraan itu akan berakhir dengan senyuman jika Allah memilih anda dan pasangan untuk menghadapi ujiannya.
Ada pasangan yang diuji kehilangan anak ketika dalam kandungan. Tak kurang juga melalui ujian selepas anak lahir kerana sakit atau masalah lain. Namun, sudah tertulis sejak di luh mahfuz perjalanan hidup kita semua.
Percayalah anak-anak yang kita rasa sayang dan sedih atas kehilangannya ketika di dunia, merekalah nanti yang akan memberi syafaat untuk ibu bapa di syurga.
Syafaat anak syurga untuk ibu ayahnya
Seringkali ditanya bagaimana kedudukan anak-anak kecil yang meninggal dunia, Rasulullah SAW menggambarkan mereka dalam 2 kelompok:-
1. Bagi arwah anak-anak orang yang tidak beriman, mereka akan menjadi pelayan-pelayan di dalam syurga dan hidup bebas di dalamnya tanpa mempedulikan ibu dan bapa mereka.
2. Kelompok anak-anak orang yang soleh, termasuk yang keguguran, akan ditempatkan di dalam syurga Allah di gunung yang indah.
Ads
Di gunung itu terdapat pokok-pokok thuba dan anak-anak ini dijaga oleh Nabi Ibrahim AS dan Sarah AS. Mereka sentiasa berada dalam kekenyangan dan tidak pernah berasa haus, malah sentiasa berdoa kepada Allah agar dapat berpimpinan tangan dengan kedua ibu bapa kerana tidak berkesempatan melakukannya di dunia dahulu.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya:
“Di syurga terdapat sepohon pokok iaitu pohon thuba yang semuanya dapat menikmati susunya termasuklah bayi-bayi yang meninggal dunia yang masih menyusu dan pengasuh mereka ialah Nabi Ibrahim Khalilullah.
Bagi anak-anak kecil yang tidak lagi menyusu, akan ditempatkan di dalam perut burung-burung berwarna hijau dan berterbangan di dalam syurga.”
Apabila tibanya waktu semua orang mula ditempatkan di dalam syurga & neraka, anak-anak kecil tadi belum masuk ke syurga dan apabila diminta oleh malaikat untuk berbuat demikian, mereka menjawab:
Ads
“Kami tidak akan masuk selagi tidak bertemu dengan arwah ibu & bapa kami, kami ingin masuk ke syurga bersama mereka.”
Apabila malaikat memberitahu anak-anak itu bahawa ibu bapa mereka berada di neraka, mereka terus menangis:
“Jika di dunia kami tidak sempat bersama-sama ibu & bapa kami, kenapa di akhirat juga kami tidak boleh bersama mereka? Izinkan kami memberi syafaat kepada ibu dan ayah kami, untuk kami masuk ke dalam syurga Allah.”
Mereka berterusan menangis sehingga turunnya rahmat Allah, dan kemudian memerintahkan malaikat supaya mengambil ibu bapa kepada anak² ini yang sedang berada di dalam neraka, dengan syafaat yang diberikan oleh-Nya, lalu dibawa masuk ibu bapa bersama-sama anak² mereka ke dalam syurga.
Ads
Lalu setelah ibu bapa anak-anak ini dikeluarkan daripada neraka, mereka akan memegang tangan ibu bapa mereka dan bergayutan dengan penuh kegirangan menuju ke syurga Allah SWT.
Semoga semua mereka yang pernah dan sedang melalui dugaan berat ini beroleh SYAFAAT, hasil sikap sabar ketika melaluinya di dunia.
اناللہ وانا الیہ راجعون
اللهم اجعله فرطا لابويه، وسلفا وذخرا وعظة واعتبارا وشفيعا، وثقل به موازينهما، وأفرغ الصبر على قلوبهما، ولا تفتنهما بعده، ولا تحرمهما أجره…..آمين
__________________________________________________
Petikan artikel “Saat Bersendirian di Barzakh” oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Subhanallah MasyaAllah Allahuakbar. Terima kasih ustaz atas ilmunya..
Buat ibu-ibu yang sedang mengandung, semoga kandungan sentiasa sihat. Amalkan surah Al-Fatihah, 3 Qul & surah Al-Mukminun (ayat 115-118) untuk melindungi kandungan daripada gangguan yang nampak atau tak nampak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyampai radio dan pelawak Jep Sepahtu memaklumkan kandungan isterinya, Sari Yanti yang dah masuk 3 bulan tak dapat diselamatkan apabila anak keduanya disahkan tidak bergerak semasa membuat pemeriksaan baru-baru ini.
Menerusi entri di Instagramnya, Jep berkongsi kisah sedih itu kepada pengikutnya dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan isterinya.
“Minggu lepas abah bawa Eya teman mama pergi hospital nak tengok adik.
“Adik Eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doktor bagitau adik Eya tak bergerak lagi dah.
“Doakan mama Eya selamat operation harini ya. @sariyanti @dariyainaraofficial,” kongsinya semalam.
Apabila mendapat khabar dukacita ini, rata-rata peminat berharap agar segalanya dipermudahkan dan mendoakan kesihatan Sari Yanti yang menjalani pembedahan dan dapat pulih dengan cepat.
Bukan setakat mendoakan kesihatan Sari Yanti kembali pulih tetapi ada yang turut memberi semangat pada Jep.
Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang Allah aturkan perjalanannya dah cantik. Pasti rezeki lebih baik Allah dah aturkan.
Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak bernama Dariya Inara.
Sumber: ig Jepsepahtu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih mesra dipanggil Dr Say berkongsi di laman Instagram berkenaan isterinya, Dr Azura yang tidak pernah mengamalkan pantang selepas melahirkan anak pertama dan kedua.
(Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan elektrik dapur dengan harga murah boleh klik SINI)
Menurut Dr Say, isterinya hanya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang berpantang.
Topik : Wife Doktor Pantang Tak?
Ahaa ramai jugak yang dm tanya soalan ni memandangkan saya rasa ada yang baru follow ig saya. Kalau yang follow sejak zaman Ace dulu mesti tau dah cerita ni. Tapi takpe saya cerita sekali lagi. Jawapannya, sejak anak pertama & termasuk anak kedua ni bini saya tidak berpantang.
Tambahnya lagi, tiada salahnya jika seseorang itu ingin mengamalkan pantang selepas kelahiran ataupun tidak berpantang. Terpulang kepada individu tersebut.
“Whats? Tak pantang? Badan nak guna lama kot” jerit makcik bawangs di FB. Sekali lagi saya ingin tekankan yang kami tidak menentang sesiapa yang ingin berpantang. Nak pantang silakan, taknak pantang pun silakan.
Kalau cakap pasal badan nak guna lama meh saya bagi kisah yang paling senang nak diterima akal. Kalau masa berpantang ni ibu2-ibu jaga makan dengan makan ikan haruan, ikan kering & seangkatan dengannya, then habis pantang hari ke-45 ibu-ibu me-ngappp ayam goreng Mekdi, Kepchi, Mary Perang with honey butter biscuits Texus Chicken on the side, logik akalnya tidakkah makanan-makanan sebegini akan merosakkan badan ibu-ibu yang selama ni berpantang?
Kunci utamanya adalah pengambilan makanan yang sihat & seimbang, tu je. Ayam, telur, ikan, sayur-sayuran & buah-buahan macam kangkung, timun, tembikai, pisang boleh je nak makan sebab ni semua tergolong dalam makanan yg sihat & seimbang. Kalau nak cakap “gatal” atau “bisa”, dari segi perubatan there is no such thing cuma kalau memang allergic, elakkanlah. In a nutshell, bergantung kepada kepercayaan ibu tu sendiri sama ada nak amalkan pantang-larang ini atau tak. Yg penting jangan terlalu extreme supaya ibu-ibu sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang. Kalian macam mana? Pantang modern or tradisional? Open conversation k?
Rata-rata warga maya berkongsi ada yang berpantang secara tradisional malah ada juga yang mengamalkan pantang secara moden ataupun kedua-duanya sekali.
Apapun, hanya anda yang mengenali tubuh badan anda. Jadi buatlah yang terbaik untuk diri sendiri.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu yang bekerja pasti tiada pilihan untuk tinggalkan anak bawah jagaan orang lain. Walaupun hati rasa berat tiap kali ingin melepaskan anak buat sementara, hanya doa yang baik-baik dititipkan selain mengharapkan pengasuh dapat menjaga dengan penuh kasih sayang.
Namun tiap kali kes penderaan atau kematian melibatkan nyawa si kecil ketika dalam jagaan pengasuh pasti terdetik di hati ibu bapa kerisauan pada anak sendiri. Jika dapat pengasuh yang menyayangi dan manjakan anak kita, itu satu anugerah cukup besar. Namun jika kita rasa ragu-ragu dan nampak anak takut-takut tiap kali pergi dan balik, pasti ada sebab disebaliknya.
Bagi membantu ibu bapa lebih peka dengan keadaan anak, Dr Redza Zainol kongsikan tanda-tandanya.
Tergamam saya bila kawan saya kongsikan cerita ni.
Dia ceritakan yang dia dapat tahu anaknya didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Sebab anaknya ni terlalu aktif, dia dicubit di badan sampai kulitnya merah dan lebam-lebam.
Awalnya, dia fikir mungkin si kecil tu cuma terjatuh. Langsung tak terdetik fikiran yang bukan-bukan. Tapi lepas dia siasat, salah seorang pengasuh tu akhirnya mengaku dia yang dera. Kawan saya ni terus jadi trauma.
Sebenarnya dia paling kecewa sebab dia lambat nak kesan tanda-tanda yang anak dia ni dah didera. Sepanjang minggu, anaknya banyak termenung dan jadi sangat pendiam. Bila berborak, nampak dia tak fokus dan matanya cuma pandang tembus muka mak ayah tanpa perasaan.
Bila dia bersemuka dengan pengasuh, barulah tahu perkara sebenar. Kawan saya ni orangnya berpelajaran dan memang jaga anak sebaik-baiknya. Yang buat saya sebak bila dia cakap apa guna belajar tinggi-tinggi tapi tak perasan pun anak sendiri kena dera. Terdiam saya.
Saya nak kongsikan 5 tanda anak kita mungkin didera:
1. MIMPI BURUK YANG BERULANG-ULANG
Selalunya anak tak dapat tidur malam yang nyenyak. Perkara yang menakutkan anak tu sentiasa menghantui anak sampai masuk ke dalam mimpi.
2. REGRESS
Maksudnya perkembangan anak tiba-tiba merosot. Anak umur 5 tahun, tiba-tiba berperangai macam umur 2-3 tahun.
Contohnya: terkencing waktu malam, takut pada gelap dan menghisap ibu jari.
3. PAMPERS ANAK SENTIASA PENUH
Pampers anak sentiasa penuh bila kita ambil anak dari tempat asuhan. Boleh jadi pengasuh kita jenis tak prihatin dan jarang tukarkan lampin anak. Satu lagi tandanya ialah ruam lampin yang berpanjangan.
4. ANAK JADI MEMBERONTAK & IMPULSIF
Anak tiba-tiba jadi memberontak dan impulsif (sangat kurang sabar). Ini cara anak melindungi diri sendiri setelah didera berkali-kali.
5. ANAK JADI PENAKUT
Menjadi sangat takut bila nak dihantar ke pusat asuhan atau sangat takut bila ditinggalkan seorang diri.
Mak ayah akan perasan anak jadi lebih “clingy” berbanding biasa. Dia akan ikut je mak ayah ke mana-mana.
Bantu saya #sebarkan pada mak ayah yang lain. Biar kita semua jadi lebih peka dengan tanda-tanda kecil ni. Kadang-kadang anak kita tak tahu cara nak mengadu. Kitalah yang kena bantu mereka.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga mohon saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.