Kalau isteri nak dapat 100% harta suami, pastikan mereka dah buat hibah ke atas semua harta.
Caj hibah biasanya 1% dari nilai keseluruhan harta tak termasuk lawyer fee dan lain-lain.
Benda ni penting, tapi kita tak ambik peduli. Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraid kerana ia adalah sebahagian dari ilmu dan juga mula-mula ilmu yang akan hilang dari umatku.”
Posting ini bukan tujuan untuk menghentam, ambik kesempatan tapi sekadar berkongsi ilmu. Insha Allah.
#Disclaimer: Saya bukan agen insuran/MRTA/MRTT/Wasiat/Hibah/Amanahraya.
Perlu ke saya buat wasiat atau hibah?
Ia bergantung kepada kondisi anda. Jika dalam kategori dibawah, digalakkan segera buat hibah.
• Ada anak perempuan sahaja.
• Ada anak angkat.
• Pasangan yang tiada anak.
• Individu yang belum berkahwin.
• Individu yang berpoligami.
• Mualaf yang ingin berikan harta kepada keluarganya yang belum Islam.
• Membeli harta secara bersama.
• Individu yang ingin berikan hartanya kepada sesiapa yang diingini.
• Ahli perniagaan.
• Jemaah haji.
• Individu yang berkahwin semula.
Siapakah yang paling kritikal untuk buat hibah?
Mereka yang tidak ada anak lelaki. Ini kerana sekiranya anda hanya ada anak perempuan, maka sebahagian besar harta tuan akan diwarisi oleh adik-beradik tuan.
Kalau pewaris faham yang harta itu adalah amanah untuk jaga keluarga ‘si mati’ sepatutnya tiada masalah.
Akan datang ‘problem’ besar kalau ambik harta lepas tu tak jenguk langsung dan jaga anak buah dan balu.
Apakah itu hibah sebenarnya?
Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki pada masa hidup dan tanpa balasan.
Apakah harta yang boleh dihibahkan?
Harta alih seperti wang tunai, barang kemas dan harta tak alih seperti seperti rumah, tanah dan seumpamanya.
Terdapat 3 jenis iaitu
• Hibah Mutlak
• Hibah Amanah
• Hibah Bersyarat
Apakah perbezaan hibah diatas?
✅ Hibah Mutlak
Hibah mutlak adalah dengan cara melaksanakan pemberian secara terus daripada penghibah kepada penerima hibah.
Sebagai contoh: Bapa menghibahkan sebuah rumah kepada anaknya dan terus melaksanakan pindah milik (Borang 14A KTN) kepada nama anak.
✅ Hibah Amanah
Hibah amanah ialah pemberian secara terus oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penerima hibah belum atau tidak berkelayakan memiliki harta tersebut.
Oleh itu, badan berautoriti akan bertindak sebagai pemegang amanah bagi harta tersebut.
Contohnya penerima hibah adalah anak OKU atau kanak-kanak. Maka penghibah melantik pemegang amanah bagi menjaga harta tersebut sehingga anak berumur 18 tahun.
✅ Hibah Bersyarat
Hibah bersyarat adalah pemberian harta semasa hidup oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penghibah membuat syarat yang dipersetujui oleh penerima hibah contohnya; pemberi hibah masih ingin duduki harta hibah sehingga dia meninggal dunia.
Kawan-kawan,
Teringat pesan seorang Ustaz, sepatutnya antara perkara pertama diselesaikan untuk si mati ialah urusan hajinya. Bayar badal haji atas namanya.
Saya sekadar berkongsi penjelasan. Jika infonya bagus, sila tekan butang SHARE. Ramai di antara kita mungin lupa atau tak tahu tentang ilmu feqah ini
Sumber: Hafizul Hakim