Pasti Terengganu diiktiraf Malaysia Book of Records, cipta rekod pertandingan mewarna. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Terengganu mencipta sejarah tersendiri apabila seramai 14,865 murid menyertai pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 baru-baru ini diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR).
Pasti Terengganu Diiktiraf Malaysia Book of Records, Cipta Rekod Pertandingan Mewarna
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim berkata, pengiktirafan itu diumumkan sempena Perasmian Penutup Program Warna Warni Semarak Merdeka (Acara-Acara Sambutan Sempena Hari Kebangsaan) Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2024 di dataran jambatan angkat.
Menurutnya, pertandingan mewarna itu diadakan bagi menterjemahkan erti kemerdekaan sekali gus menyemai perasaan kasih dan cintakan tanah air dalam kalangan murid.
“Kita bersyukur dan berbangga kerana usaha ini membuahkan hasil apabila Pasti Terengganu diiktiraf MBOR dengan rekod peserta paling ramai menyertai pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
“Kita harap pertandingan mewarna yang dianjurkan ini dapat menyerlahkan lagi bakat serta menyemarak semangat kemerdekaan dalam kalangan anak-anak kita,” katanya.
Berdasarkan rekod, seramai 14,865 murid Pasti Terengganu menyertai pertandingan mewarna diadakan di seluruh cawangan Pasti pada 28 Ogos lalu.
Ads
Antara Pasti terlibat ialah Pasti kawasan Besut dengan seramai 1,218 peserta, Setiu (1,206), Kuala Nerus (1,884), Kuala Terengganu (1,914), Marang (2,750), Hulu Terengganu (1,133), Dungun (2,021) dan Kemaman (2,739).
Jelas Maliaman, program tersebut juga bertujuan merapatkan hubungan antara murid dan guru serta memberi impak positif dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.
“Lebih membanggakan program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa dan tenaga pengajar Pasti yang memberi sokongan penuh untuk acara bersejarah itu.
“Terima kasih diucapkan kepada semua yang terbabit dalam penganjuran acara ini termasuk pengusaha, ibu bapa, guru dan anak-anak,” katanya.
Ads
Beliau berkata, aktiviti seumpama itu dapat membantu menggilap bakat dan keyakinan yang tinggi dalam kalangan peserta bermula ketika usia paling muda.
“Tugas ini bukan mudah sebab itu kita kagum dengan guru-guru Pasti yang dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
“Apabila anak-anak ini besar kelak, mereka akan menjadi insan yang berbakat dan membesar dalam keupayaan mereka sendiri,” ujarnya.
Kebelakangan ini tular di media sosial mengenai soft candy ataupun gula-gula gummy dengan jem buah-buahan yang dijual secara online sehingga menjadi tumpuan kanak-kanak kerana bentuknya yang comel dengan pelbagai perisa.
Wala upun ramai menyatakan gula-gula gummy itu halal kerana terpapar logo halal pada bungkusannya namun kesahihan itu disangkal oleh pihak Bahagian Hab Halal, Jabatan Agama Islam (JAKIM).
Pihak JAKIM memberi maklum balas mengenai isu tersebut di Facebook mereka dengan mengatakan bahawa logo halal yang tertera adalah tidak diiktiraf oleh JAKIM.
Minggu ini pihak kami dihujani dengan pertanyaan oleh para pengguna di media sosial berkaitan status halal produk manisan Soft Candy With Jam yang tidak dinyatakan alamat pengeluar sebenar rentetan terdapat maklumat kandungan bahan mentah produk tersebut yang mengandungi ramuan tidak halal iaitu pork gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk.
Pada produk tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region dan ia telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan halal Malaysia.
Untuk makluman semua, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang TIDAK DIIKTIRAF oleh JAKIM. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.
Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.
Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my / http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/
Untuk mengetahui senarai badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau muat turunnya di https://drive.google.com/…/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1…
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Kanak-kanak ni ada banyak perangainya. Kadang-kadang tu dalam keadaan yang kita tak jangka ada pula perbuatan dia yang membuat kita tergamam. Tak tahu nak respon macam mana! Apa yang anak kecil buat ni ada masanya buat kita rasa marah tapi ada juga yang mencuit hati sampai tergelak jadinya.
Sama seperti video yang dikongsikan di akaun TikTok syakirah.ly ini ketika dia sedang merakam pemandangan di luar kapal terbang dan tiba-tiba ada suara budak yang bertanya sama ada mereka semua mahu pergi ke bulan.
“Woah, woah.. Kita nak pergi kat bulan ke?”.
Ternyata pertanyaan spontan itu membuatkan semua orang yang ada di dalam penerbangan itu tergelak.
Lucu betul adik ni, mungkin kerana terlalu teruja tambah lagi bila nampak awan di luar tingkap, terus rasa macam nak terbang naik ke bulan. Mana tahu, suatu hari nanti adik ni akan menjadi juruterbang mahupun angkasawan Malaysia yang berjaya seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar kan? Sama-sama kita doakan!
Peranan seorang ayah adalah untuk menjadi pelindung kepada anak-anaknya. Seorang ayah seharusnya menjaga kebajikan serta melindungi keluarganya dalam apa jua keadaan. Mempunyai minat terhadap sesuatu bukanlah alasan untuk seorang ayah mengetepikan anak-anak apa lagi menyakiti mereka.
Namun, itulah yang terjadi di Indonesia apabila seorang ayah sanggup memukul bayi perempuan yang berumur enam bulan hanya kerana tangisannya mengganggu suspek bermain permainan video.
Menurut artikel di Regional Kompas, suspek terbabit sedang bermain Mobile Legend semasa bayi itu menangis dan mengganggu fokusnya. Berang dengan keadaan tersebut, suspek bertindak kejam dengan memukul bayi perempuannya.
Suspek telah memukul bahagian kepala dan bibir mangsa menggunakan tangan. Selepas kejadian terbabit, mangsa telah dibawa ke hospital tetapi malangnya telah disahkan meninggal dunia.
Ada Bekas Kena Cucuh Puntung Rokok, Digigit & Dipukul
Kematian bayi tersebut menimbulkan keraguan dalam kalangan pasukan perubatan yang mengendalikan kes itu. Mereka mendakwa kematian mangsa berkemungkinan disebabkan penderaan dan telah melaporkan hal ini kepada pihak polis.
Hsil pemeriksaan lanjut, mereka menemukan tubuh mangsa mempunyai kesan kecederaan diakibatkan benda tumpul pada bahagian kepala dan wajahnya dan dipercayai telah didera sejak umurnya empat bulan.
Lebih menyayat hati kerana terdapat tanda-tanda mangsa pernah dicucuh dengan puntung rokok, digigit pada bahagian perut serta dipukul dengan objek tumpul.
Suspek yang berusia 25 tahun itu bekerja sebagai buruh pembinaan telah ditahan untuk siasatan dan didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...