Pastikan 15 Minit Pertama, Masa Wajib Bagi Perhatian Pada Isteri. Barulah Rasa Dihargai

Share

Biasanya dalam perhubungan suami isteri, komunikasi yang baik dan bagi perhatian pada pasangan jadi asas utama dalam keharmonian rumah tangga. Jika berpegang pada wang ringgit sahaja ia tak ke mana jika pasangan rasa seperti tak dihargai.

Percayalah jika hubungan ini disulami dengan kejujuran, sikap tolak ansur dan gurau senda anak, rumah tangga anda akan terus bahagia walau dalam apa keadaan sekalipun. Tapi sebagai ketua keluarga, adakah anda perasan isteri akan rasa dihargai bila suami dapat bagi perhatian apa yang nak diluahkannya.

Berdasarkan perkongsian dari Najmi Nawawi, 15 minit pertama, masa wajib bagi perhatian pada isteri. Ini ialah cara untuk buat isteri rasa dihargai. Contohnya, baru ambil isteri dari tempat kerja, atau baru balik kerja, maka gunakan 15 minit pertama di awal pertemuan untuk fokus 100% pada isteri.

ARTIKEL LAIN [Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri Amalkan Bacaan Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Ya Latif & Selawat]

Dengar cerita dan tunjukkan minat kepada cerita yang disampaikan isteri. Walaupun kita sibuk dengan kerja, mahu buat panggilan, mahu fikir tentang kerja dan sebagainya. Tetapi hanya untuk 15 minit pertama ini, tolong lupakan semua itu sebentar.

Bagi 15 minit pertama ini untuk bagi perhatian dan senyuman. Sorok tepi muka stress dan penat itu untuk 15 minit yang istimewa ini. Cipta ruang penghargaan bagi membuatkan pasangan rasa dilindungi dan dicintai.

p/s : 15 minit pertama ialah minimum, kalau boleh bagi lagi lama, lagi bagus. Barulah isteri itu rasa puas dan dihargai. Nanti kau pula yang akan dihargai kembali.

Janganlah baru jumpa isteri, tetapi buat tidak peduli dan buat macam isteri itu tidak wujud. Tangki emosi dan buku cerita dia tengah penuh tu, lebih baik beri dia peluang curah dan bacakan pada kau dulu.

Sumber: Najmi Nawawi

Published by
Wan Amy