Pernahkah anda berdepan dengan situasi anak yang ‘liat’ untuk menyiapkan kerja rumah? Atau mungkin apabila anda minta anak buat ulang kaji, mereka sering mencipta alasan untuk mengelak? Jika anak-anak ada masalah begitu, mungkin kerana mereka merasakan belajar itu susah. Jangan terus marahkan anak-anak, apa kata anda tanyakan dahulu kenapa mereka tidak mahu belajar.

Mungkin soalan yang perlu dijawab terlalu susah menyebabkan mereka hilang minat untuk menyelesaikannya. Tambahan pula, mereka tidak tahu kaedah yang mudah untuk menjawab soalan itu. Anak-anak juga mungkin berasa takut akan dimarahi jika jawapan yang diberikan salah. Cara paling mudah untuk meningkatkan keyakinan anak-anak untuk belajar adalah dengan melatih mereka untuk mahir dalam pembelajaran kendiri.

Kemahiran pembelajaran kendiri memberi ruang kepada anak-anak untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang lebih kreatif dan mengikut kemampuan mereka. Dengan cara ini, mereka tidak akan merasa terbeban dan lebih bersemangat untuk belajar. Apa kata anda daftarkan anak mengikuti program perkembangan minda di KUMON sempena KUMON YEAR-END SPECIAL 2019?

Ketahuilah, dengan merangsang minda kreatif anak-anak ketika proses pembelajaran, mereka akan menjadi lebih semangat dan teruja untuk belajar. Di KUMON, mereka membantu pelajar berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan tugasan yang susah.

Apa yang menariknya dengan proses pembelajaran begini? Anak-anak dapat menguasai subjek Matematik dan Bahasa Inggeris dengan kemampuannya sendiri. Program ini melatih para pelajar mencari solusi untuk sesuatu masalah secara berdikari dan memupuk kebolehan berfikir secara kritis seterusnya tidak mudah berputus asa pada masa hadapan.  Tidak mahu terburu-buru, program pembelajaran di KUMON dibuat langkah demi langkah mengikut tahap anak.

Untuk memantapkan skil anak-anak, mereka akan diberi tugasan untuk menyelesaikan kertas kerja yang diberi. Kertas kerja ini direka khas untuk melihat kemampuan anak dan sebaik sahaja mereka dapat menguasainya, tahap kesukaran akan ditambah mengikut perkembangan mereka. Selain mewujudkan rasa semangat untuk belajar, KUMON melatih anak-anak untuk lebih berdisiplin dengan menyiapkan kertas kerja setiap hari dan menjadikannya sebagai rutin mereka.

KUMON tidak mahu anak-anak merasa rendah diri atau bosan kerana gagal menyelesaikan masalah, tetapi menggalakkan mereka untuk menjawab setiap persoalan mengikut cara tersendiri. Tidak perlu mengikut cara orang lain, tetapi mampu mendapat jawapan betul yang sama. Dengan kaedah ini, anak-anak berpotensi untuk meningkat maju.

BERITA BAIK!

Ciptalah masa depan anak-anak anda bersama KUMON! Untuk menyertainya, anda boleh mendaftar sebelum 7 November 2019. Menariknya, anak-anak berpeluang untuk menyertai kelas tambahan ini selama 1.5 bulan dengan yuran sebulan sahaja.

Lebih menarik kerana anda akan menerima beg istimewa dari KUMON. Ayuh, mantapkan pengetahuan Matematik dan Bahasa Inggeris anak anda bersama KUMON!

Kunjungi laman web www.kumonmalaysia.com atau laman Facebook rasmi mereka di facebook.com/kumonmalaysia untuk keterangan lanjut.