Mak ayah mana yang tidak risaukan kesihatan anaknya. Apa sahaja yang dilakukan anak seharusnya dijadikan kayu ukur mak ayah dalam menilai tahap perkembangan anak kecil kita. Jangan terlambat supaya anak kita sentiasa ‘on track’ dengan perkembangan dirinya.
Jika terlambat atau jauh tersasar dari ‘on track’ perkembangannya, cepat-cepatlah bawa anak berjumpa doktor. Kena ambil tahu. Ini panduan yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol. Jangan terlambat!
Jadilah mak ayah yang peka dengan keadaan anak.
Pakar kanak-kanak bersependapat 12 keadaan ini dianggap tak normal dan perlukan perhatian doktor segera.
1. Otot leher bayi masih terlalu lembik walaupun sudah berusia lebih dari 3 bulan.
2. Anak seolah olah seperti tak mendengar.
3. Tak nampak cubaan anak untuk cuba mendengar.
4. Anak tiada reaksi langsung bila nama dia dipanggil atau tiada respon apabila kita sebut “No” (tidak/tak) masa umurnya dah cecah 1 tahun.
5. Mata anak masih tak dapat fokus pada muka mak atau ayah semasa umurnya sudah 6 minggu.
6. Matanya masih tak dapat fokus pada apa-apa objek walaupun usia dah lebih 6 minggu.
7. Pegang objek terlalu dekat pada mata.
8. Masih juling mata pada usia lebih 6 bulan.
9. Masih belum boleh berjalan pada usia 18 bulan.
10. Tak ada perkataan jelas yang disebut pada usia setahun setengah.
11. Tak boleh menyambung 2 perkataan dalam 1 ayat pada usia 2 tahun.
12. Lilitan kepala terlalu kecil atau terlalu besar (perlu plot pada carta lilitan kepala).
Walaupun ada saudara terdekat atau kawan baik yang cuba sedapkan hati kita, adakala kita sendiri kena jadi tegas. Niat mereka nak tenangkan hati kita supaya kita tak jadi risau.
Tapi sebenarnya lagi lama kita tunggu, lagi banyak kita buang masa anak yang sangat berharga. Masa yang dibuang tu umpama sungai yang terus mengalir meninggalkan kita.
Anak sangat harapkan kita. Kita sajalah harapan untuk bantu mereka.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI